COOL : Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China ~ Bila Han Bercerita

Sunday 15 September 2013

COOL : Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China

Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China

Koleksi gambar-gambar ini menunjukkan pemandangan menakjubkan sebuah bandar yang secara keseluruhannya telah muncul dari tasik kira-kira lima tahun selepas ia tenggelam berikutan gempa bumi yang berlaku secara besar-besaran.

Hampir 10 buah bangunan termasuk rumah, pejabat dan sekolah rendah telah beransur-ansur muncul dari air selepas bandar Xuanping musnah pada tahun 2008.

Satu gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter melanda kampung di Beichuan County, Wilayah Sichuan  menyebabkan ia tenggelam sepenuhnya oleh air tasik bersebelahan.

Pada bulan Julai lalu, tebing tasik yang mengalami kerosakkan teruk selepas banjir terbesar dalam 50 tahun di China te;ah menyebabkan air banjir untuk kembali surut.

Paras air kini telah jatuh dari 712 meter di atas paras laut kepada  703 meter, menyebabkan kemunculan semula bandar berkenaan.

Malah, bendera kebangsaan China yang tergantung di tiang sekolah rendah Xuanping turut masih berada di tempat asalnya seolah-olah menanti untuk berkibar semula.

Kebanykkan mereka yang pernah tinggal di bandar itu telah kembali ke kawasan tersebut untuk melihat kesan peninggalan yang ada di sekitar bekas rumah mereka.

Kuarters kediaman kakitangan kerajaan dan unit pejabat muncul dari dalam air bersama-sama dengan bangunan lain dan kira-kira 10 buah rumah.

Kemunculan semula bandar itu amat serupa dengan sebahagian daripada jalan cerita dalam rancangan sensasi, Channel 4 iaitu The Returned.

Rancangan bersiri Perancis yang dijalankan di bandar gunung kecil di mana ramai orang mati muncul semula, seolah-olah mereka masih hidup dan normal.

Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China

Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China

Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China

Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China

Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China

Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China

Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China

Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China


sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...