Thursday, 14 July 2016

(Video) Mesin hasilkan awan berbentuk hati

Salah satu awan tiruan berbentuk hati dilepaskan ke udara


PHNOM PENH – Jika ada yang berminat untuk menghasilkan awan berbentuk hati, anda kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan mesin keluaran syarikat Khmer Cloud Making Service.

Dinamakan sebagai Khmer Cloud Machine, mesin itu juga mampu menghasilkan beberapa bentuk awan lain termasuk emping salji, bintang, simbol keamanan dan ikan lumba-lumba.

Satu klip video yang dipaparkan di Facebook syarikat tersebut menunjukkan aksi seorang peniaga menghasilkan awan sambil disaksikan orang ramai.

Klip video tersebut sudah ditonton sebanyak 11.6 juta kali, dikongsi sebanyak 160,000 kali dan menerima 50,000 Like.

“Mesin ini memampatkan udara menggunakan campuran cecair khas untuk menghasilkan buih padat dan akan terapung ke udara seperti awan lepas ,” menurut syarikat berkenaan dalam kenyataan di laman webnya.

Antara bahan yang digunakan untuk penghasilan awan tiruan itu ialah gas ringan seperti helium dan surfaktan sabun.

Awan tiruan itu mampu bertahan selama beberapa minit hingga satu jam bergantung kepada adunan formula cecair dan keadaan cuaca semasa.

Portal Huffington Post melaporkan, mesin itu dijual pada harga serendah AS$999 (RM4,063), manakala lima peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal.





sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga