Tuesday, 5 January 2016

Penoreh semakin tertekan, harga getah jatuh merudum !!

Penoreh semakin tertekan, harga getah jatuh merudum !!


KUALA TERENGGANU - Masalah kejatuhan harga komoditi getah kini semakin membebankan dan memberi tekanan kepada peladang serta pekebun kecil, ditambah pula dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Harga getah yang terus merudum menjejaskan kehidupan mereka apatah lagi hingga kini, belum ada tanda harga akan pulih semula ditambah pula musim hujan yang mula melanda Pantai Timur.

Pertengahan Oktober lalu, harga getah dilaporkan berada pada RM2.20 bagi setiap kilogram dan ianya menyebabkan kehidupan rakyat yang menoreh getah sebagai sumber pendapatan semakin terhimpit.

Penoreh, Zainun Ibrahim, 41, dari Kampung Kubang Bujuk berkata, harga getah yang semakin turun akhir-akhir ini memberi tekanan, terutama kepada keluarga yang bergantung sepenuhnya pada pendapatan daripada hasil getah.

Menurutnya, masalah ini bertambah perit bagi mereka yang menoreh secara sistem pawah, yang mana hasil diperoleh dibahagikan pula dengan pemilik kebun getah.

“Setiap kilogram getah, iaitu harga semasa (RM2 hingga RM2.20) saya akan peroleh sekitar RM1 sahaja. Tetapi, saya sudah hampir dua bulan tidak menoreh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

“Jika menoreh juga ketika ini, susu getah berisiko rosak kerana dimasuki air hujan dan walaupun hujan sekejap, batang getah yang basah tetap tidak boleh ditoreh. Hasilnya pula tidak seberapa. Bukan saya sahaja, rata-rata penoreh berhenti rehat sementara dan akan mula menoreh, apabila musim hujan reda,” katanya yang mempunyai empat anak yang kesemuanya masih bersekolah.

Suami Zainun, Lokman Imran, 41, yang turut  menoreh getah sebagai kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga berkata, jika dahulu kebun getah sentiasa cerah kerana aktiviti menoreh getah dijalankan secara aktif, malah turut disertai anak-anak muda dan mereka yang mempunyai pekerjaan tetap.

“Tetapi sekarang, kebun (getah) dipenuhi semak samun. Ketika harga getah tinggi, saya sendiri juga turut membantu isteri menoreh, kerana tidak sempat jika dia dibuat sendirian.

“Jam 3 pagi saya akan ke kebun (getah) dan menoreh sehingga Subuh, dan saya akan pulang untuk ke tempat kerja pagi esoknya. Tetapi apabila harga getah semakin menurun, hanya sesekali saya membantu, kerana tenaga yang dicurah tidak sepadan dengan hasil diperoleh,” katanya.

Namun, dia mengakui dengan pendapatan menoreh sebelum ini banyak membantu mereka sekeluarga untuk menikmati kehidupan lebih selesa, tetapi kini hidup mereka bergantung sepenuhnya pendapatan sebagai tukang rumah.

sumber


Share:

Gadis Ini Tak sangka Tahi Lalat Yang Dimilikinya Penyebab Kanser

Gadis Ini Tak sangka Tahi Lalat Yang Dimilikinya Penyebab Kanser
Kesan parut di muka serta leher Gemma

LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang wanita tidak pernah menyangka tahi lalat yang dimilikinya sejak berusia 15 tahun adalah penyebab kanser.

Gemma Cottam, 25, dari Skelmersdale memuatnaik foto yang menunjukkan parut kekal di mukanya bagi mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan mengenai tahi lalat.

Menurut Gemma, dia menyedari mengidap kanser atau melanoma tahap dua selepas diberitahu doktor mengenai penyakitnya itu selepas menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan untuk tujuan kecantikan.

"Ujian yang dilakukannya menunjukkan tahi lalat itu telah merebak ke nodus limfa dan terpaksa menjalani pembedahan besar untuk merawatnya," katanya dipetik Mirror.uk

Gemma turut berkongsi gambar parut selepas pembedahan di laman Facebooknya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahaya tahi lalat.

"Ia adalah mengerikan tetapi itulah yang saya terpaksa  hadapi dan saya mahu meningkatkan kesedaran bahawa tahi lalat kecil boleh menjadi kanser dan orang ramai tidak seharusnya mengabaikannya,” katanya lagi.

Gemma menjalani dua pembedahan sejak Oktober lalu dan pembedahan itu turut menyebabkan kerosakan saraf yang menyukarkan dia bergerak serta menghadapi masalah di telinga kiri, leher dan lengan kiri yang memaksanya untuk menjalani fisioterapi bagi merawatnya.

sumber


Share:

Peniaga yang menggunakan bekas polisterin bakal didenda RM250 di Melaka

Melaka mengharamkan pengunaan bekas polisterin
EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin

MELAKA: Semua pasar raya, restoran dan kedai makan yang menggunakan beg plastik bukan biodegradasi (tidak mudah terurai) dan bekas makanan polisterin di Melaka akan dikenakan denda RM250 mulai esok.

EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin, berkata amaran itu dikeluarkan sebagai peringatan kepada semua premis terbabit ke arah pelaksanaan dasar teknologi hijau selaras dengan hasrat kerajaan negeri.

"Kami sudah lama merancang mengharamkan penggunaan beg plastik bermula dengan tempoh satu hari diikuti dua dan tiga hari sebelum ia dilaksanakan setiap hari berkuatkuasa 1 Januari.

"Kita sudah memberi masa mencukupi kepada semua pihak berkaitan, untuk membiasakan terhadap larangan berkenaan. Jika gagal melakukan demikian (berkuatkuasa), akan didenda RM250," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Md Yunos berkata, penguatkuasaan itu juga termasuk kepada peniaga yang menyediakan bekas makanan polisterin berikutan larangannya sudah pun bermula Mei lalu sebelum ia dikuatkuasakan pada September.

 "Sebelum dikuatkuasakan, kami sudah bertemu dengan peniaga, pengeluar,pembekal, pengilang, pengurus pasar raya termasuk masyarakat setempat dan ia bukan lagi satu alasan untuk tidak mengetahui perkara ini," katanya.

 Masa sama, beliau menasihati pengguna supaya membawa beg membeli-belah sendiri bagi memudahkan membawa barang masing-masing.

 "Pelaksanaan ini juga demi kebaikan semua pihak, termasuk pengguna dan kami memerlukan semua pihak perbadanan untuk merealisasikannya," katanya.


sumber


Share:

Serius !! Adele hisap 25 batang rokok sehari

Adele hisap 25 batang rokok sehari


PENYANYI popular kelahiran United Kingdom, Adele memberitahu beliau menghisap 25 batang rokok sehari sebelum berhenti merokok pada 2011.

Menurut Mirror, pada tahun tersebut, doktor mencadangkan Adele supaya berhenti menyanyi buat sementara waktu setelah pita suaranya mengalami pendarahan.

"Jika saya terus merokok, saya pasti sudah mati," kata Adele kepada Mirror beberapa hari lepas.

Kata Adele, beliau tidak mahu terkena kanser kerana keluarganya mengalami sejarah jangkitan penyakit merbahaya tersebut.

"Kalau saya mati kerana kanser paru-paru, ianya disebabkan kesalahan saya sendiri dan saya tidak akan merasa bangga," tambah Adele.

Adele sebelum ini merupakan seorang yang berterus-terang mengenai tabiat merokok dan meminum arak.

"Saya sangat suka merokok. Tapi sangat mengecewakan kalau saya mati kerana penyakit berkaitan rokok dan anak saya bersedih," jelas Adele lagi.

Adele mempunyai seorang anak lelaki, Angelo Konecki, yang kini berusia tiga tahun.

sumber


Share:

Rumah berusia 125 tahun jadi kajian

Rumah berusia 125 tahun jadi kajian
Rumah ini pernah menjadi rumah persinggahan Datuk Undang Luak Johol.

KUALA PILAH - Siapa sangka, di Kampung Cheriau, di sini, tersergam indah sebuah rumah kayu tradisional Melayu berusia 125 tahun.

Rumah itu pernah menjadi tempat persinggahan Datuk Undang Luak Johol sebelum beliau meneruskan perjalanan ke Seri Menanti.

Keseluruhan struktur binaan rumah itu menggunakan kayu cengal dibina oleh dua tukang bernama Achat dan Achin.

Rentetan itu, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) terpanggil untuk menjalankan kajian rumah yang dimiliki Sharifah Fazilah Syed Agil, 60-an.

Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah Bahagian Antikuiti LMNS, Mohd Nazim Abd Gaman, berkata, tujuan utama kajian itu dijalankan adalah untuk menginventorikan rumah tradisional warisan Negeri Sembilan.

“Salah satunya ialah rumah ini. Difahamkan, rumah ini diperbuat daripada kayu cengal yang diambil dari hutan dan ditarik dengan menggunakan kerbau pada zaman dahulu. Peralatan yang digunakan untuk membuat rumah ini adalah beliung, kapak dan ketam.

“Tingkap rumah dan pintu diperbuat daripada kayu malah terdapat beberapa bendul sebagai pemisah ruang yang terdapat dalam rumah ini. Dari pintu hingga ke kekisi rumah, terdapat ukiran halus dengan motif tradisional melambangkan kesenian masyarakat adat perpatih,” katanya.

Lebih menarik rumah ini, apabila terdapat tangga diperbuat daripada batu dan berbentuk seperti kapal.

Menurutnya, rumah itu juga terdapat loteng yang digunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang lama seperti peralatan memasak.

Loteng itu juga dilihat sama fungsi seperti loteng di Muzium Lama Diraja Seri Menanti.

“Meskipun rumah ini nampak luas tetapi ia hanya ada dua bilik dan dapur.

"Salah satu ciri istimewa rumah ini, adalah alat penunjuk arah angin. Biasanya alat ini dipasang pada bahagian bumbung rumah tetapi ia letak di bawah rumah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, rumah yang dibina pada tahun 1890 ini mempunyai ruang serambi  untuk menyambut tetamu dan tempat upacara adat istiadat.

Uniknya, ruang itu hanya boleh diduduki golongan lelaki.

“Saya difahamkan, upacara adat yang pernah dijalankan di rumah ini adalah pelantikan jawatan Datuk Andika Lembaga Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan yang sekarang ini disandang Nor Azli Awaludin,” katanya yang turut berharap agar seni bina tradisional rumah itu dipelihara sebaiknya.

Difahamkan, sebelum ini, rumah tersebut didiami Kubun Karim iaitu moyang Sharifah Fazilah.

Apabila moyangnya telah meninggal dunia, waris rumah ini diperturunkan kepada Zainab Raja Bakar nenek kepada Sharifah kemudian mewariskan pula kepada ibu Sharifah, iaitu Raja Azizah Raja Omar.

Salasilah keturunan Kubin Karim Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan (Senaling) Datuk Andika Haji Nor Azli Awaludin juga dipamerkan di rumah ini.

sumber


Share:

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Artikel Terbaru

Baca Juga