July 2013 ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 27 July 2013

Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ?

Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ?

AGENSI Pentadbiran Angkasa dan Aeronautics Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menerima satu permohonan unik dari seorang kanak-kanak British berumur 7 tahun untuk memohon kebenaran untuk mengikuti program angkasa lepas NASA dan menjadi angkasawan.


Tetapi, pastinya kita tahu kanak-kanak berumur tujuh tahun pastinya terlalu muda untuk dihantar ke angkasa lepas.

Bagaimanapun, Dexter Anderson tidak mengendahkan kenyataan itu dan terus menghantar surat kepada NASA tetapi lebih kepada bertanyakan nasihat bagaimana untuk menjadi seorang angkasawan apabila beliau sudah dewasa kelak.

Dalam suratnya bertulis,

“Saya dengar anda menghantar dua orang ke planet Marikh dan saya juga ingin turut serta tetapi saya berumur tujuh tahun dan saya tidak mampu, saya berminat untuk mengikutinya di masa depan, apa yang perlu saya lakukan ya untuk menjadi angkasawan?”

Tulisan asal.
‘I heard that you are sending two people into Mars and I would like to come, but I’m seven so I can’t,’ he wrote. ‘I would like to come in the future. What do I need to do to become an astronaut?’

Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ?

Kanak-kanak itu gembira selepas NASA membalas suratnya dan menasihatinya supaya terus bercita-cita tinggi sehinga sanggup mencapai bintang.

Pihak NASA turut menghantar beberapa jenis pelekat, poster dan juga penanda buku untuk memastikan semangat Dexter terus kuat untuk menjadi angkasawan.

Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ?

Ibu kanak-kanak itu, Katrina berkata reaksi Dexter begitu terkejut kerana menerima satu bungkusan yang amat besar dari NASA dan menyangka anaknya itu hanya akan menerima surat dari NASA.

Bagi pihak NASA pula, mereka mencuba sedaya-upaya untuk menjawab sebanyak mana soalan yang boleh melalui pos dan laman sosial.

Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ?

sumber

P/s : bagusnya budak ni.bercita2 tinggi.!!

Share:

Kisah Sedih Jep Sepah Sebelum Bergelar Pelawak

KISAH BENAR KEHIDUPAN JEP SEPAH SEBELUM MENJADI PELAKON DAN PELAWAK

Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

sumber


Share:

Senaman kemutan untuk lelaki dan wanita

senaman kegel, Senaman kemutan untuk lelaki dan wanita


[BACAAN 18 TAHUN KEATAS SAHAJA]
Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan, baik lelaki mahu pun perempuan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan.Gerakkan otot melancarkan darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran. Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota sulit lelaki dan perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.

Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.

1. Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh.Jadi jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, baik lelaki atau perempuan, perasaan kurang selesa akan berlaku.Lelaki akan terasa lubang najis tersempal dan jika buang air besar rasa sembelit. Jika ada buasir, akan jadi ketara dan menyakitkan.

senaman kegel


2. Bagi wanita pula jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang.

3.Cara melakukan senaman kemut ini untuk lelaki ialah seperti berikut, rapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat dan tahan nafas seketika antara tiga hingga lima saat, legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, lelaki itu perlu dalam keadaan selesa iaitu sudah buang air besar dan kecil, baru lakukannya. Amalan mengemut ini mempunyai khasiatnya tersendiri.


4. Bagi lelaki, kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar erek, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan dan menjadikan penghujung zakar lebih padat dan kembang, seolah-olah zakar kelihatan besar bahagian depan.

5. Untuk wanita, amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk. Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan.

6. Senaman kemutan tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar. Bagaimanapun, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan kepada ereksi dan ketika zakar yang tegang itu dikemutkan ketika melakukan penetrasi faraj, maka mudah untuk menyalurkan ereksi dalam faraj dan mudah untuk bergerak lancar jika gerakkan zakar dilakukan dalam keadaan kemut.
Malahan mengemut ketika tegang dapat mengekalkan ereksi dan dapat bergerak dan mengubah posisi dan merendahkan kemungkinan darah tercicir keluar daripada otot zakar.

Jika gerakkan zakar dilakukan dalam faraj dengan lelaki itu mengemut, pasangan akan dapat rasa nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks. Gerakkan zakar dapat dikawal apabila gerakkan zakar dilakukan dalam keadaan berkemut. Jadi amalan kemut dan melakukan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi.

sumber

P/s : kalau nak video senaman ada kat SINI dan boleh check kat SINI untuk tips lain :)


Share:

COOL : Gymnasium Yang Dibuat Daripada Besi Buruk Di Ukraine

Gymnasium Yang Dibuat Daripada Besi Buruk Di Ukraine

Awesome kan? ianya hanya di Ukraine!! dari besi buruk je..free of charge..tinggal usaha je..sume machine pon macam ada.complete je.siap punching bag dari tayar lagi!!

Gymnasium Yang Dibuat Daripada Besi Buruk Di Ukraine

Gymnasium Yang Dibuat Daripada Besi Buruk Di Ukraine




Gymnasium Yang Dibuat Daripada Besi Buruk Di Ukraine

Gymnasium Yang Dibuat Daripada Besi Buruk Di Ukraine





Gymnasium Yang Dibuat Daripada Besi Buruk Di Ukraine




Gymnasium Yang Dibuat Daripada Besi Buruk Di Ukraine


more pics kat SINI

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...