Thursday, 23 May 2013

Pergh!! Lukisan Paling 'Simple' Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta


Lukisan Paling 'Simple' Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta

Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun "seni" pada lukisan ini betul-betul gila! Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi. Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.

Lukisan yang dinamakan "Onement VI" yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual pada Selasa lalu di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.

Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953. Hingga semalam, lukisan Newman sebelum ini iaitu "Onement V"  telah memegang rekod dengan nilai USD$22.4 juta pada tahun lepas.

Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta.




sumber

Share:

Kota Heracleion: Bandar Mesir Purba Yang Hilang Ditemui Selepas 1,200 Tahun


Bandar Mesir Purba Yang Hilang Ditemui Selepas 1,200 Tahun


Sebuah kota era Mesir purba iaitu Kota Heracleion telah ditemui oleh sepasukan ahli arkeologi selepas 1,200 tahun tenggelam di bawah permukaan laut. Pasukan ahli arkeologi turut menemui pelbagai artifak yang terpelihara dengan baik pada kedalaman 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay yang terletak berhampiran Alexandria yang mengisahkan perihal sebuah kota pelabuhan purba yang terkenal pada masa itu.

Menurut Telegraph, "Penyelidikan lanjut kini menunjukkan bahawa Thonis-Heracleion merupakan sebuah kota pelabuhan yang penting bagi urusan perdagangan Laut Mediterranean dan Sungai Nil".

"Pihak penyelidik juga mendapati kota ini telah dibina di atas permukaan tanah liat yang bercampur dengan tanah pasir, dan memungkinkan ia tenggelam ekoran kejadian gempa bumi di rantau itu."

Kota Heracleion

Kota Heracleion

Kota Heracleion

Kota Heracleion

Kota Heracleion

Bandar Mesir Purba Yang Hilang Ditemui Selepas 1,200 Tahun

P/s : waah.very fascinating..

sumber

Share:

WAJIB TAHU : Fakta dan khasiat tentang pisang yang mungkin anda tidak tahu


Fakta dan khasiat tentang pisang yang mungkin anda tidak tahu


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Sumber : "Pakar Nutrisi Sihat"

Share:

WAJIB TAHU : Suntikan Imunisasi Wajib Untuk Kanak-Kanak


Suntikan Imunisasi Wajib Untuk Kanak-Kanak


1. BCG 

Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.

2. Hepatitis B 

Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.

3. Polio 

Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas. Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan. Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan.

4. DPT

Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.

5. Campak 

Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian.

6. HIB 

Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri.

7. PCV 

Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).

8. ROTAVIRUS 

Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit. Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).

9. INFLUENZA 

IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:

- Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
- Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
- Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
- Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan.

10. VARISELA

Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun.

11. MMR 

Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme.

12. TIFOID

Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.

13. HEP A

Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.

14. HPV 

Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos. Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan.

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi.

P/s : semoga bermanfaat buat semua

sumber

Share:

COOL : Inilah Pengasas Syarikat Kosmetik & Jutawan Termuda Di Dunia


Pengasas Syarikat Kosmetik & Jutawan Termuda Di Dunia


Dia baru berusia 6 tahun, tetapi sudah menjadi jutawan dan hidup serba mewah!

Isabella Barret bukan gadis cilik biasa. Di usianya yang baru 6 tahun, dia sudah menjadi jutawan. Berkat memenangi pelbagai pertandingan kecantikan, tampil di TV dan memiliki perniagaan kecantikan membawanya menjadi seorang yang kaya dengan kehidupan yang mewah.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang Isabella Barret:

1. Pertandingan Kecantikan

Sejak kecil lagi, Isabella sering dibawa menyertai pertandingan kecantikan oleh ibunya, Susanna. Dengan bangga, kanak-kanak yang kerap berpenampilan seksi itu mengatakan, “Saya tidak pernah kehilangan apa-apa dan hampir setiap pertandingan yang disertai, saya menang.”

Pengasas Syarikat Kosmetik & Jutawan Termuda Di Dunia

2. Mempunyai 60 Pasang Kasut

Kanak-kanak yang sering mengikat rambutnya ini adalah penggemar kasut. Dia memiliki lebih dari 60 pasang kasut.

