Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anak Kecil Terlihat Aksi Seks Anda ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 14 November 2017

Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anak Kecil Terlihat Aksi Seks Anda

kantoi seks depan anak, Apakah yang perlu dilakukan andainya anak menjadi saksi aktivit intim,

Lazimnya pasangan mengambil kesempatan menikmati hubungan intim setelah anak-anak masuk tidur. Ada di antara pasangan yang tidak memisahkan tempat tidur dengan anak lantaran dirasakan si anak masih terlalu kecil untuk tidur sendirian atau kekurangan ruang, makanya ada di antara pasangan yang berkongsi bilik tidur dengan anak, malah tidur sekatil terutama dengan anak dibawah umur lima tahun. Bagi masyarakat barat situsi begini jarang berlaku lantaran gaya hidup dan penerapan nilai individualiti, umumnya anak tidur berasingan dalam bilik lain sejak bayi lagi.

Suasana malam yang senyap menimbulkan suasana romantis. Ghairah mula membara dan pasangan segera memulakan aksi namun waktu hampir mengecap kenikmatan tiba-tiba pasangan dikejutkan dengan suara kecil memanggil "mama, papa..." si kecil yang disangkakan telah lena meluru ke arah pasangan dengan seribu pertanyaan dan kekeliruan dengan apa yang dipandangnya di depan mata.

Apakah yang perlu dilakukan andainya anak menjadi saksi 'aksi terlampau'? 

Antara langkah yang boleh dilakukan adalah :-

1. Menurut pakar psikologi andainya aksi hubungan intim pasangan ditonton oleh anak sebaiknya pasangan tidak panik. Jangan sesekali memarahi anak atau menjerit meminta si anak keluar dari bilik tidur kerana apa yang dilakukan oleh anda sudah cukup membingungkan dirinya.

Janganlah lagi menambah kebingungan dan kekeliruannya dengan jeritan dan kemarahan. Sekiranya yang tertonton aksi anda adalah anak remaja, tegurlah secara lembut dan minta dirinya menunggu diluar bilik sebentar.

2. Andai yang menyaksikan adegan panas adalah anak bawah 7 tahun atau yang bersekolah rendah sebaiknya hentikan segera kegiatan anda, berpakaian dengan pantas dan tenangkan dirinya. Jika anak belum berusia satu tahun lazimnya tayangan panas yang dilihatnya tidak memberikan apa-apa kesan pada dirinya meskipun begitu sebaiknya hentikan segera aksi, berpakaian dengan cepat dan temani anak sehingga ia tidur lena semula sebelum meneruskan
kegiatan anda.

3. Perlu ajak anak berbicara mengenai apa yang dilihatnya. Usahakanlah menjelaskan apa yang dilihatnya dengan bahasa yang paling mudah difahami. Cuba terangkan padanya bahawa apa yang dilihat olehnya adalah ekspresi kasih sayang anda berdua sebagai suami isteri. Fahamkan padanya bahawa yang dilihat olehnya hanya wajar dilakukan oleh wanita dan lelaki yang sudah berkahwin.

Jelaskan pada anak dengan fikiran terbuka beserta nada suara lembut tanpa meninggikan suara dan jangan sesekali memarahi dan membuat anak merasa bersalah seolah-olah dia telah melakukan kesilapan yang besar. Ketahuilah bahawa anak yang terlihat adegan panas anda sedang ketakutan dimarahi dan keliru dengan yang dilihatinya. Jelaskan padanya bahawa situasi yang dilihatnya adalah menyenangkan dan tidak menyakiti ibu.

Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menerangkan serta membincangkan tentang penderaan seksual pada anak remaja supaya anak lebih mengetahui perbezaan mengenai aktiviti seksual yang sihat dengan tingkah laku penyimpangan seksual dan penderaan seksual supaya anak remaja ini lebih memahami situasi yang dilihatnya dan dapat membuat perbandingan.Ini dapat mengelakkan anakremaja dari mendapatkan maklumat apa yang dilihatnya dari sumber lain yang pastinya memberikan kefahaman yang berbeza tentang aktiviti seksual yang sihat.

4. Pastikan anak anda tidak mengalami trauma dengan apa yang dilihatnya. Pastikan anak mendapat penjelasan yang wajar dengan apa yang dilihatnya supaya anak tidak mengalami gangguan psikologi kesan dari melihat adegan panas ibubapanya. Terdapat kes dimana berlaku si anak terus-terusan membenci ayahnya kerana tidak mendapat penjelasan wajar dari ibubapa terbabit. Setelah disoalsiasat, anak mengaku terlihat adegan panas ibubapanya.

Diakhir sessi kaunseling didapati si anak tersalah erti aktiviti seksual dan mengaitkan dengan
sesuatu yang mengerikan dan menakuntukan bila melihat ibunya terbaring dibawah tubuh siayah. Anak tersebut menganggap ayahnya sedang melakukan kekerasan terhadap ibu dengan disokong jeritan dan erangan serta tangisan kecil ibu yang dilihatnya seolah-olah sedang dalam kesakitan.

5. Elakkan situasi 'ulang tayang'. Perkara ini mungkin akan berulang terutama bagi pasangan yang tidak memisahkan tempat tidur anak. Walaupun diakui tidur bersama anak merapatkan lagi hubungan namun sedikit sebanyak mengganggu saat intim ibu dan ayah. Seringkali hubungan seksual dilakukan dalam suasana tergesa-gesa dan tidak fokus kerana khuatir anak akan terjaga.

Antara tips bagi mengelakkan berlakunya ulang tayang adegan panas anda adalah: 

• Pastikan pintu bilik berkunci setiap kali anda mahu bermesra bagi mengelakkan anak memasuki bilik secara tidak sengaja.

• Sekiranya tidur bersama si kecil, pastikan dia benar-benar telah lena. Paling selamat adalah selepas jam 10 malam ketika situasi sudah aman.

• Jika perlu lakukanlah dibilik atau ruangan berasingan daripada anak anda

• Sediakan selimut ataupun pakaian berhampiran untuk menutup bahagian tubuh yang tidak sepatutnya dilihat sekiranya anak terjaga.

• Usakan menempatkan anak tidur dibilik berasingan setelah umurnya meningkat 5 tahun.

• Wujudkan family rules atau undang-undang sefahaman dalam rumah dimana anak diajar supaya mengetuk pintu dahulu sebelum masuk ke bilik.

6. Pastikan anak kecil yang tertonton aksi ghairah anda tidak meniru segala aksi yang anda lakukan. Terdapat sebilangan anak kecil dibawah umur 7 tahun yang meniru aksi ghairah ibubapanya, seringkali anak ini melakukannya sendirian! atau bersama rakan dan terdapat juga yang menggunakan anak patung serta bantal bagi mengulangi aksi panas yang dilihatnya dan ibubapa terbabit sering merah muka menahan malu bila aksi mereka diulang tayang oleh anak kepada kaum keluarga yang berkumpul atau jiran dan teman-teman yang berkunjung kerumah. Disesetengah kes pula terdapat guru taska yang mengadu kepada ibubapa atau penjaga bahawa melihat anak meniru aksi ghairah yang dilihatnya keatas teman sepermainan atau kepada objek sebagai menggantikan pasangannya.

Bukan itu sahaja terdapat juga ibubapa bergaduh dengan keluarga teman sepermainan anak mereka gara-gara si anak meniru aksi ghairah dan disalah erti oleh keluarga teman anak itu bahawa si anak tadi mahu mencabul kehormatan anak mereka. Seharusnya perbuatan meniru aksi ini ditegur dengan lembut dan penuh pengertian supaya anak tahu bahawa perbuatannya itu tidak sepatutnya dilakukannya.

Share:

7 comments:

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...