Wednesday, 29 August 2012

Blog hannsays selalu redirect ke website shopping dan iklan ??



interface lama blog hannsays

Hello semua,harini ada sedikit keluhan.LOL..blog aku ni walaupon aku jarang update tapi sekali sekala teringin la jugak nak share2 tips ke berita and so on.,baik diambil terus dari blog/web lain atau pendpat peribadi hann sendiri..tapi masalahnya sekarang blog aku selalu redirect ke 2 website ni(setakat ni 2) blog shopping lifestyle dan kadang2 web iklan phone mobico.dafuq is happening?? misi pencarian google telah dijalankan setelah lama menggogle.aku jumpa satu jalan penyelesaian dengan meletakkan satu "script" ni.tapi kejap je bertahan..sehari 2 dia ok.dia redirect balik ke website kemana2.

hasil google.:sebab blogspot ada visitor dtg dari luar..sebagai contoh singapore, australia, america..jadi dorang akan lihat blog aku sebagai"hannsays.blogspot.sg" blogspot.au ??jadi dari situ la penyebabnya..yes aku pon pelik sebenarnya visitor aku dari australia,singapore,indonesia banyak..malaysia no3..paling banyak dari US ??unique visitor dari US tiap hari 200++ tu dari us.asal ek..malaysia kadang naik kadang turun

mohon otai2 yang terbaca entri ni bantu aku.haha.adakah aku patut berhenti blogging dan mencari minat lain atau beli domain dan hosting yang lebih mesra SEO.."tapi bila da ada domain hosting,komitmen kena ada.aku blogging suka2.tapi sayang jugak blog neh.LOL..harap yang baca dapat membantu script ini (rujuk bawah) telah digunakan dan ianya tidak memberi kesan,sehari 2 je.oppa gangnam style!~

P/s : bukan semua visitor yang akan redirect.ada sesetengah.macam IP aku ni memang sah redirect..huhu.mohon otai2 bantu hamba yang noob ni.
Share:

Samsung bayar saman Apple USD1 billion pakai syiling 5sen sebanyak 30 trak

samsung vs apple


Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.

Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.

Samsung bayar saman Apple USD1 billion pakai syiling 5sen sebanyak 30 trak

Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.

Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

Sumber

Share:

Monday, 27 August 2012

Petua Melayan Suami


ini merupakan pendapat peribadi seorang penasihat kepada bakal isteri atau wanita yang sudah berkahwin kearah menjadi wanita yang dikasihi suami

Petua Melayan Suami


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tetapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam thermos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13.Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

sumber pakar nasihat perkahwinan

Share:

Saturday, 25 August 2012

Koleksi Petua Lelaki Untuk Menguatkan Tenaga Batin

artikel dibuat hanya untuk tujuan informasi bersama


Koleksi Petua Lelaki  Untuk Menguatkan Tenaga Batin

Hello semua..pelbagai tips yang hann dah kongsikan tentang seksual.terutama berkaitan lelaki..banyak yang korang boleh dapat..cuma tengok di label kategori yang disediakan..tapi hari ni aku nak tambah lagi antara koleksi2 zaman dulu untuk menguatkan tenaga batin.wohoo.Yosh.mari kita ikuti antara koleksi ini


Pilihan 1: Sediakan seulas halia sebesar ibu jari, 3 sudu madu lebah asli, 1 gram lada hitam, 1 gram lada putih, 1gram kismis kuning, 1 biji telur ayam kampung (ambil kuningnya sahaja).

Pilihan 2: Tumbuk halia, lada hitam dan lada putih sehingga lumat dan masukkan ke dalam satu bekas bersih. Campurkan bahan-bahan ini dengan ramuan lain sehingga sebati. Amalkan makan jamu ini 2 kali sehari, pagi dan petang, selama 21 hari berturut-turut.

Pilihan 3: Makan 7 ekor bubuk jawa hidup-hidup sekali diwakti pagi dan sekali diwaktu petang selama 7 hari berturut-turut. ( Nota: Ada catatan yang menyatakan bahawa amalan ini membahayakan )

Pilihan 4: Ambil 7 ulas cekur atau kencur, 1 ulas bawang putih, 1 gram lada hitam dan 1 sudu minyak sapi tulin. Bersihkan semua cekur itu dan tumbuk sehingga lumat. Begitu juga dengan bawang putih dan lada hitam. Campurkan kesemua ramuan dan gaulkan sehingga sebati. Amalkan memakannya sebelum sarapan pagi selama 7 hari berturut-turut. Semasa mahu memakannya ambil seulas cekur yang lain dan kunyah hingga lumat. Lumurkan kunyahan cekur itu ke seluruh bahagian zakar sambil mengurutnya perlahan-lahan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Urutan dari bahagian pangkal dan membawa ke bahagian kepala zakar dengan lembut.

Pilihan 5: Ambil madu lebah asli 4 sudu teh, sebiji kuning telur ayam kampung dan lada hitam 5 biji. Makan ubat ini diwaktu pagi sebelum atau selepas sarapan.

Pilihan 6: Sembelih seekor itik nila jantan yang tua, keluarkan semua isi perut itik, bersihkan dan masukkan semula kecuali usus itik. Ambil 4 biji keledek merah yang elok dan panjang, bersihkan tanpa membuang kulitnya. Ambil ramuan rempah yang sesuai.
Kukus itik itu bersama-sama ramuan tadi. Kukusan itu mampu untuk menghasilkan segelas kecil air pati. Ambil air pati itu dan minum ketika ia suam-suam kuku.

Pilihan 7: Tumbuk 3 batang kayu manis lebih kurang 2 inci panjangnyatiap satunya hingga lumat, campurkan serbuk itu dengan sebiji kuning telur ayam kampung. Kacau hingga sebati. Minum ramuan setiap pagi dan petang selama 7 hari berturut-turut. Untuk hari seterusnya, minum pada masa 1 jam sebelum jima'. Selain dari meminum ramuan itu, ambil sedikit campuran ramuan dan sapukan pada seluruh bahagian batang zakar sehingga rata. Lakukan 2 hingga 5 minit sebelum jima'.

