Sunday 12 July 2015
Home »
» KFC Buka Cawangan Pertama Di Myanmar Dan Sambutan Amat Menggalakkan
KFC Buka Cawangan Pertama Di Myanmar Dan Sambutan Amat Menggalakkan
Kali pertama dibuka di Myanmar, penduduk di sana sanggup beratur panjang dan sanggup menunggu berjam lamanya bagi merasai sendiri dan tidak mahu melepaskan peluang mencuba keenakan KFC yang dibuka pada 30 Jun lalu, lebih-lebih lagi dengan harga promosi pembukaan.
KFC adalah restoran besar pertama yang berasal dari Amerika Syarikat yang dibuka selepas perpindahan kuasa daripada junta tentera kepada sistem demokrasi kini.
Menerusi CNN, salah seorang peniaga di sana, Kyaw Moe sanggup berdiri dan beratur selama tiga jam untuk membeli ayam bagi lapan orang ahli keluarganya yang lain termasuklah anak-anaknya.
“Saya ingin mereka merasakan ini. Ini pertama kali. Saudara saya di Singapura mengatakan bawaha KFC sangat popular di sana,” katanya yang sdah berusia 50 tahun malah tidak takut jika berat badannya naik jika makan KFC.
“Ini sangat terkenal di peringkat antarabangsa, jadi pastinya ia juga sihat,” tambahnya lagi.
Kemasukan KFC ke pasaran Myanmar merupakan salah satu bukti bahawa pasaran luar sudah mula menunjukkan minat terhadap negara itu setelah peralihan kuasa. Sebelum ini, Coca Cola dan Pepsi serta pengeluar automotif, Chevrolet dan Ford terlebih dulu menjual produk di negara itu.
sumber
loading...
0 comments:
Post a Comment