June 2015 ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 23 June 2015

Petua untuk Ketatkan Faraj (Miss-V)

Petua untuk Ketatkan Faraj (Miss-V), petua ketatkan kemaluan wanita, rapatkan kemaluan wanita,

Petua ketatkan faraj ini adalah khas kepada kaum wanita untuk mengetatkan faraj mereka terutamanya yang selepas bersalin atau sudahpun mempunyai anak yang ramai. Petua ketatkan faraj ini juga boleh diamalkan oleh semua wanita yang ingin mendapatkan faraj yang ketat seperti zaman anak dara dahulu.

Ada beberapa cara atau petua ketatkan faraj ini yang boleh diamalkan oleh para wanita. Wanita boleh memilih mana-mana cara yang sesuai dan mudah untuk mereka ketatkan faraj mereka. Untuk mendapatkan faraj yang ketat dan rapat ini merupakan idaman isteri demi untuk membahagiakan para suami. Suami pasti akan lebih menyanyangi isteri jika perhubungan malam mereka bahagia.

PERHATIAN: Wanita Hamil dilarang melakukannya.

Inilah cara ketatkan faraj boleh diamalkan oleh wanita.

CARA 1 
--------------

Bahan-bahannya:
– Daun sirih 10 helai
– Gambir 2 keping
– Kapur makan
– Kulit pinang mud

Caranya:
– Tumbuk gambir sehingga lumat

– Kulit pinang muda disiat kecil-kecil

– Rebus semua bahan tersebut dengan daun sirih,gunakan untuk cebok. Kalau boleh gunakan selama dalam pantang untuk wanita yang baharu bersalin. Jika untuk kegunaan biasa bolehlah diamalkan sebulan sekali.

Kalau malas nak merebus semua bahan diatas boleh juga direndam dalam air panas,setelah sejuk baru gunakan untuk cebok.

CARA 2
---------

Ambil dua atau tiga helai daun sirih dan rebus bersama dua gelas air. Apabila mendidih,tutup api. Biarkan seketika sehingga suam.

Kemudian gunakan air daun sirih tadi untuk membasuh alat sulit sambil diiringi selawat tiga kali. Amalkan 3 kali sehari selama seminggu.

CARA 3
---------

Rebus beberapa helai pucuk betik sehingga empuk.
Kemudian anda perlu memakannya setiap hari bersama nasi selama sebulan. Boleh juga dibuat kerabu untuk mengurangkan rasa pahitnya.

CARA 4
----------

Rebus segenggam daun inai dan biarkan suam. Gunakan airnya untuk mencuci vagina anda terutama selepas membuang air.

Amalkan selalu untuk mendapat kesegaran dan keselesaan.

Berikut tadi cara mudah yang boleh dilakukan oleh para wanita untuk ketatkan faraj. Untuk mengetatkan dan merapatkan faraj wanita ini juga penting jika mereka baru lepas bersalin atau disebabkan melahirkan anak yang ramai. Mungkin juga untuk mengetatkan dan merapatkan faraj wanita yang kerap melahirkan anak.

sumber


Share:

Friday, 19 June 2015

7 Kereta Mewah Milik Mendiang Paul Walker Dicuri Oleh Rakannya

Rakan Paul Walker Didakwa Curi 7 Kereta Mewah Milik Mendiang


Pihak pengurusan harta peninggalan Paul Walker mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang kenalan Paul selepas didakwa mencuri tujuh buah kereta mewah milik mendiang bintang filem Fast & Furious itu.

Tuduhan difailkan di Mahkamah Los Angeles terhadap Richard Taylor kerana mengeluarkan kenderaan tersebut secara haram dari tempat kereta itu disimpan iaitu kurang dari 24 jam selepas kematian Walker dalam kemalangan.

"Taylor sengaja mencuri dan menyembunyikan lokasi kenderaan tersebut dengan tujuan untuk menukar kenderaan terbabit demi kepentingan peribadi," ulas peguam yang mewakili keluarga Paul.

Media antarabangsa melaporkan, Taylor yang turut membantu Paul menjaga kenderaan tersebut semasa Paul masih hidup disaman kerana enggan memulangkan kereta yang hilang demi mendapatkan wang atau pertukaran lain.

Walker meninggalkan sekurang-kurang 30 buah kereta miliknya dan antara kereta yang dicuri Taylor termasuk model Porshe GT3 RS, BMW M3, Crown Victoria, GMC truck dan tiga lagi kereta mewah.

Walker meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarita California, pada 30 November 2013 apabila kereta jenis Porshe Careera GT yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan kemudian meletup.

Ketika kejadian, Walker pada sewaktu itu masih lagi dalam penggambaran filem Furious 7. Pihak produksi terpaksa menggunakan abang mendiang sebagai 'double body' untuk menyempurnakan pembikinan filem tersebut yang mendapat kutipan lebih AS$350 juta sewaktu tayangannya beberapa bulan lalu.

sumber


Share:

Monday, 8 June 2015

Video Penuh Pergaduhan Mak Kau Hijau Bapak Kau Hitam

Video Penuh Pergaduhan Mak Kau Hijau Bapak Kau Hitam


Baru2 ni viral video pergaduhan budak2 kecik yang bergaduh mencarut2 di padang permainan..dan ramai yang mentertawakan mereka kerana ayat yang digunakan Mak kau hijau, bapak kau hitam, bapak kau hijau..

video sepenuhnya dibawah.saksikan.



HAHA..zaman dlu gaduh lagi terok.tapi budak2 sekarang bab mencarut yang bukan2 je dicakap.kne kawal sikit cara bercakap.mcm2 bnda dok carutnya.ish3.apa pon memang lawak doh.hahaha


Share:

Saturday, 6 June 2015

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT

Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima panahan kilat di dunia, selepas Rwanda dan Congo.

Namun negara kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika mula kedengaran guruh, nampak awan hitam, hujan renyai atau lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan panahan kilat menyambar pada bila-bila masa.

Bak kata seorang jurutera perunding dan pakar kilat Encik Hartono Zainal Abidin dalam artikel akhbar The Star, “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.”

Berikut adalah panduan untuk mengurangkan risiko panahan kilat;-

LANGKAH 1 (Fahami aktiviti kilat)

1). Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2). Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat. Bagi mengira jarak kilat, anda boleh menggunakan teknik ‘Flash to Bang’ atau ‘Kilat ke Guruh’. Cara kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1.6 km dari kedudukan anda. Ia bermaksud, jika 10 saat bersamaan 3.2 km, 20 saat bersamaan 6.4 km dan 30 saat bersamaan 9.6 km dari kedudukan anda.

LANGKAH 2 (Sekiranya anda berada di luar rumah)

1). Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Kilat tidak semestinya diiringi hujan dan masih boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada pada jarak 15 km dari tempat anda berada.
2). Cari perlindungan dalam bangunan yang besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas.
3). Cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran kilat.
4). Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang yang kering.
5). Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana kilat boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun.
6). Jangan gunakan payung ketika adanya panahan kilat (kerana payung turut diperbuat dari logam).
7). Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda terkena panahan kilat.
8). Segera duduk dalam ‘Kedudukan Pertahanan Kilat’, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan.
9). Jangan sentuh objek besi seperti pagar, tiang dan orang lain.
10). Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan kilat.

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT

LANGKAH 3 (Sekiranya anda berada dalam rumah atau tempat perlindungan)

1). Jika anda di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket jika perlu.
2). Jangan gunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.
3). Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang yang menghadap luar rumah.
4). Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi.
5). Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Anda perlu ingat bahawa kilat masih lagi boleh menyambar walau pun hujan telah berhenti.

sumber


Share:

Felixia Yeap Kini Selamat Bergelar Isteri

Felixia Yeap Kini Sah Selamat Bergelar Isteri


Raisyyah Rania Yeap atau sebelum ini dikenali dengan nama Felixia Yeap kini sedang hangat berlegar di Internet. Dia dikatakan sudah pun bernikah dengan lelaki pilihan.

Menurut sumber, lelaki pilihan Felixia Yeap ini adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (sebuah agensi di bawah MOSTI) bernama Dr. Rezal Khairi Ahmad.


Pada Mac lau, Felixia pernah menjelaskan di laman Facebook miliknya bahawa dia masih lagi bujang dan belum berpunya setelah diasak dan digosipkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja namun dinafikan oleh model ini sendiri.

Apa pun, peminat sudah mula membanjiri ruagan komen dengan ucapan tahniah di laman sosialnya malah ada yang bersedih kerana tidak dapat menjadi lelaki pilihan Felixia. Semoga keluarga ini sentiasa dilimpahkan rezeki selain dipermudahkan segala urusan.

sumber


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...