November 2012 ~ Bila Han Bercerita

Monday, 26 November 2012

COOL : Apabila PSY & MC Hammer Mashup remix gangnam style dan too legit to quit!!

Apabila PSY & MC Hammer Mashup remix gangnam style !!
Okay.what would you guys expecting ?? bila dua orang penyanyi dari generasi berbeza berjumpa dan membuat lagu mashup yang terkenal pada abad masing2..mc hammer sangat dikenali dengan rapp nya pada era beliau.aku sampai sekarag masih layan lagu mc hammer.dan sekarang jom kita tengok apa akan terjadi bile psy dgn mc hammer mashup song..layan



remix start pada minit yang ke 2:45..epic !!

Share:

[Fakta] Israel Menangis Kerana Hamas


[Fakta] Israel Menangis Kerana Hamas

Serangan Israel ke atas rakyat Palestin akhirnya berakhir dengan gencatan senjata yang terpaksa dimulakan daripada pihak Israel sendiri..Walaubagaimana pun, tiada jaminan setakat mana gencatan senjata ini mampu menyelesaikan konflik antara kedua belah pihak..Nak tahu kenapa pihak Israel terpaksa memohon untuk diadakan gencatan senjata dengan pihak Palestin, meh baca kat bawah ni..

Fakta:

1: Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.

2: Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

3: Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.

4: Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama 2 juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.

5: Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, Drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.

6: Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.

7: Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.

8: Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal meskipun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.

9: Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel meskipun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.

[Fakta] Israel Menangis Kerana Hamas

sumber: sochai

P/s : Hancur lah kau israel !!!

Share:

Sunday, 25 November 2012

Ayuni buang kerakyatan Malaysia kerana Artis KPOP??

Ayuni buang kerakyatan Malaysia kerana Artis KPOP??

Siapa Ayuni ??haha.aduyai..semenjak dari habis shout award gua tengok bersepah news feed dibanjiri dengan isu ni..mula2 malas aku nak amek port..tapi bila da banyak sangat page2,kawn semua share,share dan share aku tergerak la ambik tahu..aduhhh..nak cite pon malu..gua dah la sejak awal tahun ni gua dah nekad taknak bahan org...tapi ada je isu2 bodoh yang menggangu otak aku..terpaksa la aku buat satu entri khas.mengeluarkan pendapat aku yang bajet good ni.ngehehe

korang yang taktahu apa kes budak ayuni ni buat..masa shout awrd ari tu geng2 kpop dia kena boo,,dan ada yang kena baling kasut..ni yg gua dengar lah..pastu dia buat satu entri..nah sedikit sedutan luahan hati dari blog dia..
Ayuni buang kerakyatan Malaysia kerana Artis KPOP??

Ayuni buang kerakyatan Malaysia kerana Artis KPOP??

Ayuni buang kerakyatan Malaysia kerana Artis KPOP??

haha..kelakar weh..gua tahu la ada pro dan kontra dia...isu artis kpop ni kena boo atau baling kasut ni aku tak tahu la kenapa dorang kena boo ke apa..mungkin ada salah..atau haters2 kpop bertindak giler membabi buta..iala salah jugak sebab cuba la bayangkan kalau artis Malaysia mcm Yuna..nak perform kat luar ngara..so org luar layan dia cmtu mesti kita pon sakit hati.tapi entah la..mungkin ada sebab..

Tapi point aku sekarang..yang kelakar giler.kenapa ayuni ni nak buang kerakyatan dia.?haha...gua mohon dia baca entri ni supaya dia tersedar


1)ambik cermin besar2 weh..kau rasa kau gi korea org korea akan ingat kau org korea ke.haha..muka macm anak pak mat tempe je.kah3.

2)kau pernah tengok tak video ada satu group artis kpop xingat kumpulan apa..dia dtg perform kat malaysia.pastu dia terkejut ada peminat perempuan.siap pakai tudung terkinja2 lompat cakpa oppa,saranghaey la mende minta autograph..dan dia sangat terkejut reaksi org islam camtu.haha..dia xminat weh..boleh cari kat youtube..aku cari tak jumpa..dia kena temuramah masa world tour.LOL

3) Kau nak tukar nationality pon org takkan heran.malaysia tak perlukan pon org mcm kau.haha..kpop konon..puih..

