Cristiano Ronaldo Tuntut Gaji £500,000 (RM2.6 juta) Seminggu Untuk Ke EPL ~ Bila Han Bercerita

Monday 15 September 2014

Cristiano Ronaldo Tuntut Gaji £500,000 (RM2.6 juta) Seminggu Untuk Ke EPL

cristiano ronaldo


BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan memecah rekod dunia dengan menuntut gaji sebanyak £500,000 (RM2.6 juta) seminggu kepada Manchester United atau Chelsea yang mahukan khidmatnya pada musim depan.

Pemain Real Madrid itu pada minggu lalu mengesahkan laporan Football Grapevine bahawa dia akan kembali beraksi untuk United pada musim panas akan datang.

Bagaimanapun Chelsea antara pasukan yang mahukan khidmat Ronaldo dan sedia menunaikan permintaan pemain berkenaan.

Rundingan bagi mendapatkan semula Ronaldo pernah dibuat United tetapi Madrid telah menawarkan gaji sebanyak  £350,000 seminggu untuk menyekat pemergian pemain Portugal terbabit.

Sejak itu juga, United memperbaharui kontrak Wayne Rooney dengan menawarkan gaji sebanyak £300,000 seminggu serta menggajikan penyerang baharu mereka, Radamel Falcao dengan nilai £390,000 seminggu.

Kontrak bernilai tinggi untuk Falcao itu telah dimetrai oleh Jorge Mendes iaitu individu sama yang menjadi ejen untuk Ronaldo.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...