November 2020 ~ Bila Han Bercerita

Monday 16 November 2020

Kenapa wanita mengerang ketika hubungan intim?

Kenapa wanita mengerang ketika hubungan intim?


 Sebagai wanita, pernah tak anda terfikir kenapa anda mengerang ketika berhubungan intim dengan suami? Kadang-kadang anda mengerang dengan kuat, kadang kala pula hanya desahan lembut yang keluar dari mulut anda?

Kenapa ya wanita mengerang ketika bersetubuh? Selain daripada menunjukkan kepuasan atau nikmat, apakah punca atau sebab lain yang menyebabkan mereka mengerang dan mendesah?

Terdapat beberapa sebab utama kenapa wanita mengerang dalam hubungan intim antaranya:


1. Tindak balas semula jadi kepada nikmat

Salah satu sebab utama wanita mengerang ketika hubungan intim adalah kerana reaksi semula jadi naluri wanita terhadap nikmat, terutama nikmat bersetubuh.

Sama seperti anda mengeluh lembut ketika berehat selepas penat bekerja. Nikmat yang anda rasakan daripada hubungan intim akan buat akan mengeluh dan mendesah, tak lupa juga mengerang.


2. Tindak balas semula jadi kepada rasa sakit

Rasa sakit ketika hubungan intim juga boleh buat anda mengerang tanpa anda sedari. Kadang-kala mungkin suami sedikit kasar dan liar, sehingga buat anda berasa tak selesa.

Atau mungkin juga anda mengalami kekejangan otot ketika bersetubuh. Faktor-faktor ini dengan mudah boleh membuat anda mengerang tanpa anda sedar.


3. Menaikkan nafsu

Kadang-kala sukar untuk memberi fokus terhadap hubungan intim yang sedang anda jalani. Tambahan pula fikiran dan emosi kaum wanita sering memikirkan perkara yang kompleks, walaupun semasa bersetubuh.

Mungkin tanpa anda sedar anda memikirkan barang yang perlu dibeli ketika membeli-belah pada besok hari. Perkara remeh seperti ini besar kesannya terhadap hubungan suami isteri di ranjang.

Oleh itu erangan anda secara tidak langsung dapat mengembalikan semula fokus anda dan menaikkan nafsu ecara semula jadi.


4. Membuat suami lebih bernafsu

Ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal. Mengerang ketika hubungan intim boleh buat pasangan anda lebih ghairah dan lebih bernafsu.

Semua lelaki suka mendengar erangan, desahan dan keluhan pasangan mereka. Jangan percaya jika mereka katakan mereka tak gemar dengan perkara ini.

Malah kajian menunjukkan lebih kuat pasangan mereka mengerang, lebih bernafsu mereka.


5. Mengubah rentak hubungan intim

Sesetengah wanita mengerang untuk mengubah rentak hubungan intim. Anda boleh letakkan mengerang sebagai salah satu cara untuk menyampaikan perasaan anda kepada suami.

Contohnya, jika anda berasa nikmat yang teramat sangat, nada ngerangan anda adalah unik dan boleh dikenal pasti oleh suami. Begitu juga sebaliknya.

Jika anda berasa tak selesa dengan rentak suami, ngerangan anda juga akan memberi isyarat kepada suami.


6. Memudahkan suami klimaks

Lebih kuat anda mengerang, lebih bernafsu suami. Lebih bernafsu suami, sudah pasti lebih mudah suami puas dan klimaks.

Wanita yang mengetahui helah ini sering menggunakan kuasa erangan mereka untuk menipu orgasma dan membuat suami klimaks lebih awal. Anda bagaimana?

Walaupun perkara ini mungkin kelihatan seperti tidak ikhlas dalam hubungan intim, tetapi kadang-kala perlu juga dilakukan untuk menjaga hati suami.


7. Membuat hubungan suami isteri lebih hebat

Dan faktor utama yang membuat wanita mengerang ketika bersetubuh sudah pasti untuk membuat hubungan suami isteri lebih hebat dan nikmat.

Cuba anda bayangkan hubungan intim bersama suami tanpa sebarang bunyi. Tiada erangan, desahan mahupun keluhan, dari anda dan juga suami.

Sudah pasti pengalaman bersetubuh akan menjadi sangat menjemukan!


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...