4) gua tengok dia punya twitter..married tu apa eh ? korean people ek ?hahaha..mat bangla pon belum tentu suka kat kau..ni pulak abg2 korea.haha..pirahhh..pergi la nangis sana buat pembedahan kulit ke.ngehehe

5)yang terakhir..mesti mentaliti kau kelas bawahan yg selalu tersangkut dengan anasir2 luar..kalau pergi tempat org mesti nanti kena kejutan budaya..nak jadi awek korea..kasi cerah sikit tona kulit tu adik oi..haha..pastu ckp plhan2..

kredit gambar

P/s :: gua mintak maaf kalau entri ini agak barbaric dan kasar..bak kata ustaz azhar.. kata biar terasa..lagipon ni pendapat peribadi aku..aku bukan nak cakap benda pointless...ngehehe

Share:

COOL : Apabila Dora The Explorer Di Dunia Nyata Ditayangkan

Apabila Dora The Explorer Di Dunia Nyata Ditayangkan

Seperti yang kita tahu,Dora The Explorer merupakan satu cerita kartun yang memberi banyak pengajaran pada kanak2..cuba korang bayangkan..cite kartun yang noob asyik tanya map tu.tbe2 dikeluarkan dalam filem nyata..dan ianya berunsurkan sentimen ganas..nah video korg tengok.hehe



P/s : apa pendapat korang?lol.ni sesaje je video yg direka oleh college humor..taktau la kalau betul2 ditangkan.dush

Share:

Thursday, 22 November 2012

COOL : [Video] Anonymous Godam Hampir 600 Laman Web Israel Sebagai Balasan Serangan Ke Atas Gaza


Anonymous Godam Hampir 600 Laman Web Israel Sebagai Balasan Serangan Ke Atas Gaza

Ketika tentera Israel menyerang Gaza minggu ini, dan pada masa yang sama mengumumkan akan mematikan internet di kawasan terlibat, Anonymous telah pun mengumumkan akan melaksanakan OpIsrael, dan kini kelihatan ratusan laman web Israel digodam, selain alamat emel dan kata laluan yang turut ditiriskan ke arena internet.

Video:


"Greetings World.
For far too long, Anonymous has stood by with the rest of the world and watched in despair the barbaric, brutal and despicable treatment of the Palestinian people in the so called "Occupied Territories" by the Israel Defense Force. Like so many around the globe, we have felt helpless in the face of such implacable evil. And today's insane attack and threatened invasion of Gaza was more of the same.
But when the government of Israel publicly threatened to sever all Internet and other telecommunications into and out of Gaza they crossed a line in the sand. As the former dictator of Egypt Mubarack learned the hard way - we are ANONYMOUS and NO ONE shuts down the Internet on our watch. To the IDF and government of Israel we issue you this warning only once. Do NOT shut down the Internet into the "Occupied Territories", and cease and desist from your terror upon the innocent people of Palestine or you will know the full and unbridled wrath of Anonymous. And like all the other evil governments that have faced our rage, you will NOT survive it unscathed.
To the people of Gaza and the "Occupied Territories", know that Anonymous stands with you in this fight. We will do everything in our power to hinder the evil forces of the IDF arrayed against you. We will use all our resources to make certain you stay connected to the Internet and remain able to transmit your experiences to the world. As a start, we have put together the Anonymous Gaza Care Package - http://bit.ly/XH87C5 - which contains instructions in Arabic and English that can aid you in the event the Israel government makes good on it's threat to attempt to sever your Internet connection. It also contains useful information on evading IDF surveillance, and some basic first aid and other useful information. We will continue to expand and improve this document in the coming days, and we will transmit it to you by every means at our disposal. We encourage you to download this package, and to share it with your fellow Palestinians to the best of your ability.
We will be with you. No matter how dark it may seem, no matter how alone and abandoned you may feel - know that tens of thousands of us in Anonymous are with you and working tirelessly around the clock to bring you every aid and assistance that we can.
We Are Anonymous
We Are Everywhere
We Are Legion
We Do Not Forgive
We Do Not Forget
To the oppressors of the innocent Palestinian people, it is too late to EXPECT US"
Daripada akaun Twitter @YourAnonNews, antara perkembangan semasa yang dikongsikan, adalah termasuk berkenaan pangkalan data Bank of Jerusalem yang dipadam, selain laman web kementerian Israel.

Nak tahu senarai laman web Israel yang telah digodam tu, boleh tengok kat sini - #OpIsrael

Sumber

Share:

Wednesday, 21 November 2012

Inilah Dia Ayat Yang Terpanjang Dalam Bahasa Inggeris

Inilah Dia Ayat Yang Terpanjang Dalam Bahasa Inggeris

korang pernah tau tak apakah ayat yang terpanjang di dalam bahasa inggeris ? hari ni aku nak kongsikan satu perkataan bahasa inggeris  yang dirakam dan mengambil masa selama 3jam..perghh..giler kentang kan ? jom layan video tersebut di bawah neh



P/s :Pergh..giler la.lama mana korang boleh tengok video neh ? hehe


Share:

Tuesday, 20 November 2012

Bila Pelakon Azhar Sulaiman Mengaku murtad dan kenyataannya memakan diri

Bila Pelakon Azhar Sulaiman Mengaku murtad dan kenyataannya memakan diri

Bukan nak bagi panas line.bukan nak gossip ke apa ek..tapi aku menulis entri ini atas dasar peka dan sifat ambil tahu akan keadaan yang melibatkan islam..politik tolak tepi.okay la.cite ni aku dah tahu lama..

mula2 tu malas la nak amek port sangat..tapi bila tengok news feed fb aku penuh share2 berbaur hasutan,fitnah.gua buat la entri daripada berziarah dari satu status facebook ke satu status untuk menyatakan pendapat aku..

straight to the point...sebenarnya apa yang dibuat ni aku rasa la dah jatuh murtad dan dia kena mengucap balik..ye la..benda ni berkaitan akidah kot..tapi bila gua baca second comment dia yang diprint screen(refer gambar)mungkin maksud dia keluar dari umno dengan membahasakn diri sebagai "MURTAD"..tu apa yang aku faham la..tapi perbuatan dia tetap salah..aku bersifat neutral.tak memihak pada mana2 parti.. apa sje yang kita buat kena fikir der..adios.

kredit gambar milosuam.

P/s :Mohon mengucap dengan segera dan solat taubat

Share:

Berapakah jumlah tulang dalam tubuh manusia?


Berapakah jumlah tulang dalam tubuh manusia?


Seorang manusia dewasa mempunyai 206 tulang tetapi semasa bayi, manusia mempunyai 300 tulang. Adakah ini bermakna kita kehilangan 94 tulang?

Sebenarnya, tidak. Ketika membesar tulang-tulang ini akan bercantum dan membentuk satu tulang.

Ini akan membentuk tulang yang kuat walau pun jumlah tulang dalam tubuh kita berkurangan.

Bagaimanapun kita sebenarnya mempunyai 27 tulang berasingan dan pada muka kita sahaja mempunyai 14 tulang.

Tulang di dalam tubuh kita sebenarnya hidup dan diperbuat daripada bahan yang kuat terdiri daripada bertan-tan sel yang membantu ia hidup dan untuk memperbaiki diri masing-masing.

Seperti sel lain dalam tubuh manusia, sel tulang bergantung kepada darah untuk hidup. Darah menyalurkan makanan dan oksigen serta membawa bahan-bahan buangan.

sumber


Share:

Nora Danish Adalah Ciri-ciri Wanita Idaman Anuar Zain


Anuar Zain

Penyanyi Anuar Zain (gambar) mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, dia mula tertarik dengan Nora  sejak kemunculan awal pelakon  itu menerusi drama Puteri.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria  wanita idaman saya yang feminin dan lembut.

"Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku  yang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.

Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak  memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan  ibu beranak satu itu.

"Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya.

sumber

Share:

PM Israel lari Takut Kena Bom !!


israel haram jadah


TV Israel melaporkan:
"Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara (Al-Quds)."

Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yang dilancarkan Briged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat.

Sumber: Qassam Media

P/s : Jahanam kau israell


Share:

GILA : Remaja Potong Kemaluan Sendiri Kerana Malu Dengan Ereksi

GILA : Remaja Potong Kemaluan Sendiri Kerana Malu Dengan Ereksi

Seorang remaja 17 tahun yang berasal dari Fujian memotong kemaluan beliau kerana malu ketika mengalami ereksi. Remaja ini tidak tahu ereksi bagi seorang lelaki ialah sesuatu yang normal dan tidak perlu dimalukan.

Beliau pulang ke rumah dan cuba memotong kemaluan beliau menggunakan pisau. Remaja ini bernasib baik kerana ibunya beliau sempat menghantar beliau ke hospital untuk rawatan kecemasan. Dari laporan media China, kemaluan remaja ini berjaya diselamatkan dan dijangkakan akan pulih kembali seperti biasa

sumber

P/s : Gila ke weh?kalau malu blah la dari org ramai..pastu pandai2 la cover.mental apa sampai potong2 ni..teringat gua kisah johari pain yang hangat di facebook suatu ketika dahulu.LOL

Share:

Cristiano Ronaldo Lelong Kasut Emas 1.4 Juta Euro Demi Gaza?


Cristiano Ronaldo Lelong Kasut Emas 1.4 Juta Euro Demi Gaza?

Konflik Israel – Palestin yang berlangsung di Tebing Gaza menarik perhatian pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sehingga dia sanggup melelongkan anugerah paling bermakna untuk kareer bola sepak, iaitu Kasut Emas dengan harga mencecah 1.4 juta Euro atau RM 5.5 juta.

Bekas pemain Manchester United yang kini bersama pasukan Real Madrid ini berhasrat menggunakan wang hasil lelongan untuk membantu Palestin membina beberapa buah sekolah yang hancur dibom rejim Zionis Israel.

Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 setelah dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak untuk La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.

Bagaimanapun, berita ini masih belum dapat disahihkan kerana tiada sebarang laporan daripada agensi dan media antarabangsa semasa artikel ini ditulis.

Dalam laporan berlainan, penyanyi Faizal Tahir yang tersentuh dengan kesengsaraan penduduk Palestin mengumumkan untuk melelongkan kesemua trofi yang pernah dirangkulnya di laman Twitter, sebentar tadi

1)sumber
2)sumber


Share:

Monday, 19 November 2012

Pierre sudah lima bulan masuk tabligh


Pierre sudah lima bulan masuk tabligh


UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?

Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?

Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?

Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?

Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?

Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

sumber

P/s : Alhamdulillah :)

Share:

COOL : Osborne 1, Laptop Pertama Dihasilkan Di Dunia Pada 1981.

COOL : Osborne 1, Laptop Pertama Dihasilkan Di Dunia Pada 1981.


Sebelum terciptanya DELL, ASUS, Hp, Acer dan lain-lain jenama laptop, Osborne 1 telah mulai dijual dengan harga uSD$1795 (dalam RM5200 sebuah) pada 3 April 1981. Berat laptop pertama ini adalah 10.7 kg dan menggunakan OS - SP/M 2.2 (sekarang dah Windows 8). Mari lihat sendiri rupa laptop pertama itu.

COOL : Osborne 1, Laptop Pertama Dihasilkan Di Dunia Pada 1981.

Osborne 1

Osborne 1



Share:

COOL : Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas

Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas


Seorang pemburu meteor telah menghabiskan masa selama 20 tahun dalam mencari ketulan  batu antariksa. Kini, beliau berjaya menemui bahan mineral yang nilainya 10 kali ganda lebih tinggi berbanding emas. Ketulan batu ini telah ditemui di utara California, Amerika Syarikat (AS) di kawasan lembah Sierra.


Batu antariksa ini merupakan serpihan daripada meteor raksasa yang meletus dengan kekuatan menyamai 1/3 bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun pada penghujung perang Dunia Ke 2.


Menurut keterangan profesor dan ahli meteor, John Wasson dari UCLA, batu hasil daripada penemuan Robert Ward dari Arizona ini memiliki berat 10 gram. Menurut Gold Gram Bars, ketulan batu ini mempunyai nilai lebih dari US$1,000 (RM 4,000), seperti yang dikutip DM.


Bercakap mengenai hasil penemuannya, Ward hampir tidak percaya semasa menemui ketulan meteorit yang dikenali sebagai Carbonaceous Chondrite (CM) setelah melihat bentuk di permukaan batu tersebut. "Ini merupakan salah satu benda tertua dan bernilai yang pernah ditemuinya,".

Mineral

Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas

Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas

Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas

Share:

GEMPAR : Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

 Sebuah tragedi malang menimpanya apabila disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan seorang jurubina tempatan yang telah ditembak mati pada hari Sabtu di rumahnya di Bandar San Pedro di pulau Ambergris Caye.

McAfee telah bersembunyi di Belize pada 2008 sejak rumahnya diserbu kerana dituduh melindungi kegiatan dadah dan senjata haram serta menjalankan 'pemerosesan dadah'. Beliau juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan kumpulan samseng paling terkenal di Belize.

Mc Afee dipercayai telah memiliki kekayaan $100 juta dollar selepas membangunkan perisian tersebut pada tahun 1980-an yang pada masa itu dikenali anatara salah satu kejayaan terbesar dunia dalam era teknologi digital.

Beliau membangunkan program aniti virus komputer pada 1989, bekerja sepenuh masa di syarikat miliknya sendiri, McAfee Associates. Menjelang tahun 1992, lebih 100 syarikat ternama telah membeli lesen untuk menggunkan perisiannya.

Beliau telah lama meninggalkan syarikat yang menggunakan namanya sejak 1994.

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

sumber

P/s : Sayang weh..nama McAfee antivirus merupakan satu nama yang sangat dikenali bila disebut2..aset dah banyak sampai 100 juta dollar still nak run bussines jual dadah..

Share:

COOL : Tayar Basikal Tanpa Udara


 Tayar Basikal Tanpa Udara

Inovasi tayar tanpa udara adalah tahan lama, ringan dan tidak mudah pancit. Tayar unik ini telah direka oleh Brian Russell, pencipta untuk Energy Return Wheel. Getah yang diregangkan pada rod karbon yang boleh laras akan bertindak seperti spring.

Tidak memerlukan udara bermakna tayar ini tidak akan mempunyai masalah untuk pancit, rosak atau pecah. Jadi, anda boleh meluangkan masa dengan lebih banyak dengan basikal anda daripada menghabiskan masa untk membaikinya.

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara



Share:

Saturday, 10 November 2012

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik


COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

Jalan yang boleh menyala dalam gelap dan mungkin pada suatu hari mampu mengecas kereta elektrik anda telah ditetapkan untuk diperkenalkan di Belanda mulai tahun hadapan.

Jalan yang dikenali sebagai "Smart Highways" ini telah diumumkan minggu lepas pada Minggu Reka Bentuk Belanda dan akan menggunakan teknologi terkini. Menurut pereka nya, ia akan menjadi sebuah jalan yang "lebih mampan, selamat dan intuitif."

Syarikat-syarikat di sebalik projek ini berkata, matlamat mereka adalah untuk menghidupkan sebuah inovasi laluan pengangkutan biasa dengan memberi tumpuan kepada jalan raya itu sendiri berbanding kenderaan yang menggunakannya.

Idea ini mungkin telah ketinggalan beberapa tahun ke belakang, namun mulai tahun hadapan, jalan raya di seluruh Belanda akan dicat dengan garisan yang diperbuat daripada serbuk foto-pendarkilau yang boleh menyerap cahaya teknologi untuk menerangi jalan raya sehingga 10 jam semalaman.

Satu lagi teknologi yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan juga adalah cat dinamik yang responsif terhadap suhu yang akan membuat kan kristal ais boleh dilihat oleh pemandu apabila cuaca sejuk membuatkan jalan menjadi licin.

Idea yang dibangunkan oleh sebuah firma Belanda, Studio Roosegaarde and Heijmans Infrastructure ini telah pun dinobatkan sebagai 'Konsep Masa Depan Terbaik' pada Anugerah Reka Bentuk Belanda baru-baru ini.

Walaubagaimana pun, masih belum ada lagi maklumat mengenai lorong kenderaan yang boleh mengecas kenderaan elektrik sewaktu membuat perjalanan, itu berkesan.

Studio Roosegaarde berkata dalam satu kenyataan, "Daripada memberi tumpuan kepada kereta untuk berinovasi, kami, Daan Roosegaarde dan Heijmans akan menginovasi jalan raya itu sendiri."

"Reka bentuk inovatif seperti jalan yang boleh menyala dalam gelap, cat dinamik, cahaya interaktif, Induction Priority Lane dan cahaya angin akan dapat direalisasikan dalam tempoh 5 tahun yang berikutnya."

"Matlamat jalan raya ini adalah untuk membina sebuah jalan raya yang lebih mampan dan interaktif dengan menggunakan pencahayaan interaktif, tenaga pintar dan tanda-tanda jalan yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan lalu lintas tertentu."

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

Smart Highways

Smart Highways



P/s :waa.awesome..sangat membantu rakyat di sana dan ini merupakan inisiatif yang kreatif :)

Share:

Monday, 5 November 2012

Pengalih suara Kartun Ben 10 adalah seorang wanita ??

Pengalih suara Kartun Ben 10 adalah seorang wanita ??


Siapa sangka di sebalik kehebatan hero pujaan kanak-kanak, Ben Tennyson atau lebih dikenali sebagai Ben 10, terselit rahsia yang mengejutkan.

Rupa-rupanya, si peminjam suara untuk karakter popular itu adalah seorang wanita dikenali sebagai Tara Strong. Lebih mengejutkan, Tara bukanlah anak gadis, sebaliknya dia bakal mencapai usia 40 tahun, tahun depan.

Ternyata, pelbagai reaksi diterima wanita ini apabila peminat kecil Ben 10 mendapat tahu siapa sebenarnya identiti peminjam suara watak pujaan mereka itu.

“Saya seronok melihat reaksi kanak-kanak lelaki. Ada yang marah dan tidak dapat menerima kenyataan selepas mengetahui pemilik suara Ben 10 adalah seorang perempuan.

“Ini bermakna, saya sudah melaksanakan tugas yang baik selama ini,” katanya yang mula meminjam suara untuk pelbagai produksi sejak usia 13 tahun.

Menceritakan pembabitan awalnya, Tara dilaporkan berkata, dia dihantar menghadiri uji bakat untuk peranan Hello Kitty oleh ejen yang berpusat di Toronto. Nasib Tara baik apabila dia diterima menyumbangkan suara untuk watak itu.

Sepanjang pembabitan dalam industri ini, Tara paling menggemari peranannya sebagai Melodi dari animasi The Little Mermaid 2.
Sememangnya, sudah menjadi impian wanita ini untuk terbabit dalam animasi berkenaan.

Mengapa tidak, dia dapat bekerja di samping bintang pujaan, Jodi Benson yang juga seorang penyanyi soprano, pelakon dan penyumbang suara untuk pelbagai projek animasi.

Menurut Tara, untuk menjadi seorang pelakon suara, individu terbabit perlu melengkapkan diri dengan menghadiri kelas pemantapan suara.

“Hadirlah sebanyak mungkin kelas yang anda boleh. Ini kerana lakonan suara juga suatu cabang seni lakon. Kami bukan hanya bertanggung jawab menyumbang suara, malah perlu mengkaji babak atau adegan.

“Kita juga perlu tahu bagaimana hendak beraksi secara spontan dan menyanyi,” katanya yang seronok melakukan tugas ini kerana tidak terikat dengan rutin kerja pejabat.

Sementara itu, sepanjang menyumbangkan suara untuk pelbagai projek animasi, Tara melihat watak Ben berbeza daripada watak budak lelaki lain.

Menurutnya, Ben 10 adalah seorang budak lelaki angkuh, tidak pernah mengenali erti takut dan suka memperkecilkan orang lain. Baginya, Ben 10 juga mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat tinggi.

sumber

Share:

PELIK : Keranda Dilengkapi Sistem Karaoke Di Filipina


Keranda Dilengkapi Sistem Karaoke Di Filipina


MANILA – Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam.

Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween.

Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween.

Para tetamu parti Halloween kerap memakai pakaian seperti ahli sihir dan hantu.

sumber

Share:

Sunday, 4 November 2012

PM New Zealand kata Beckham tidak cerdik


David Beckham

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, John Key semalam menyifatkan bintang bola sepak, David Beckham sebagai tidak cerdik.

Dalam laporannya, Radio New Zealand berkata, Key menyelar bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan kini Los Angeles Galaxy kerana tidak pandai.

Key memberitahu sekumpulan pelajar, anaknya menghabiskan masa 45 minit bersama-sama Beckham ketika bekas kapten England itu bermain dalam perlawanan pertunjukan untuk LA Galaxy yang menelan belanja lebih RM6 juta pada 2008.

Key berkata, Beckham, 37, kacak dan baik kerana menghabiskan masa selama itu bersama anaknya, tetapi dia ‘tidak cerdik.’ Perdana Menteri itu berkata demikian ketika bercakap dengan sekumpulan pelajar di Dunedin.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri berkata, ia tidak akan mengulas mengenai kenyataan Key.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama isu kecerdikan Beckham dipersoalkan.

sumber

P/s : ngehehe..apa la..biar la dia cerdik ke tak..yang kau butthurt nak kata dia tak cerdik..statement menggelar orang tak cerdik tu sebenarnya yang noob.apa punya PM la.
Share:

COOL : "Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun


"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun

Teori di sebalik Jalan Raya Muzikal ini amat mudah: apabila sebuah kereta dipandu  sepanjang jalan yang mempunyai banyak siri alur yang dipotong diatasnya, ia akan mewujudkan resonans atau gema bunyi apabila tayar kenderaan berulangkali melepasi alur berkenaan. Sebagai contoh, anda mungkin pernah mengalami pengalaman ini semasa memandu di atas garisan kuning sebelum melepasi bonggol di atas jalan raya.

Jalan raya muzikal ini telah direka oleh Encik Shinoda, yang bekerja di Institut Penyelidikan Perindustrian Hokkaido dan beliau mengambil masa yang agak panjang bagi merealisasikan teori resonansnya dalam cara yang unik.

Shinoda mendapati bahawa dengan mengubah jarak antara alur yang dipotong, ia akan mengeluarkan bunyi yang berbeza. Ia kelihatan amat serupa dengan aplikasi yang digunakan dalam kotak muzik lama di mana logam pada gelung muzik ditebuk dengan jarak yang berbeza bagi mengeluarkan tona bunyi yang menghasilkan muzik.

Lagu yang dimainkan tersebut mungkin tidak sesedap muzik yang dimainkan melalui radio dan pemain CD, namun memandangkan ia dimainkan oleh kumpulan "Goodyear Orchestra", ia tidak lah teruk sangat.

Jalan Raya Muzikal ini terletak di wilayah Hokkaido, Wakayama dan Gunma dan telah ditanda melalui papan tanda di tepi jalan raya dan "note" lagu itu sendiri telah dicat dengan berwarna-warni di atas jalan tersebut.

Pemandu perlu peka kerana kelajuan yang ideal bagi mendengar lagu yang di atas jalan raya tersebut ialah dengan mengekalkan kelajuan pada 28 mph.

"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun

"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun


"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun

"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun

mari kita ikuti video dibawah pula



sumber

P/s : Mengapakah Jepun terlalu awesome ?? tidak cukup kah dengan jalan raya yang extremely hancur akibat gempa.dapat dibaiki dalam tempoh 4 hari..kini jalan raya yang bermolodi ..kreatif habis woo..jauh lebih maju tapi sayang.porno berleluasa..jika dizinkan nak try duk sana beberapa tahun.kenal culture dorang sume.wohoo

Share:
loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...