October 2013 ~ Bila Han Bercerita

Friday, 18 October 2013

Iniliah Rokok Termahal Di Dunia, Dibalut Menggunakan Kertas Emas 24 Karat

Rokok Termahal Di Dunia

Rokok yang berharga US$65 ini boleh dikatakan sebagai rokok termahal di dunia. Hal ini kerana ia dibalut dengan menggunakan kertas rokok yang diperbuat dari helaian emas 24 karat.

Helaian kertas rokok emas yang dikenali sebagai 'Shine Papers' itu bagaikan telah menjadi satu trend bagi kalangan perokok popular di Britain. Merokok dengan 'Shine Papers' kini menggambarkan simbol status terbaru, terutama di kalangan pemuzik hip hop.

Rapper, Mark Cloudy Goodger berasa bagaikan telah menjadi seorang presiden ketika menghisapnya. “Ini kertas rokok terbaik yang pernah ada. Halus dan mampu terbakar dengan rata,” katanya seperti dikutip oleh laman Daily Mail. Ia dikatakan mampu menaikkan keyakinan diri semasa berbincang sambil merokok dengan 'Shine Papers'.

Rokok termahal ini mampu melonjakkan status mereka yang menghisapnya. Namun, rasa tembakaunya tidak jauh berbeza dengan rokok biasa. Pencipta 'Shine Papers', Dave D menyebut bahawa produknya tidak sesuai untuk penggunaan seharian berikutan harga pasaran emas yang semakin meningkat. Namun begitu, ia tidak dapat menghalang otang ramai dari terus menjadi pelanggan.

Hingga saat ini, belum ada sebarang artikel perubatan mengenai bahayanya menghisap partikel emas. American Lung Association menyatakan tidak ada sebarang data untuk menolak produk yang sudah dijual dengan meluas itu. Ketika ini, 'Shine Papers' boleh dibeli melalui online, dengan harga bermula dari US$55 sampai US$65 per paket.






sumber

Share:

Diana Amir Sahkan Nikah 25 Oktober 2013

Diana Amir Sahkan Nikah 25 Oktober 2013

PETALING JAYA: Pelakon Diana Amir mengesahkan akan bernikah dengan tunangnya, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober ini.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, majlis pernikahan bakal berlangsung pada pukul 9 malam di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

"Saya dan tunang akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya," katanya.

Diana ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan pelakon itu di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Diana berkata dia kini sedang membuat persiapan hari bahagianya itu dan memberitahu ia berjalan lancar.

"Persiapan masih dijalankan tetapi belum siap sepenuhnya lagi," katanya.

Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.

sumber

Share:

Iklan Palsu iOS 7 Kalis Air Bodohkan Pengguna, Rosakkan iPhone


Iklan Palsu iOS 7 Kalis Air Bodohkan Pengguna, Rosakkan iPhone

Iklan tersebut, yang tersebar di seluruh laman web, mendakwa bahawa kemaskini terkini dengan iOS 7 akan memberi fungsi keselamatan kalis air di mana "suis pintar" dan "litar halus" di dalam iPhone akan dilindungi secara automatik bersentuhan dengan air.

Mereka yang terbabit dalam penipuan ini turut menggunakan huruf yang sama seperti digunakan pihak Apple berserta latar belakang putih yang bersih, yang menyatakan: "Kemaskini dengan IOS 7 sekarang dan jadi pengguna pertama yang kalis air. Dalam keadaan kecemasan, suis pintar akan menutup bekalan kuasa telefon dan komponen yang sama untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada litar dalam iPhone anda."

Pengguna yang kelihatan naif akan mempercayai iklan tersebut dan mengemaskini gajet mereka sebelum merendamnya di dalam air untuk menguji ciri "keselamatan" berkenaan, hanya untuk mendapati bahawa mereka telah merosakkan gajet mereka sendiri.

Ada sesetengah pengguna yang melontarkan rasa marah dan kecewa mereka di Twitter. Seorang pengguna telah menulis: "Ok, whoever said IOS7 is waterproof GO F*** YOURSELF ". Manakala yang lain: "WTF # iOS7 isn’t waterproof!!! now my phones at the bottom of the river.”

Pengenalan kepada sistem operasi terbaru iOS 7 ini mula menjadi kegilaan ramai sejak ia mula diperkenalkan kepada umum. Ia diumumkan di persidangan tahunan syarikat berkenaan pada bulan Jun lalu di mana Ketua Eksekutif, Tim Cooks menganggap ia sebagai "perubahan terbesar kepada iOS sejak iPhone."

Iklan Palsu iOS 7 Kalis Air Bodohkan Pengguna

Malah, beberapa penganalisis menyatakan bahawa iOS 7 mewakili sesuatu yang besar kepada pengguna dan pembinanya dari segi pengalaman daripada iPhone 5S dan iPhone 5C yang dijadualkan akan dijual Jumaat ini.

"Saya rasa orang ramai tidak tahu bagaimana besarnya kesan iOS 7 yang baru ini," kata Carl Howe, penganalisis kepada Yankee Group. "Perisian ini sangat berbeza dari yang sebelumnya. Ia seolah-olah memberi gambaran kepada pengguna bahawa mereka bagaikan telah mendapat telefon baru."

Walaupun iOS telah direka semula dari bawah ke atas, bahagian terbaiknya adalah anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli iPhone atau iPad baru semata-mata mahu mengambil kesempatan untuk mengemaskini sistem terkini.

"Sejak kami membuat kemaskini yang mudah, dan menjadikan ia tersedia kepada pengguna di seluruh dunia, iOS 7 dengan cepat akan menjadi sistem operasi mudah alih yang paling popular di dunia," kata Cook semasa pelancaran iPhone terbaru syarikat itu.

sumber

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...