3. Setiap Baju Berharga Hampir RM 30ribu

Susanna menghias anak kesayangannya itu secara habis-habisan. Setiap kali mengikuti pertandingan, baju dan perhiasan yang digunakan Isabella boleh mencapai US$ 10 ribu atau hampir RM 30 ribu. Susanna mengaku, selama dua tahun ini dia mengeluarkan perbelanjaan sekitar US$ 50 ribu atau RM 150 ribu untuk menghias Isabella agar menang di pertandingan kecantikan yang disertai.


4. Bisnes Perhiasan & Kosmetik

Bersama ibunya, Isabella memiliki line perhiasan dan kosmetik berjenama ‘Glitzy Girl’. Koleksinya termasuklah lip gloss, lipstick, blusher sehingga ke aksesori seperti gelang dan rantai. Awal bermulanya perniagaan tersebut adalah dari setiap pertandingan yang disertai, Isabella menggunakan gelang dan pelbagai perhiasan lain. Banyak peminatnya yang suka dengan perhiasan tersebut sehingga memberi mereka idea untuk menjualnya.

5. Hidup Mewah

Isabella kini hidup mewah dan bergelumang dengan harta. Kanak-kanak yang sering meniru gaya wanita dewasa itu sering bercuti dan menginap di hotel-hotel mewah. Tidak seperti kanak-kanak lain yang suka memesan makanan seperti kentang dan burger, dia sebaliknya memilih makanan seperti filet mignon dan lobster yang berharga hampir beratus dolar untuk setiap hidangan. “Saya tahu ini kelihatan seperti sombong, tetapi ini bagi saya ia lucu melihat gelagatnya dan ini sebahagian dari kehidupannya,” ujar ibu Isabella.

P/s : woohoo.boleh membuka mata dan menjadi inspirasi bagi usahawan2 di luar.gempak!

sumber


Share:

COOL : "Turbospoke", Sistem Ekzos Untuk Basikal



Turbospoke merupakan satu ekzos khas yang dipasangkan di basikal bagi menghasilkan bunyi ekzos seperti motosikal off road. Alat ini amat sesuai bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa yang ingin membuatkan basikal mereka menajdi bertambah cool. Turbospoke dapat menghasilkan 3 jenis bunyi ekzos mengikut kesesuaian si penunggang.

COOL : "Turbospoke", Sistem Ekzos Untuk Basikal

Sistem Ekzos Untuk Basikal

Sistem Ekzos Untuk Basikal

Sistem Ekzos Untuk Basikal




P/s : awesome!! boleh try letak kat bmx neh.ngehehe

sumber

Share:

Inilah Keju Termahal Di Dunia,Keju Emas

Keju Termahal Di Dunia

Kini komuniti jutawan dan billionaire memiliki menu mewah terbaru yang dapat dimasukkan ke dalam menu makan malam mereka, iaitu Keju emas.. Keju ini bukan berwarna kuning seperti emas, melainkan benar-benar memiliki kandungan emas.

Keju tilton Clawson ini diperbuat daripada keju stilton putih berkualiti premium dan dicampurkan dengan daun emas yang dapat dimakan dan minuman beralkohol yang turut dibuat daripada emas.

Emas yang terkandung dalam keju ini benar-benar dapat anda lihat di setiap hirisannya. Seberapa mahal keju ini? Dengan harga RM 279 untuk 1 potong keju seberat 100 gram (atau kira-kira RM 27900 sekilo) keju Stilton ini menjadi keju termahal di dunia.

Keju Termahal Di Dunia

P/s : perghh.apa pon xleh


Share:

Kemalangan Lamborghini Yang Dipandu 200km/j Oleh Seorang Mekanik


Lamborghini sedang di pandu uji mekanik alami kemalangan

Kunming, China - May 13: Kejadian jam 4.40 petang ini meragut nyawa serta merta seorang penunggang skuter yang tercampak jauh dari tempat rempuhan, dan melanggar sebuah kereta jenis Hyundai SUV.

Seorang mekanik yang dipercayai sedang memandu uji Lamborghini tersebut setelah melakukan servis keatasnya telah memecut pada kelajuan 200km/j ketika kejadian menurut analisis pihak polis trafik.

Mekanik tersebut juga dilaporkan tidak mempunyai lesen memandu serta telah ditahan untuk tujuan soal siasat.

Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Daerah Guannan Avenue di Kunming, China.

Lamborghini sedang di pandu uji mekanik alami kemalangan

Lamborghini sedang di pandu uji mekanik alami kemalangan

Lamborghini sedang di pandu uji mekanik alami kemalangan

Lamborghini sedang di pandu uji mekanik alami kemalangan

sumber

Share:

COOL : Gua Berwarna-Warni Rusia Diiktiraf Unesco


Gua Berwarna-Warni Rusia Diiktiraf Unesco

Terdapat gua ajaib di Rusia. Ia adalah gua ais semulajadi yang terukir oleh aliran air panas. Ais terperangkap ke siling gua mengeluarkan seperti cahaya ajaib. Ini sebenarnya adalah gua ais di Semenanjung Kamchatka Rusia. Semenanjung Kamchatka adalah semenanjung 1250 kilometer di Timur Jauh Rusia, dengan kawasan seluas kira-kira 270.000 km2 mengandungi gunung berapi Kamchatka, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Aliran aliran di bawah ais glasier dan telah terbentuk oleh air panas yang dikaitkan dengan gunung berapi Mutnovsky. Glasier lebur membolehkan cebisan cahaya matahari melalui untuk mewujudkan sebuah gua yang unik berwarna-warni.


Terdapat tiada stalaktit atau stalagmit di dalam gua. Walau bagaimanapun, siling gua di Kamchatka, Rusia telah terbentuk daripada glasier beku. Percaya atau tidak, gua adalah lebih seperti air yang mengalir.


Air, angin, tekanan dan dipanaskan kepada ratusan darjah lava telah membentuk keindahan yang menakjubkan gua, serupa dengan istana ais kisah dongeng Ratu Salji. Yang dipanaskan oleh air gunung berapi cair ais, membentuk terowong panjang dengan begitu nipis yang melalui mereka walaupun cahaya matahari menembusi peti besi. Penglihatan adalah seperti yang cantik kerana ia adalah amat menakjubkan.







Share:

Wednesday, 1 May 2013

Budak 9 tahun bawa Ferrari di India


Budak 9 tahun bawa Ferrari di India


New Delhi: Polis di Kochi, negeri Kerala, selatan India berkata pihaknya sudah memfailkan dakwaan ke atas seorang bapa kerana membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari milik beliau.

Pegawai kanan polis, Inspektor M V Verghese berkata, bapa kanak-kanak itu, Mohammed Nisham didakwa dengan sengaja membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kenderaan.

Rai hari jadi 

Kejadian berlaku dua minggu lalu, ketika kanak-kanak itu menyambut hari jadinya yang ke sembilan. Dia memandu kereta terbabit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketika si anak memandu, isteri Nisham, Amal membuat rakaman video sebelum disiarkan laman YouTube dan mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh India
Verghese berkata, Mohmmed Nisham adalah seorang usahawan termbakau dan hartanah yang memiliki 18 buah kereta bernilai kira-kira AS$4 juta (RM12.13 juta).

Beliau berkata besar kemungkinan pihaknya akan menyita kereta Ferrari itu sehingga kes berkenaan selesai.
Nisham membuat permohonan ikat jamin dan dinjangka hadir di balai polis tidak jauh dari rumahnya di Kochi.

Beliau dan isterinya bagaimanapun tidak berasa malu dengan insiden itu.

“Saya bangga dengan anak saya. Dia sudah pandai memandu kereta sejak berusia lima tahun ,” kata Amal.

Malah kata Amal, anak lelakinya pernah memandu kereta Lamborghini, Bentley dan beberapa kereta lain.

“Hari itu adalah hari jadinya dan meminta untuk memandu kereta itu sejak beberapa bulan lalu, kami membenarkannya. Dia sentiasa berwaspada dan yakin. Bukan mudah seorang kanak-kanak mempunyai keyakinan tinggi pada usia itu,” katanya. - AP

Share:

Rangka "Romeo & Juliet" Ditemui Di Cluj-Napoca, Romania

Rangka "Romeo & Juliet" Ditemui Di Cluj-Napoca, Romania

Rangka sepasang kekasih berusia antara 1450 dan 1550 tahun ditemui dalam posisi berpegangan tangan di Romania.

Arkeologi dari Cluj-Napoca Institute of Archaeology and History of Art, Adrian Rasu mendakwa, rangka itu kemungkinan milik sepasang kekasih Romeo and Juliet.

“Penemuan ini timbul misteri kerana penguburan sedemikian belum pernah terjadi ketika zaman itu. Rangka lelaki berkenaan dalam keadaan luka parah kerana pinggangnya patah berbanding rangka wanita yang masih sempurna,” katanya.

Beliau berpendapat, pasangan itu disemadikan bersama sebagai penghormatan cinta mereka oleh penduduk kampung ketika itu.

Rangka "Romeo & Juliet" Ditemui Di Cluj-Napoca, Romania


Share:

[VIDEO]: Mati Ketika Melakukan Aksi Untuk Pecah Rekod Guiness


[VIDEO]: Mati Ketika Melakukan Aksi Untuk Pecah Rekod Guiness

INDIA – Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire.

Roy, dikatakan tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.

Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia.

Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang.

Namun mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai.

Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal dunia.

Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.

Roy merupakan pemegang Guinness World Record kerana berjaya bergerak paling laju pada jarak 270 kaki dengan zip wire diikat pada tocang rambutnya.

Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut pada jarak 2.5 meter, tahun lepas.



sumber

Share:

Syarikat LG Perkenal Mesin Basuh Tanpa Menggunakan Air


Syarikat LG Perkenal Mesin Basuh Tanpa Menggunakan Air


Pihak LG kini telah mengeluarkan beberapa produk terbaru yang menarik. Salah satu di antaranya adalah mesin basuh yang tidak menggunakan air. Naib Presiden Kanan bagi pihak LG Electronics Home Appliance Division, Kevin Cha berkata, "Pada tahap ini, kita masih tak mampu menegenal pasti sama ada ia akan beroperasi sepenuhnya tanpa air atau hanya hampir tidak berair. Ia masih di peringkat awal pembangunan dan pada tahap rahsia."

Satu lagi model LG yang dikenali sebagai Styler akan diumumkan di CES pada tahun ini, di mana produk ini akan berfungsi untuk "menyegarkan" pakaian tanpa sabun atau air. Produk tersebut akan menerima beberapa proses naik taraf yang akan ditetapkan oleh pihak syarikat.

Pihak LG juga bercadang untuk membangunkan sejenis prototaip peti ais terbaru yang boleh   mengekalkan suhu sejuk selama 6 jam tanpa menerima apa-apa bekalan kuasa elektrik. Ia kelihatan seperti pihak LG ingin mengisi ruang rumah anda dengan teknologi terbaru dan terkini dalam masa terdekat.

Syarikat LG Perkenal Mesin Basuh Tanpa Menggunakan Air

sumber


Share:

Inilah Pengilap Kereta (Car Wax) Paling Mahal Di Dunia

Inilah Pengilap Kereta (Car Wax) Paling Mahal Di Dunia


Pengilap kereta (car wax) keluaran Mitchell & King yang dijual pada harga USD 97,060 telah menjadi car wax termahal yang pernah di jual di dunia.

Hanya untuk menampakkan kereta mereka dalam keadaan berkilat, beberapa orang sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membeli car wax berkenaan. Dalam rangka untuk memenuhi keperluan kliennya yang berduit, syarikat yang berasal dari Scotland ini, Mitchell & King telah melancarkan car wax versi terhad ini,

Produk yang dinamakan GRV Car Wax ini akan memberikan kilauan emas dan memberi perlindungan pada kenderaan selama tempoh 4 bulan. Bungkusan car wax ini juga dibuat dengan kemasan yang tinggi dengan diperbuat daripada Titanium terbaik yang dilapisi dengan emas 24 karat serta bertatahkan kristal Swarovski.

Seperti mana yang dikutip Born Rich, Mitchell & King sebagai pihak pengeluar tidak akan menjual produknya ini pada sebarangan orang. Mereka yang berminat untuk membeli perlu memohon terlebih dahulu dan pihak syarikat berhak untuk menolak permohonan pembelian yang telah diajukan.

Inilah Pengilap Kereta (Car Wax) Paling Mahal Di Dunia

sumber

Share:

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga