Tuesday, 24 November 2015

Kenali 5 Tanda Lelaki Yang Ikhlas Cintakan Anda!

Kenali 5 Tanda Lelaki Yang Ikhlas Cintakan Anda!


Wanita jika bertemu dengan seorang lelaki, pasti mudah mempercayai dan menaruh harapan yang tinggi.

Tapi, bagaimana jika lelaki tersebut hanya main-main dengan anda sahaja? Ia merupakan sesuatu yang pahit jika anda dapat tahu si dia tidak ikhlas terhadap anda.

Namun, anda jangan risau! Tidak susah untuk mengenali lelaki yang betul-betul ikhlas dan menghargai anda. Sekaligus, menyayangi anda sebaiknya!



1. Selalu ada ketika susah & senang

Jika si dia selalu ada ketika anda senang ataupun susah dan mendengar apa sahaja masalah anda, itu tandanya dia benar-benar cintakan anda. Lelaki tidak akan buang masa pada mereka yang tidak penting dalam hidupnya.

2. Buat anda ketawa

Mesti rasa bahagia jika bersama dengan orang yang selalu buat anda ketawa. Jika si dia sentiasa buat anda ketawa, dia betul-betul cintakan anda. Lelaki pasti akan rasa bahagia jika buat orang dia cintai ketawa.

3. Jadi diri sendiri di depan anda

Jika si dia cintakan anda, dia tidak malu untuk menjadi diri sendiri depan anda. Tak malu untuk tunjukkan perangai buruk mereka. Mesti ada je kan lelaki yang tiba-tiba kentut secara tak sengaja depan anda. Haha..

4. Tidak jemu berjumpa anda

Mesti ada yang rasa pelik kalau ada lelaki yang tidak jemu jumpa anda setiap hari. Itu tandanya dia betul-betul cintakan anda dan rasa pelik kalau tak jumpa walaupun sehari.

5. Sanggup habiskan masa dengan anda

Jika si dia sanggup habiskan masa dengan anda selepas habis kerja, itu tandanya cinta. Lelaki lebih sanggup habiskan masa lepak dengan kawan-kawan, atau ke gym. Tapi, kalau dia sanggup ketepikan semua itu untuk anda, memang sah dia cintakan anda!

sumber


Share:

Friday, 20 November 2015

Pemilik lamborghini ini ditahan gara-gara meletakkan beruang gergasi di atas keretanya

Pemilik lamborghini ini ditahan gara-gara meletakkan beruang gergasi di atas keretanya


Kesian betul dengan nasib seorang pemandu kereta sport di China kerana telah ditahan oleh polis tatkala membawa beruang gergasi di belakang kenderaannya. Jangan salah faham, patung beruang tersebut telah diikat di bahagian luar kereta sehingga menyebabkan cermin belakang kereta tersebut terlindung.

Menurut sumber, perkara tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga menjadi viral di laman sosial China. Gelagat pemandu kereta berwarna hijau itu turut menarik perhatian mereka yang berada di sekeliling sehingga menyebabkan pihak polis menyoal siasat lelaki itu sebelum mengeluarkan kertas saman.

Anggota penguat kuasa itu kemudian dikenal pasti sebagai selebriti tempatan, Tan Qiao yang sebenarnya mengetuai jabatan penerangan polis Chengdu. Tan yang secara kebetulan juga merupakan hos sebuah rancangan televisyen bagi mempromosikan aspek keselamatan jalan raya di bandar tersebut turut bertindak menceritakan langkah keselamatan yang perlu diikuti oleh setiap pengguna jalan raya untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Pelik betul kan..dah macam dalam drama rasanya. Jadi kepada mereka diluar sana niat tidak menghalalkan cara ok.. Semoga beruang gergasi yang ingin dijadikan hadiah itu selamat sampai kepada penerimanya.

sumber

P/s: kata asyukk..time nak bawak barang banyak atau besar bawak la hummer ke rr evoque ke.hahaha..gurau je.. :-P


Share:

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral


GEORGE TOWN: Peniaga mi goreng di Lorong Tamil, di sini, Abdul Karim Pakir sudah berusia 92 tahun tetapi dia sedikit pun tidak berhasrat untuk bersara walaupun dimamah usia semata-mata kerana cintakan kerjanya itu.

"Saya sakit-sakit badan kerana sudah tua tetapi saya masih boleh goreng mi lagi," kata Karim yang berasal dari India.

Dia telah berulang-alik untuk berniaga di Lorong Tamil berhampiran Kompleks Pasar Chowrasta selama lebih 30 tahun dan harga bagi sepinggan mi gorengnya kekal RM2.50 sepanjang dia berniaga di situ.

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral

Abdul Karim, yang tinggal di Jalan Makloom dengan anak perempuannya, tidak kedekut memasukkan bahan-bahan dalam mi gorengnya yang tetap sama dengan sepinggan mi goreng yang dijual di sekitar Pulau Pinang.


"Saya hanya perlu sedikit keuntungan. Mengapa saya perlu mengenakan caj begitu banyak? Saya tidak perlu membayar kepada sesiapa kerana semuanya saya buat sendiri.

"Saya menaiki bas ke gerai saya setiap pagi di sini. Saya biasanya buka gerai dari pukul 11 pagi hingga 10 malam," katanya ketika ditemui.

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral

Apabila ditanya mengenai sejarah hidupnya, Abdul Karim tidak mempunyai masalah untuk mengingati hari di mana dia meninggalkan India untuk ke Tanah Melayu.

"Di India, saya adalah seorang nelayan dan saya datang ke Tanah Melayu pada tahun 1947.

"Ketika itu saya berusia 24 tahun dan saya datang dengan adik-adik saya dan kami bekerja di sebuah kedai kopi, di situlah saya belajar cakap Bahasa Melayu.

"Saya hanya boleh membaca Tamil tetapi saya boleh cakap Bahasa Inggeris sikit-sikit," katanya lagi.

Abdul Karim menambah, lima tahun kemudian, kedai kopi tempat di mana dia bekerja itu telah dijual dan dia membuat keputusan untuk menjual laksa untuk menyara kehidupannya.

"Saya akan memesan ikan dari Teluk Bahang kerana laksa yang baik perlukan ikan yang baik. Saya menjual laksa di Esplanade kira-kira 40 tahun sebelum saya ambil keputusan untuk menutup kedai kerana kekurangan pelanggan.

"Kemudian saya berniaga mi goreng pula dan kekal sehingga hari ini," katanya.

Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral

Apabila ditanya mengenai isterinya, matanya digenangi air mata dan dia enggan bercakap mengenainya lagi selain daripada menyatakan bahawa isterinya telah meninggal dunia.

Seorang wanita berkata, dia membaca tentang Abdul Karim di Facebook dan mengambil keputusan untuk singgah makan di situ dengan rakan-rakannya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Taufique Seeni Mohamed, 31, berkata gerai si tua itu akan gelap pada waktu petang kerana gerai berodanya tidak mempunyai lampu.

"Gerainya betul-betul berada di bawah lampu jalan yang tidak berfungsi. Kami mengadu kepada pihak berkuasa tempatan dan mereka datang melawat tapak ini tetapi tiada apa yang telah dilakukan buat masa ini."

sumber


Share:

Thursday, 19 November 2015

Serius !! Mayat Dijadikan Baja Pokok

Mayat Dijadikan Baja Pokok
KONSEP Capsula Mundi dicadangkan. Gambar kanan, cara mayat dimasukkan di dalam kapsul.

Rome: Dua artis mencipta kaedah baru yang pelik dalam pengebumian mayat dengan memasukkannya ke dalam kapsul bersaiz besar sebelum disemadikan sebagai baja untuk pokok yang ditanam di atasnya.

Pencipta Itali, Anna Citelli dan Raoul Bretzel mewujudkan konsep ‘Capsula Mundi’ iaitu program radikal bertujuan ‘merealisasikan tanah perkuburan hijau’ yang tidak lagi dipenuhi batu nisan sebaliknya hutan dipenuhi pokok rimbun.

“Kematian satu proses dipenuhi misteri, namun pasti dilalui semua orang. Ia bukan sekadar upacara teknikal.

“Capsula Mundi dapat melindungi pokok dan menambah jumlahnya sehingga mewujudkan hutan.

“Ini seterusnya membolehkan kanak-kanak belajar mengenai pokok selain tempat indah untuk memperingati yang tersayang,” kata laman web mereka.

sumber


Share:

AC Mizal Menang Bidaan Mod Vape RM45,000, Sumbangan Untuk Kebajikan

AC Mizal Menang Bidaan Mod Vape RM45,000, Sumbangan Untuk Kebajikan


Jika sebelum ini, viral seorang lelaki membida rokok elektronik atau vape bernilai RM17,000, kini Dato’ AC Mizal telah memecah rekod tersebut dengan nilai RM45,000 melalui satu acara VapeFest 2015 yang dianjurkan oleh OMG! Fest.

AC Mizal Menang Bidaan Mod Vape RM45,000, Sumbangan Untuk Kebajikan

Berikutan perkara tersebut juga menimbulkan reaksi berbaur orang ramai di laman sosial. Bagaimanapun, acara itu menggunakan hashtag #VapeForCharity di mana wang bidaan untuk pembelian tersebut akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Sebelum ini, AC pernah menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu selesa dan meletakkan dirinya di tahap jutawan kerana mengetahui bahawa perjalanannya di dalam bidang perniagaan masih lagi jauh. Apa pun semoga apa yang diusahakan oleh AC Mizal ini akan beroleh kejayaan.

sumber


Share:

Lelaki Ini Berkurung Di Dalam Gua Selama 25 Tahun, Lihat Hasilnya !

Lelaki Ini Berkurung Di Dalam Gua Selama 25 Tahun


Pernah tak anda diilhamkan sesuatu dan terlalu ingin melakukannya?

Seorang lelaki yang dikenali sebagai American Cave Digger pasti mengetahui bagaimana rasanya perasaan tersebut. Ra Paulette bangun pada suatu pagi dan memutuskan untuk pergi ke lereng bukit dan mengukir di sana.

Walaupun tidak mempunyai sebarang pendidikan formal dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau arca, lelaki ini berjaya menukar sebuah gua menjadi sesuatu yang sangat luar biasa. Dengan hanya menggunakan peralatan tangan seperti penyodok, kapak dan pengikis dia dengan sabar mengukir dinding gua menjadi corak yang sangat menakjubkan.

Mereka yang melihat ukiran tersebut sangat terpegun dengan usaha gigihnya selama 25 tahun di dalam gua tersebut.

sumber


Share:

Video: Wanita Cantik Ini Mendedahkan Rahsia Penjagaan Wajah Menggunakan Air Mani

Wanita Cantik Ini Mendedahkan Rahsia Penjagaan Wajah Menggunakan Air Mani


KEDENGARAN agak jijik dan meloyakan namun tidak bagi wanita yang dikenali sebagai Tracy Kiss ini.

Tracy yang merupakan ibu tunggal kepada anak dan bekas model popular ini mengejutkan ramai apabila memuat naik video tutorial mengenai rahsia penjagaan mukanya yang hanya menggunakan air mani.

Video berdurasi 19.48 saat yang dikongsi minggu lalu sekali gus menjadi viral di laman-laman sosial dan media antarabangsa.

Menurut Tracy, 28, dari Wendover, Bucks ini, rawatan air mani yang diamalkan ini telah membuatkan kulit wajahnya selama ini sentiasa tegang, lembut dan kekal sihat.

Dalam video tersebut, Tracy turut menunjukkan cara-cara meletakkan air mani tersebut pada wajahnya, selain menerangkan khasiat terkandung dalam air mani.

Wanita Cantik Ini Mendedahkan Rahsia Penjagaan Wajah Menggunakan Air Mani

Difahamkan, blogger yang mempunyai 15 ribu pengikut ini mendapat stok air mani setiap hari dari seorang rakan yang membekalkannya dalam satu bekas bersih.

Jelasnya, empunya air mani yang diterima itu haruslah tidak merokok dan tidak minum arak.

Bagaimanapun, keberkesanaan kaedah rawatan Tracy ini tidak dapat dipastikan, tetapi sanggupkah anda mengamalkannya?


sumber

P/s : wat the shit !! aku nak update entri ni pon sbnrnya geli.haha.


Share:

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Artikel Terbaru

Baca Juga