Pilihan 8: Ambil seekor burung merpati biasa, 3 ulas bawang putih dan merah, 6 inci petula ular dan 1 sudu jintan manis serta lain-lain rempah sup. Giling kesemua bahan itu sehingga mendidih, hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

Pilihan 9: Ambil 1 otak kambing yang dikeringkan, 1 inci halia, kunyit dan lengkuas dan 3 ulas bawang putih. Rebus kesemua bahan itu sehingga mendidih, hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

Pilihan 10: Akar Tunjang Bumi, Kayu Pedu Beruang, Akar Serai Kayu, Kayu Manis, Kayu Lawan, Akar Tongkat dan Janggut Ali, Akar Buluh Duri dan Akar Bunga Cempaka. Semua ramuan itu dicampurkan. Setiap kali penggunaan, masukkan segenggam ramuan yang dicampurkan dengan 3 gelas air. Didihkan sehingga tinggal 1/3 bahagian air sahaja. Minum air tersebut.

Pilihan 11: Pasir timbul (pasir yang timbul dipermukaan air sewaktu air sungai pasang), kayu hidup ( sebarang kayu atau akar yang yang bergerak akibat laluan air yang mudah didapati di kawasan jeram atau hulu sungai), air pasang (air sungai yang sedang pasang). Semua bahan ini direbus bersama dengan 3 gelas air dan didihkan sehingga tinggal 1/3 bahagian air sahaja untuk diminum.

Pilihan 12: 400 gram gula batu, 200 gram lada putih, 100 gram serbuk halia dan satu sudu makan minyak sapi tulin. Kesemua gula batu dan lada putih ditumbuk hingga lumat seperti tepung. Setelah diayak, gaulkan kesemua ramuan ini, panaskan di atas api yang agak sederhana panasnya sambil mengacau sehingga sebati. Kacau sehingga ianya lekit seperti dodol. Makan sekadar sebesar ibu jari sekurang-kurangnya ½ jam sebelum jima'. Lebihnya disimpan dan jangan biarkan dimasuki angin. Untuk keberkesanan yang lebih baik, makan majun ini setiap pagi sebelum sarapan.

Pilihan 13: Tiga ulas halia sebesar ibu jari setiap satu, 27 biji lada hitam, 27 biji lada putih, 1 sudu teh minyak sapi tulin dan sebiji telur ayam kampung bahagian kuningnya sahaja. Tumbuk kesemua lada hitam, lada putih dan halia sehingga lumat. Sebaiknya halia itu diparut, diperah dan diambil airnya sahaja. Gaul semua ramuan di dalam bekas yang bersih hingga sebati. Minum ramuan ini sekurang-kurangnya 1 jam sebelum jima'. Ambil sedikit dari ramuan, sapu pada zakar 2 hingga 5 minit sebelum jima'. Ramuan itu jangan diminum ketika lapar atau perut kosong. Semasa menyapu pada ramuan pada zakar, jangan menyapu terlalu banyak, memadai sedikit sahaja.

Pilihan 14: Sebiji telur ayam, 1 sudu minyak sapi dan 7 biji buah kurma iaitu bijinya yang telah ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan ramuan dan makan setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Paling baik makan sebelum berakhirnya waktu subuh. Boleh juga memakannya ½ jam sebelum jima'.

Pilihan 15: Campurkan 3 ulas halia yang telah diparut bersama segelas susu kibas/ kambing mentah dan sedikit kismis. Gaul semua bahandam minum setiap pagi selama 10 hari berturut-turut. Selepas tempoh itu tamat, boleh diamal menurut kesempatan dan boleh diminum sebelum jima'.

Pilihan 16: Dua sudu teh minyak sapi tulin, 2 sudu teh pati samtan, 2 sudu teh madu lebah dan sebiji kuning telur ayam kampung. Campurkan semua ramuan dan kacau hingga sebati. Amalkan meminum sehingga 14 hari berturut-turut. Untuk hari-hari selepas itu, malkan memakannya ½ jam sebelum jima'.

Pilihan 17: Sekiranya pemburu mendapat sang kancil atau pelanduk, maka ambil ekornya, goreng kering dan makan.

Pilihan 18: Amalkan makan sup ekor lembu atau sup kambing dicampurkan dengan hati kambing jantan.

Pilihan 19: Minum madu lebah asli bercampur kuning telur 2 atau 3 kali seminggu.

Pilihan 20: Makan hempedu beruang yang telah dikeringkan tanpa dimasak.

Pilihan 21: Makan kemenyan sebesar jari kelingking dengan sedikit gula seminggu sekali.

Pilihan 22: Minum air yang direndam dengan zakar buaya yang telah dikeringkan sebelum jima'. Rendam zakar buaya itu satu jam sebelum meminumnya. Bila sudah digunakan, maka keringkan semula bagi kegunaan akan datang.

sumber diambil dari ensiklopedia petua lama

P/s : ni diantara koleksi2 nya..tapi lagi mudah boleh semak entri2 lama yang han penah buat..antaranya senaman kegel,makan buah2..jangan melan weh.senam selalu..jogging tu powerful..bukan baik untung jantung dengan otot je.semua fungsi2 bertambah baik.semoga bermanfaat. :)

Share:

Petua Untuk Memperbanyakkan Susu Badan

artikel dibuat hanya untuk tujuan informasi bersama


Petua Untuk Memperbanyakkan Susu Badan


1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Anda dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Ini kerana apabila bayi anda mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil supplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Ambil daun cekur manis yang telah dihancurkan dan tampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

9. Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

10. Air Longan - Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat Cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

11. Halba dan Jintan Hitam - Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

12. Bunga Melur - Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Daun bunga melur digiling hingga halus dan tampal di sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

info tambahan,dengan memakan sayur bendi dan juga lobak putih juga merupakan salah satu cara untuk menambah kuantiti air susu badan.

sumber dari laman kesihatan

Share:

Friday, 24 August 2012

COOL : Gambar Perkahwinan Ustaz Don

Gambar Perkahwinan Ustaz Don


Aha,kalau sebelum ni aku penah buat entri tentang kad kahwin ustaz don dan juga entri berlangsungnya pernikahan ustaz ni.hari ni aku sertakan gambar sekali.LOL.mari kita ikuti gambar sepanjang pernikahan mereka :)

“Barakallahu lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair"


sumber gambar dari atmosphere photography
Share:

Tips kempiskan perut


Tips kempiskan perut


Minum air masak/air suam yang banyak.
Dengan meminum air masak yang banyak, ia mampun mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Selain itu air masak juga mampu:-
1.Menetralisir racun dalam tubuh
2. Membakar lemak
3. Membersihkan racun dalam ginjal

Makan perlahan-lahan.

Kita tidak digalakkan makna dengan cepat kerana udara akan kepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempuran yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

Kurangkan garam dalam makanan

Garam dalam proses diet akan menambahkan ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Jadi, perut akan kembung .

Makan makanan yang lebih serat.

Unutk mengimbangi kuantiti air dalam badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear. Ia juga dapat menghindari berlakunya sembelit.

Lakukan senaman atau bersukan.

Bersenam dapat membantu meningkatkan kadar metabolism dalam badan dan ia juga dapat membantu dalam pembakaran dan pemecahan lemak dalam badan. Jogging 30 minit 3kali dalam seminggu dan bangkit tubi (sit up)

tips ini sangat berguna..artikel diambil dari facebook yang dishare ke wall hann,semoga bermanfaat buat semua LOL

Share:

Awas geng langgar, samun kereta

samun kereta
PEMANDU kereta dinasihat tidak berhenti jika kenderaan mereka dilanggar dari belakang kerana dikhuatiri ia dilakukan oleh kumpulan penjenayah. - Gambar hiasan


KAJANG - Hati-hati jika kenderaan anda dilanggar dari belakang ketika memandu seorang diri melalui beberapa laluan utama di daerah ini ekoran sudah terdapat 10 kes kenderaan disamun pada tahun ini selepas perlanggaran itu.

Berdasarkan aduan, lokasi sasaran kenderaan banyak dilarikan penjenayah selepas dirempuh dari belakang ialah semua persimpangan menuju ke Lebuh Raya Silk, susur ke Lebuh Raya Utara-Selatan, jalan menuju ke Besraya dan semua susur masuk ke Lebuh Raya Grand Saga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab (gambar kecil) berkata, kumpulan penyamun yang terdiri daripada dua hingga empat suspek tersebut dikesan aktif di daerah ini sejak setahun lalu dan memilih lokasi-lokasi tersebut sebagai lokasi menyamun kerana kawasan tersebut sunyi dan kenderaan yang disamun pula mudah dilarikan.

"Kumpulan penjenayah ini akan melakukan kegiatan tersebut mengikut peluang seperti jika ada kenderaan yang melalui kawasan tersebut memandu seorang diri tanpa mengira jantina, penjenayah terbabit akan bertindak," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, semasa melakukan jenayah itu, suspek membawa parang untuk mengugut mangsa supaya menyerahkan barang berharga mereka dan keluar dari kenderaan selepas diarahkan.

"Modus operandi penjenayah ini senang iaitu suspek-suspek menaiki sebuah kereta dan melanggar kereta sasaran mereka dari arah belakang.

"Sebaik mangsa berhenti dan turun untuk melihat kes perlanggaran tersebut, kumpulan suspek terbabit terus menyamun mangsa dan melarikan kenderaan tersebut," kata beliau.


Kata beliau, terdapat beberapa kes mangsa dicederakan oleh suspek yang cuba melawan.

Polis telah menahan beberapa suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu tetapi saki-baki ahli kumpulan yang masih bebas meneruskan aktiviti jenayah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemandu kereta yang memandu seorang diri supaya tidak memberhentikan kenderaan sekiranya kereta mereka dilanggar dari belakang.

"Mangsa sepatutnya memandu terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan mengenai kejadian itu," nasihat beliau.

sumber

P/s : hati2 semua.sindiket ni dah lama sebenarnya berleluasa cuma ramai yang tak sedar.ada yang lebih teruk bukan kena samun.LOL

Share:

Thursday, 23 August 2012

Ustaz Don Kini Bergelar Suami Kepada Husna

Ustaz Don Kini Bergelar Suami Kepada Husna
Alhamdulillah,sedar tak sedar kahwin dah ek ustaz don ni..baru je buat entri tentang kad kahwin ustaz kat entri lepas(boleh baca kat sini),pape pon tahniah,alhamdulillah.

Ustaz Don Kini Bergelar Suami Kepada Husna

Menurut sumber, majlis persandingan akan diadakan pada 1 September ini. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Don dan pasangannya. Semoga perkahwinan anda berkekalan sehingga ke akhir hayat.

kad kahwin ustazdon dan husna

Share:

Fakta : 6 Produk Amerika Yang Bukan Berasal Dari Amerika



Jom kita tengok produk-produk di Amerika yang korang rasa berasal dari Amerika tapi sebenarnya bukan berasal dari Amerika.. kah3.apa pon tak boleh LOL


1. Bendera Amerika

Bendera Amerika

Menurut laporan daripada Persatuan Pengilang Bendera Amerika, mereka telah mengimport bendera Amerika yang bernilai USD$22 juta daripada tahun 2005 hingga 2009. Majoriti pengilang bendera ini adalah daripada China. Pada tahun 2001, mereka telah mengimport bendera Amerika yang berjumlah USD$51.7 juta termasuk USD$34.8 juta dalam bulan Oktober sahaja.

2. Bola Lisut 

Bola Lisut

Lebih 80% pengeluaran bola lisut yang menjadi sukan kegemaran warga Amerika Syarikat berasal dari China dan setiap bola lisut yang digunakan dalam kejohanan Major League Baseball dibuat oleh sebuah kilang yang terletak di Costa Rica. Tambahan pula, setiap bola lisut tersebut dibuat menggunakan tangan dan bukan mesin.

3. Hot Dogs.

Hot Dog

Hot dogs sebenarnya berasal daripada Jerman dan asal-usulnya melibatkan golongan imigran daripada negara Jerman itu sendiri. Menurut fakta, hidangan sosej yang dihimpit dengan roti panjang ini telah wujud di Jerman sejak abad ke-13 lagi. Pada zaman tersebut, ramai yang berpendapat bahawa daging sosej yang digunakan itu diperbuat daripada daging anjing berdasarkan nama yang digunakan iaitu 'hot dogs'. 

4. Kereta Amerika.


Ramai yang menyangka bahawa kereta yang berjenama Ford, GM, dan Chrysler merupakan produk sejati Amerika namun ia terbukti salah kerana model domestiknya diperbuat dari Kanada dan Mexico. Tambahan pula, walaupun kebanyakkan kereta tersebut dibuat di Amerika namun, alat ganti dan aksesorinya dibuat dari luar Amerika Syarikat.

5. Anak Patung.

Anak Patung

Anda sangka anak patung yang berharga USD$100 ke atas dan bernama "American Girl" dibuat 100% di Amerika? Anda salah, kerana semenjak tahun 1980an, anak patung ini telah dibuat di Jerman dan kini di China.

6. The Statue of Liberty.

The Statue of Liberty

Mungkin kebanyakkan anda tahu bahawa patung Statue of Liberty ini merupakan hadiah daripada pihak Perancis kepada pihak Amerika Syarikat. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa setiap komponen dan bahan binaan patung ini dibina di Perancis dan dibawa ke Amerika Syarikat melalui kapal laut.

Share:

Thursday, 16 August 2012

Tips Superb Untuk Menghilangkan lemak bawah peha dan selulit dalam masa yang sangat singkat

Menghilangkan lemak bawah peha dan selulit dalam masa yang sangat singkat


Hello semua,okay hari ni han ada benda nak kongsi sikit.mungkin ada dikalangan korang yang badan biasa je.tapi peha besar.biasanya wanita..dan tips yang han nak kongsikan ni boleh kata dikhususkan pada lelaki.perempuan tak digalakkan..tapi kalau larat nak buat try la.haha..

Okay merujuk pada tajuk..hilangkan lemak dalam masa singkat??korang rasa hairan ke?LOL.sebenarnya takde apa yang pelik..dan tips ni juga bukan boleh digunakan untuk lemak peha je.lemak badan nak jadi kurus pon boleh,tips ni SANGAT2 SUPERB!! korang boleh makan berapa banyak yang korang suka,apa saje.tapi badan maintain...

Okay lets get started,,ni rutin harian Hann kalau korang nak tahu..

1)bangun pagi jogging..jangan lupa warmup dulu,buat stretching sume


senaman tangga

2)aku panggil ini sebagai senaman tangga.yes..aku selalu buat kat stadium..naik turun tangga at least 20 kali.naik cepat.turun cepat okay



Jalan itik

3)Jalan itik(korang nampak apa adik tu buat,yes tu dia jalan itik) buat satu garisan panjang 50 meter.berulang alik..tu rutin harian han.kalau tak larat buat sikit je cukup.


bersukan

4)bersukan,tapi aku prefer Extreme sport,rock climbing, skateboard ke atau pape.tapi ni apa yang aku main bmx,kalau korang tak biasa sukan berat,main bola pon dah cukup.


amalkan berjalan kaki

5)ni benda paling senang gila,amalkan berjalan kaki..kalau nak keluar rumah beli choki2 kedai dekat pon naik kete memang tak la..haha(kalau jenis hann memang kemana saja prefer jalan kaki rather than naik motor,kete,lain la jauh sangat) dan untuk pengetahuan korang,aku penah baca kat majalah dulu bagi wanita yang berjalan kaki selama 90 minit dapat mengurangkan risiko daripada terkena serang kanser payudara..

dan juga umumnya bagi lelaki dan wanita berjalan 1000 langkah sehari dapat menyihatkan jantung..haa tengok ?? nak lemak kurang,,tapi dapat jantung sihat.pakej la tu.LOL


buah-buahan

6)sebelum tido..ambik buah-buahan,anggur,apple ke,pisang ke, makan.atau blend buat juice.workout ringan.terus tido

P/s : NO PAIN,NO GAIN,sebenarnya banyak lagi yang Hann tak tulis.ni ambik sikit je dari rutin harian,kalau kira workout tu pagi,tengahari,malam hann workout,tapi workout bukan untuk muscle pon.sebab hann minat martial arts..fleksibaliti,kelincahan,kepantasan kena ada.kalau workout2 kuatkan tangan tu berlainan sikit dengan orang yang main gym.papepon cuba la apa yang termampu..aku jamin 2minggu kalau korang ikut tips ni.korang bukan je hilang lemak,tapi kurus..selamat hari raya semua :)
Share:

Monday, 13 August 2012

Bahaya Menahan Bersin (Wajib Tahu!)

Bahaya Menahan Bersin


da orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri anda.

Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.

"Bersin merupakan perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko", kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, didalam Doctoroz.com.

Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang menahan bersin antaranya :

1 - Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
2- Pecah gendang telinga.
3- Gangguan pendengaran.
4- Veritgo.
5 - Keluar mata dari soketnya.

Jadi sesiapa yang hendak bersin tuh, sila bersin dengan rela hati, jangan ditahan-tahan. Nanti keluar lak bijik mata korang.

sumber-fb

Share:

Fruit Ninja Dalam Dunia Nyata (Video)

Fruit Ninja Dalam Dunia Nyata


Ye Tongxin, mampu memotong buah dan sayur dengan menggunakan daun terup plastik ala-ala hero Fruit Ninja. Dia berbuat demikian untuk berusaha bagi mencatatkan rekod baru Guinnes selaku orang terbaik di dunia untuk melakukannya.

Menurut sumber, Tongxin, 48, sudah menjalani latihan itu sejak 10 tahun lalu dan beliau dikatakan berlatih selama dua jam setiap malam bagi memantapkan kemahirannya dalam membaling kad sepantas sebuah kereta api laju.

Tongxin berkata, kad yang dibalingnya bergerak selaju 50 meter dalam setengah saat. Ini bermakna kad itu terbang dari tangannya selaju 360 kilometer sejam.

Persembahan terbaiknya ialah memotong sebaris 12 timun dalam masa 47.2 saat. Bagaimanapun, matlamat Tongxin ialah memotong 18 timun kurang daripada seminit bagi mencipta rekod baru dunia.





Share:

Terlepas hukuman walaupun mengaku salah merogol gadis bawah umur


Noor Afizal Azizan

PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.

Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.
Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.

Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.

Bernama


P/s :: tak adill.sumpah aku bengang dengan dia.bila baca twitter..dia tweet statement bodoh.kata melayu jatuhkan melayu.kepala dia..kalau kena kat diri dia.baru dia tahu..dunia boleh la kau lepas..haram jadah punya undang2..habis pompuan tu takde masa depan ??
Share:

RARE : Gambar Mcdonalds Pertama Di Malaysia

Yosh.okay.gambar ni sangat rare,Mcdonald pertama di Malaysia di rasmikan pada 29 Mei 1982 dan bertempat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd..

haa..sekarang baru han perasan,nampak familiar je.rupanya kat Bukit bintang.rare neh..untuk info lanjut dan keterangan sepenuhnya mengenai mcdonalds pertama di Malaysia.korang boleh baca previous entri han di SINI.
Share:

Selera Pelik Pelari Jamaica - Usain Bolt


Selera Pelik Pelari Jamaica - Usain Bolt


PELARI Jamaica, Usain Bolt adalah tarikan utama dalam acara terhebat di dunia. Begitupun ketika anda menyangka satu daripada bintang ternama sukan dunia itu akan bersenang lenang di hotel mewah London dalam usaha mencipta satu lagi sejarah Olimpik, Bolt membuat persiapan akhirnya di pusat persidangan di kawasan pinggir bandar Birmingham. Cabaran utamanya adalah menyesuaikan diri dengan cuaca. Rakan sepasukannya dan juga pesaing terdekat, juara dunia acara 100m, Yohan Blake berkata kelmarin: "Kami sukakan Birmingham. Suasana hebat di sini tetapi berbeza sekali dengan negara kami. Pertamanya, ia sejuk."Mereka mungkin tidak mampu membawa sinar mentari Caribbean ke West Midlands tetapi Pasukan Bolt sudah melakukan segala-gala yang termampu untuk membuat atlet mereka bagaikan berada di rumah sendiri, biarpun ada di antaranya sukar dilaksanakan.

Ketua chef, Wayne Willis, yang menyajikan makanan buat pelari itu dan pasukannya berkata: "Kami menerima beberapa permintaan pelik daripada mereka." "Satu daripadanya adalah mereka mahukan kepala kambing untuk digunakan dalam masakan kari. "Bagaimanapun kami hanya mampu mendapatkan daging kambing dan mereka nampaknya berpuas hati." Selain diet harian yang terdiri daripada makanan Jamaica kegemarannya, Bolt dikelilingi penata gaya hinggalah teman untuk bermain permainan video dengannya. Empat juta orang akan menyaksikan acara final 100 meter tetapi di Birmingham, atlet itu begitu tenang biarpun menghadapi beban seluruh dunia yang diletakkan di bahunya. Pada usia 25 tahun, dia adalah pelari terpantas yang memegang rekod dunia 9.58s yang dicatat dalam Kejohanan Dunia di Berlin.

Dalam kehidupan setiap hari sebagai manusia luar biasa, yang menurut saintis melakukan lonjakan fisiologi ke masa depan dengan kaki yang panjang serta tubuh berotot dan ia bukan sesuatu yang normal. Setiap hari, dia bangun pada jam 5 pagi untuk memulakan latihan intensifnya yang diselangi hidangan ayam 'jerk' dan keladi rebus yang menurut bapanya memberinya 'kuasa keladi'. Malangnya, tiada makanan segera untuk atlet yang meminati Manchester United itu yang hanya dibenarkan jurulatih selepas Olimpik. Sewaktu di Birmingham, dia turut diiringi penata gayanya, seorang wanita Jamaica yang akan melakukan solekan untuk sesi fotografi, pegawai publisitinya Carole, jurulatih Glen Mills, pengurus Norman Peart, ejennya Ricky Simms dan temannya sejak kecil NJ selain pengawal peribadi yang kelihatan seperti seorang bapa saudara yang perengus dan terlalu melindunginya.

Biarpun dikelilingi begitu ramai kakitangan sokongan, lelaki yang digelar Lightning Bolt memilih untuk tinggal di kediaman sederhana di Brum. Pasukan Jamaica tinggal di Hornton Grange, sebuah rumah agam era Raja Edward yang menjadi sebahagian daripada pusat persidangan Universiti Birmingham, berhampiran kampus Edgbaston. Bolt yang berketinggian 195sm, agak tinggi bagi seorang pelari pecut diberikan bilik sendiri sebelum berpindah ke London untuk majlis pembukaan. Susuk tubuh yang besar dan kaki yang panjang tidak sesuai dengan katil lamanya menyebabkannya sakit belakang jadi kakitangan sokongannya memesan tilam ortopedik untuk memulihkan belakangnya dan kecederaan hamstring yang mengganggu persiapannya ke Olimpik.

Di luar trek, Bolt dikenali kerana jenakanya serta bersikap santai. Dia makan nuget ayam sebelum perlumbaan besar dan makanan Cina, dia melakukan tarian Jamaica di trek dan memecahkan rekod acara 100m di Beijing tanpa mengikat tali kasutnya. Dia pernah berkata: "Saya mahu menjadi legenda. Saya mahu mereka mengingatinya selama-lamanya. Saya mahu melakukan perkara terhebat di London."

sumber

Share:

Sunday, 12 August 2012

PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000

PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000

Lee Chong Wei menunjukkan pingat perak yang dimenangi beliau pada temasya Sukan Olimpik.


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 di atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton sukan Olimpik London 2012.

Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.

Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.

“Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi beliau (Chong Wei) untuk meraih emas tetapi beliau sudah berhempas pulas dan berjuang habis-habisan.

“Itu sudah menunjukkan betapa besar jiwanya untuk mencapai kejayaan dan diharapkan tidak putus asa untuk mencipta kejayaan yang lebih membanggakan,” katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyatakan persetujuan mengenai cadangan mewujudkan Akademi Badminton Negara di Pusat Latihan Badminton Stadium Juara Bukit Kiara.

Sementara itu, Chong Wei, 30, berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pertama pada temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri atas ganjaran hari ini, saya akan simpan duit itu. Walaupun tidak dapat membawa balik pingat emas, kerajaan masih memberi sokongan kepada saya. Bagaimanapun saya telah buat yang terbaik,” katanya.

Chong Wei berharap dengan sokongan tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk dirinya meneruskan aksi di sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun saya perlu lihat prestasi saya dua tahun lagi iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, kedua-duanya pada 2014. Jika masih ‘fit’(cukup cergas) saya akan teruskan pada Olimpik 2016,” katanya. – Bernama
Share:

Saturday, 11 August 2012

Masih Ramai Pengguna Salah Faham Mengenai RON95

Minyak Kereta


Hello semua.pengguna kereta,motorsikal.korang selalu isi minyak ron 95 ke ron 97?? Okay,sekarang ni ramai yang pening dan kurang faham apa itu ron 95,han tak la tahu sangat.tapi nak share sikit2 boleh la.mengikut sedikit sumber dari artikel lain dan website automotif.sebelum tu baca keratan berita dari bernama kat bawah ni


KUALA LUMPUR,(Bernama) - Sebelum ini setiap kali mengisi minyak petrol, Izzat Amir, hanya menumpukan perhatian pada nombor yang tertera di ruang harga.

Namun sejak pelarasan klasifikasi minyak petrol kepada dua jenis RON (Research Octane Number) -- RON95 dan RON97 -- September lalu, perhatian eksekutif muda ini lebih tertumpu kepada nombor RON yang tercatat.

Izzat berasakan minyak RON95 menjadikan enjin kereta Proton Waja Premium keluaran tahun 2003 miliknya kurang mantap dan mengeluarkan bunyi bising.

Berbeza pula dengan pengalaman P.Aravind yang mengatakan beliau menggunakan RON95 untuk kereta Peugeot 207cc dan berpuas hati dengan penggunaan petrol dan kecekapan enjinnya.

Walaupun berasa skeptikal pada mulanya, Aravind mencuba RON95 selepas melihat spesifikasi pada pelekat di penutup tangki minyak.

Tetapi yang mengecewakan beliau ialah terdapat pekerja di stesen minyak yang mengatakan tindakannya menggunakan petrol yang lebih 'murah' merosakkan enjin kereta.

Seperti Izzat dan Aravind, anda juga pasti pernah melihat minyak petrol yang diklasifikasi sebagai RON95 dan RON97 di stesen-stesen minyak, terbaca pelbagai isu berbangkit mengenainya dan mungkin juga sebagai pengguna, keliru dengan klasifikasi ini.

Kerajaan memperkenal minyak petrol RON95 bagi menggantikan RON92 yang dimansuh jualannya manakala RON97 menjadi petrol premium mulai 1 Sept lalu.

Meski pun telah dihebahkan dan diberi penerangan secara meluas, masih ramai yang salah faham mengenai keperluan klasifikasi RON ini.

APA ITU RON?

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Pada asasnya RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran.

Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan, biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.

Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.

Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.

Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.

Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95 ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.

Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98.

Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

CUBA SEMUA JENAMA

Jika anda masih tidak berpuas hati, pendekatan Herlina Ahmad mungkin patut dicontohi.

Pensyarah muda yang memandu Toyota Avanza 1.3 keluaran tahun 2006 ini mencuba pelbagai jenama petrol RON95 yang terdapat di pasaran dan merekodkan jumlah perjalanan dan kos secara terperinci.

Beliau mendapati walaupun perbezaan tidak begitu ketara, dua jenama kurang efisien dari segi ekonomi, satu kurang cekap dan beliau berpuas hati dengan dua lagi jenama yang lain.

"Pikap kereta normal, kadang-kadang saya memecut hingga 140km sejam. Keluar dari simpang pun macam biasa," katanya.

Begitu juga dengan Noor Shafina Adullah yang menggunakan RON95 untuk kereta Kembara yang dipandunya sejak lapan tahun lalu.

"Setakat hari ini, tiada masalah. Saya rasa ia lebih kepada kesan psikologi. Kalau ada pun perbezaan saya rasakan ialah petrol RON95 syarikat A lebih menjimatkan atau efisyen dari syarikat B," katanya yang menggunakan petrol berselang-seli dengan gas NGV.

JANGAN MEMBAZIR

Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisien. Mereka memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat 'mencuci', mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.

Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.

PERAKUAN PENGELUAR KERETA

Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.

Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot yang menggunakan bahan api petrol menggunakan RON95.

Syarikat itu berkata RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW Toyota Motor juga mengeluarkan kenyataan petrol RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu.

Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata pemilik kereta-kereta ini, yang ketika ini menggunakan petrol RON97, boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Honda Malaysia memberikan jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.

Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi.

Share:

Perompak bawah umur yang bullshit malas belajar

Yosh~ hari2 ada saje isu kat Malaysia ni.haha.sebenarnya around the world mesti ada problem.dan hari ini setelah puas menjenguk srollup,scrolldown news feed aku terjumpa satu video ni..

aduh.kecik2 dah bikin panas ke..serius aku panas weh..kecik2 da macam haram..sebab tu aku selalu terapkan nilai murni pada adik2 aku dan paksa dorang untuk belajar martial art..sebab bahaya dimana2..tapi mana perginya rasa hormat?? tak lain tak bukan,bak kata orang,back to basic..siapa yang mendidik..semuanya datang dari rumah..jom layan video panas ni.budak sekolah merompak kat cc.LOL




Share:

Friday, 10 August 2012

Kad Kahwin Comel Ustaz Don Daniyal


Kad Kahwin Comel Ustaz Don Daniyal


Ustaz selebriti dikenali ramai ini baru sahaja mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan Husna.

Ustaz Don Daniyal bakal melangsungkan perkahwinannya pada 25 Ogos 2012 ini di Penang dan 1 September 2012 di Kajang, Selangor.

Berikut adalah gambar kad perkahwinan walimatul urus Ustaz Don Daniyal yang telah dikongsikan di blog peribadi Melyssanadiea.

Kad Kahwin Comel Ustaz Don Daniyal

 Semoga perkahwinan yang dibina kelak sampai ke ahir hayat.

sumber-hangat.my

Share:

Iklan Hari Raya dari BERNAS Yang Superb !!

Hello semua.rasanya dah ramai yang tengok video dari BERNAS ni,dah merata2 kat newsfeed facebook.tapi aku saja nak share.Bagi aku ianya sangat menyentuh hati.bukan nak touching2 ke apa.cuma memikirkan keadaan anak yatim yang tiada ibubapa beraya dal keadaan tidak ckup sifat.sedih lol.papepon jom kita layan dulu video neh :)

Share:

Thursday, 9 August 2012

COOL : Google mencipta kereta bergerak tanpa pemandu

Google mencipta kereta bergerak tanpa pemandu untuk kegunaan google map


300,000 batu perjalanan tanpa kemalangan..Kereta ciptaan Google ini memecahkan rekod sebagai kereta pertama yang bergerak tanpa kawalan dari tangan manusia mahupun pemandu.. hanya duduk untuk ke mana-mana destinasi..cool

Google mencipta kereta bergerak tanpa pemandu untuk kegunaan google map

Google mencipta kereta bergerak tanpa pemandu untuk kegunaan google map

Ini adalah pandangan kereta Google Prius ketika bergerak

Kereta ini dicipta untuk inovasi masa hadapan..Kereta tanpa pemandu ciptaan Google ini telah melakukan pemanduan menakjubkan 300,000 batu tanpa satu pun kemalangan..!!

Kereta ini telah melalui pelbagai keadaan muka bumi dan keadaan trafik yang pelbagai..Buat masa ini ahli pasukan Google akan kekal di tempat duduk pemandu dan memerhati pergerakan kereta ini sahaja.. Mereka juga berjaga-jaga sekiranya kereta tanpa kawalan daripada tangan manusia ini memerlukan mereka untuk bertindak..

Suatu hari nanti perkara ini akan menjadi kenyataan kata Lead Engineering Google, Chris Urmson..Tetapi masih ada jalan yang panjang untuk ditempuhi ujarnya..

Pada bulan Jun yang lepas, Jabatan Kenderaan Bermotor Nevada mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan Google Lesen Pertama Negara untuk menguji teknologi pemanduan kereta tanpa kawalan manusia ini di jalan-jalan awam..Jabatan itu juga berkata, selapas memandu uji di Las Vegas Strip dan Carson City, memang ternyata kereta Google ini lebih selamat berbanding dengan pemanduan manusia..

Khabar angin dari dalam Google juga mencadangkan bahawa kereta ini boleh datang ke pasaran dalam tiga ke lima tahun lagi..!!




Share:

Wednesday, 8 August 2012

Murid tahun lima menang Proton Preve


Murid tahun lima menang Proton Preve

Nor Juliana Suhaila Sudirman (tiga dari kiri) bersama kereta Proton Preve yang dimenanginya pada Program Pemacuan i-Think di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, bapanya, Sudirman Mat Toufik (dua dari kiri), ibunya, Sarmila Saparuddin (kanan) dan adiknya, Nur Anisa Suhaila.

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lui, Hulu Langat, Nor Juliana Suhaila Sudirman, 11, dipilih sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Proton Preve pada majlis kemuncak Program Pemacuan i-Think.

Menurut Nor Juliana Suhaila, dia tidak menyangka memperoleh hadiah yang begitu bermakna dan besar nilainya.

"Saya juga berpuas hati dapat mempelajari tentang lapan 'Peta Minda' i-Think yang sangat berguna dalam kemahiran berfikir tahap tinggi.

"Peta minda tersebut amat berfaedah dan dapat digunakan dalam pembelajarannya serta persediaan untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan,'' katanya selepas menerima replika kunci Proton Preve daripada Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario pada majlis penghargaan majlis i-Think, di sini hari ini.

Program Pemacuan i-Think yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 Mac lalu merupakan projek bersama Kementerian Pendidikan dan AIM.

Sebanyak 10 sekolah menjalankan projek perintis di bawah kendalian Unit Inovasi Khas (Unik) dan AIM. Kerajaan menyasarkan 1,000 lagi sekolah akan menerapkan sistem i-Think ini pada tahun depan manakala semua sekolah menjelang 2014.

Selain Nor Juliana Suhaila, pelajar tahun lima dari SK Seksyen 18, Shah Alam, Siti Nurhajar Mohd. Shukri dan guru SK Batu 9, Cheras, Suzilina Mohd. Sarom turut memenangi seunit iPad.

Ketiga-tiga pemenang tersebut adalah antara 140,000 pelajar daripada 390 buah sekolah dan 2,000 pengunjung komuniti berhampiran yang telah menghadiri program tersebut yang diadakan di 12 buah sekolah sejak Jun lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif, Eko-Sistem Pendidikan AIM, Eddie Razak berkata, program itu merupakan satu inisiatif untuk memperkenalkan kaedah dan metodologi berfikir dalam kalangan pelajar sekolah.

sumber
Share:

Kota Ronda di Malaga,Sepanyol yang mempunya tebing yang tinggi

Kota Ronda di Malaga,Sepanyol


Kota bernama Ronda di Malaga, Sepanyol ini merupakan kota yang indah. Kota yang memiliki penduduk hampir empat puluh ribu orang ini terletak di tebing jurang yang cukup tinggi.

Kota Ronda di Malaga,Sepanyol

Terdapat tiga jambatan yang dibina untuk menghubungkan beberapa jurang disekitarnya. Jambatan pertama terdapat di Puente Romano iaiatu Jambatan Roman. Jambatan lainnya terdapat di Puente Viejo atau disebut juga Jambatan tua, dan yang terakhir terletak di Puente Nuevo.

Terletak didaerah pegunungan di ketinggian 750 meter diatas permukaan laut, diatas tebing curam berkedalaman 100 meter yang bernama 'El Tajo' Kota Ini di bangunkan pada abad ke-18.

Share:

Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais


Sheikh Ahmad Sudais


Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.

Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.

sumber :fb

P/s: Allahuakbar..banyaknya dosa aku :'(

Share:

Tuesday, 7 August 2012

(Iktibar)Koleksi hadis buat bakal isteri


(Iktibar)Koleksi hadis buat bakal isteri


Sumber sepenuhnya dimiliki oleh blog ahmadfaried,dan diambil tanpa pengubahsuaian.wallahualam mengenai kesahihan hadis ini.walaubagaiman pon diharap ianya mampu memberi peringatan atau iktibar buat bakal isteri atau isteri untuk mentaati suami :)

Abdullah bin Amr ra. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Siapa saja wanita yang berwajah muram dihadapan suaminya, tidak ada lain kecuali Allah akan menghitamkan wajahnya dihari kiamat kelak, kecuali ia mahu bertaubat dan kembali taat kepada suaminya."

Abu Ubaidah bin Al-Jarrah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Siapa saja yang menyebabkan kemarahan suaminya, sedangkan dia itu dhalim (salah) atau marah terhadap suaminya, maka Allah ta'ala tidak akan menerima amal fardhunya atau amal sunahnya."

Abgullah bin Mas'ud ra. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah swt. melaknati perempuan-perempuan yang mengulur-ngulur waktu. Ditanyakan, 'siapakah perempuan yang mengulur-ngulur waktu itu wahai Rasulullah?'. Beliau menjawab, 'ia adalah perempuan yang diajak suaminya tidur ditempat tidur, kemudian dia mengulur-ngulur waktu untuk tidur bersamanya dan sibuk dengan urusan lain, sehingga suami tertidur.'"

Abu Hurairah ra. berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Wanita-wanita manapun yang memandang suaminya dan dia tidak tersenyum, maka sesungguhnya dia tidak akan melihat surga selamanya, kecuali dia bertaubat dan menyadarinya hingga suaminya meridhainya."

Salman Al-Farisi ra. berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda: Wanita -wanita manapun menggunakan wangi-wangian dan berhias diri, kemudian keluar dari rumahnya, maka pasti dia keluar bersama murka Allah swt. dan kebencianNya, sehingga dia kembali kerumahnya."

Bilal bin Humamah ra. berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda: Wanita manapun yang melakukan shalat dan puasa tanpa seijin suaminya, maka pahala shalat dan puasa itu bagi suami dan baginya dosa."

Sahabat Bilal berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Wanita manapun menjadikan suaminya marah, maka Allah swt. tidak akan menerima shalat dan puasanya, kecuali dia bertaubat dan menyadari kesalahan dari dirinya".

Abu Darda' berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Wanita manapun membuka rahasia suaminya, maka kelak pada hari kiamat Allah swt. akan menghinakannya didepan para mahluk, demikian pula ketika didunia, sebelum di akhirat."

Abbas bin Abdul Muththalib ra. berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda: Saya diperlihatkan neraka, maka saya melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita. Hal yang demikian itu tidak akan terjadi kecuali mereka (wanita) banyak berdosa terhadap suami-suaminya."
Share:

COOL : Sejarah awal gambar Tunku pada wang ringgit Malaysia


Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad


Berpuluh-puluh tahun kita simpan gambar wajah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada matawang Malaysia.

Wajah beliau digunakan pada matawang ringgit sejak 12 Jun 1967. Pada tarikh ini wang Ringgit Malaya dan Borneo British secara rasminya digantikan dengan matawang baru.

Tapi pernahkah anda fikir dari mana contoh gambar tersebut diambil? Yang anda tengah tengok adalah gambar asal Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin.

Agong pertama Malaysia dan menjadi Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. Baginda dputerakan pada 24 Ogos 1895 di Seri Menanti Negeri Sembilan.

Share:

Tengku Mahkota Johor Tutup Akaun Twitter!


Tengku Mahkota Johor Tutup Akaun Twitter


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, pewaris takhta yang aktif berinteraksi dengan rakyat menggunakan dunia siber, bertitah memaklumkan bahawa baginda memutuskan untuk menutup akaun twitter dan kesemua media sosialnya mulai hari ini.

Dalam satu mesej yang dipos kira-kira 4.30 petang tadi, Tunku Ismail berkata, baginda mahu mulai sekarang memfokus kepada kehidupan dan perkara-perkara yang baginda lakukan “secara peribadi.”

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda percaya bahawa “tindakan-tindakan saya, kecintaan dan dedikasi terhadap Johor lebih bermakna berbanding perkataan (tulisan dan mesej); daripada tugasan, tanggungjawab saya dan apa yang saya lakukan bagi Johor dan rakyat Johor.”

“Saya mengucapkan anda semoga berjaya dalam hidup anda. Semoga Tuhan memberkati anda semua,” kata baginda yang menggunakan akaun @HRHJohor2 sejak 13 November lalu.

Menerusi akaun twitter, baginda mendengar pandangan rakyat selain memberi komen ke atas isu-isu semasa termasuk membalas pandangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung isu WWW 1 yang dibida oleh Sultan Johor.


Tengku Mahkota Johor Tutup Akaun Twitter
Tengku Mahkota Johor tutup akaun twitter, semua media sosial

Berikut ialah mesej penuh Tunku Ismail:

“I would like to take this opportunity to tell You all that I will be closing my twitter account and all social media. Its has been a Pleasure sharing my thoughts, Ideas, Principles and activities with You All. I would like to focus on my Life and the things I do, Privately from now on. I Strongly believe that my Actions, Love, and Dedication towards Johor will speak louder than words; from my Duties, Responsibilities and what I do for Johor and its People. Thank You once again for all the Support. I Wish You All the Best and Success in Life. May GOD Bless You All.”

Keputusan Tunku Ismail menerima reaksi bercampur-campur daripada pengikut baginda sebaik sahaja entri itu diposkan.

Setakat jam 5.30 petang tadi baginda mempunyai 54,622 pengikut dan telah pun mengeluarkan 6,763 mesej.
Berikut reaksi beberapa pengikut baginda:

CikSitiZueBee: “@HRHJohor2 All The Best in whatever u do for ur rakyat in Johor.. even I’m not johorian..just wanna say that u r the coolest crownprince .”

Imam Abuja: “@HRHJohor2 all the best tuanku!”

Shakila Ezam: “@HRHJohor2 wish you all the best Tuanku! Goodluck! Allah bless you always… Aminnnn. I’m gonna miss you.”

Honeyazlan: “@HRHJohor2 My pleasure Tunku…is there any other way to stay in touch wt You, ur highness?”

Noor Azam Shairi: “Better late than never.”

Syahidah Adibah: “@HRHJohor2 gonna miss your quotes. May Allah always be with u! Take care.”
Share:

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga