Bila Han Bercerita

Thursday, 5 December 2013

COOL : Ukiran Kayu Terpanjang Di Dunia Dan Mengambil Masa Selama 4 Tahun Untuk Disiapkan

Ukiran Kayu Terpanjang Di Dunia Dan Mengambil Masa Selama 4 Tahun Untuk Disiapkan


Zheng Chunhui, seorang artis berbakat dari China, baru-baru ini mempamerkan ukiran kayu terpanjang di dunia, yang berukuran 40-kaki (12,286 meter) panjang. Beliau menghabiskan masa kira-kira 4 tahun untuk mengukir batang kayu ini dan ia ia dilukis berdasarkan lukisan terkenal yang dikenali sebagai "Along the River During the Qingming Festival" - sebuah sejarah yang terpelihara untuk meraikan nenek moyang mereka yang gugur pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk. Pada 14 November lalu, Guinness World Records telah tiba di Fuzhou, Wilayah Fujian di mana ukiran kayu itu kini dipamerkan dan mengiktirafnya sebagai ukiran kayu yang terpanjang di dunia.

Ukiran Kayu Terpanjang Di Dunia Dan Mengambil Masa Selama 4 Tahun Untuk Disiapkan


sumber


Share:

Bahaya Jika Tidur Berlebihan

Bahaya Jika Tidur Berlebihan


1. Diabetes – Beberapa kajian menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung untuk membangunkan penyakit diabetes. Terlebih, saat mempunyai riwayat penyakit ini dari orang tuanya.

2. Penyakit jantung – Jika terbiasa tidur lebih daripada lapan jam setiap harinya, maka anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menderita penyakit jantung. Menurut beberapa penyelidik, tidur sekitar 9-12 jam sehari merupakan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

3. Cepat lupa – Ya, tidur baik untuk pembentukan ingatan. Namun tidur lebih dari 8-9 jam sehari justru memberikan kesan yang sebaliknya. Tidur berlebihan melambatkan fungsi sel otak yang menunjukkan tanda-tanda kepikunan.

4. Kemurungan – Banyak kajian yang mempelajari masalah ini. Beberapa di antaranya menyatakan, pesakit kemurungan cenderung tidur lebih lama daripada orang umumnya. Yang lebih buruk lagi, tidur berlebihan dikatakan memburukkan keadaan tersebut.

5. Sakit belakang – Orang yang tidur berlebihan cenderung untuk mengalami sakit belakang lebih kerap daripada orang yang tidak. Kecuali, mereka tidur di katil khusus yang sudah disesuaikan.

6. Obesiti – Semasa tidur, metabolisme berjalan lebih lambat sehingga jika dilakukan berlebihan, cepat atau lambat anda pun terancam mengalami obesiti. Menurut kajian, mereka yang tidur berlebihan mempunyai risiko 21 peratus lebih tinggi untuk terkena obesiti berbanding orang yang tidur normal.

7. Kematian – Walaupun belum ada alasan ilmiah, tetapi banyak kajian menunjukkan tidur berlebihan berkaitan dengan tingginya risiko kematian.

8. Menjadi kurang menarik – Terlalu banyak tidur juga mempengaruhi kehidupan sosial anda. Saat menghabiskan terlalu banyak masa untuk tidur, anda cenderung untuk melewatkan banyak aktiviti sosial sehingga mungkin sedikit banyak mengurangkan daya tarikan anda.

sumber

Share:

Rahsia “Bar Code” Pada Buah-Buahan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Rahsia “Bar Code” Pada Buah-Buahan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Ada sebab mengapa setiap buah-buahan dan sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar. Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?

Berikut adalah perkara asas yang perlu anda ketahui apabila membaca label :


1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU, itu bermakna produk itu ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8″, ini bermakna produk itu adalah produk GMO. Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9″, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO). Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

sumber

Share:

Senarai nama kedai atau business online yang menipu/diragui

Senarai nama kedai atau business online yang menipu/diragui

macam best je.macam senang je nak berurusan online.kan??tapi kena waspada jugak.muka suci hati kita tak tahu.nah ambil senarai kedai yang han kongsikan buat peringatan pada pembeli yang suka beli barang secara online

1 ) Az Iman
Report by many people, payment made but nothing have been deliver.
2) Assyaima Collection
Report by Siti Suhaila , order barang lain tapi dapat barang lain. Bila sms tak reply

3) Kartisha Little Bizhub
Report by Zetty Ezhard , beli perfume last year, kata authentic tapi rupanya fake. Bau macam sabun, bila email balik tak reply. No telefon tak provided

4) Jason / Ah keong / YU KAM LEAN
Report by many people , jual gadget. Sell BB for rm500 end up semua customer dia tak dapat apa2. Memang ramai dah kena. More than RM10k ++ Please beware

5) Imaya Gadget @ Anisah Derahman (kutu gadgets)
Report by Laksamana Cheng Ho , 4 bulan tak dapat barang, dia just refund RM300 and balance until now tak settle. Post kat wall dia block.

6) Wawa Najwa ZK’nas Lens
Report by Cik N Syuhada , until now tak refund duit

7) Yanti Shaterz
Report by many people, mak kutu yang makan duit haram

8 ) Babyrina
Report by Nik Norazne , ramai dah kena tipu and dia ada byk FB.
http://www.facebook.com/princess.babyrina
~ http://www.facebook.com/reena.colections
~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100002641425341
~ http://www.facebook.com/lolypopprincess.reena
~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100003265896181&ref=ts

9) Coachbagz wonderland
Report by Nurliza Eirlina , jual handbag dari luar negara, dah bayar depo last year but until now barang tak sampai. Email and inbox dia bagi alasan kena tipu dengan supplier tapi sampai sekarang masih active berniaga.

10 ) Katty Eng
Report by Nurul Shahida Syabil , RM130 sampai sekarang tak refund. Barang tak sampai. Now dah block orang

11) Set Nona Roguy
Report by Siti Hajar , dia jual set bersalin. Nama kat akaun maybank Nur Shuhada Ishak. Ramai dah terkena

12) Thalia Amanie @ Juliana Sulaiman
Report by many people , main kutu yang makan duit orang. More details :
FULL NAME —> JULIANA SULAIMAN
NO IC —> 870207495266
NO HP —> 017656278
NO ACC —> CIMB ACC ( 1222-000-3976-201)
ALAMAT —> NO 9,PANGSAPURI SERI NIPAH,OFF TMN PINGGIRAN USJ 4760
SBG JAYA SELGR

13) KIKI GAJET @Muhammad Shaz
Report by Nora Madi Norazmadi , dah bayar deposit RM400, terus kena block. Number phone 0174643265

14 ) Buabuai Buaian cukur Jambul
Report by Love Haikal , duit dah bayar, video tak dapat, fb diblock, call and sms tak layan. Kena pada 13 nov 2011. no phone 01935335784

15) Rainbow House @ Chong Kar Ying
Report by Teia Zakariah , beli lens tak dapat lagi.

16) Koleksi Kpop Eshop @ Norfazilawati Binti Jefferi 01112026208
Report by Faten Suhana and Deana Abdullah , beli 2 baju tapi tak dapat2 lagi sampai sekarang

17) Jualan Mega @ Sarah by Mohd Jamaian
Report by Nabela Dyana , beli ypad budak 30pcs and iphone 4s mainan budak until now tak dapat lagi

18) Door to Door @ Sharifah Nuzaihan Syed Fisol
Report by Amna Nafeesa II , dia jual gadget murah. Sampai sekarang tak dapat. Total loss RM6K.

19) Lens Collections
Report by Chibbi Maruko , total RM345. tak pulangkan lagi duit sampai sekarang.

20 ) Nor Aymylia Bt Normazlin
Report by Puan Ain Juih , beli samsung galaxy tab tapi dapat tablet china. Ramai dah terkena dgn dia. Total loss RM1.6k

21) Nellisa Abd Rahman
Reported by many people , mereka jual barang2 baby , susu dan diapers, barang tak pernah sampai ramai dah tertipu

22) Bee florian @ Aizan Fong Abdullah
Reported by many people, dia ni memang dah bertahun tahun terkenal dengan menipu. Kalau cari fb dia memang dah takde so just beware dengan nama dia tu.

23) Rosidah Abdullah
Reported by many people , dia ni suka buka kedai tiru nama kedai seller lain so nanti customer akan keliru. So just beware dengan nama dia bila nak buat payment nanti. Maybank 163091006206 , hp 01114990713 / 01114944617

24) Butik Beg Tangan Berjenama @ Wan Syazwani maybank 158305218738
Reported by many people, fb dia pun dah hilang sekarang. Dapat duit terus senyap then deactivate fb.

25) Adayana Perfume @ Syahidan Ahmad
Reported by many people, after payment barang tak sampai. Macam2 alasan diberikan.

26) Kedai Gadget @ Faizah binti Md Rejab
Reported by many people , kutu gadget dan jual ada jual gadget tapi kalau dah bayar jgn harap barang akan sampai. DIA MASIH ACTIVE DI LUAR SANA PLEASE BEWARE.Ni no dia 0179895662

27) Korean Sweety Eye
Reported by many people, after payment dia akan block dari msg/wall

28) Kedai saya @ Mohd Syazamie
Reported by Aina Jessturaya, orang tu mengaku diri pekerja court mammoth penang and jual barang murah & ansuran. After masukkan duit dia akan block terus. Tracking number yang tipu dia bagi

29) Babydynas Collections & Babydynas Kutu Frenz
Reported by many people, ada few people je yang dapat refund dari dia. Yang lain semua dia kebas duit. Senyap sampai sekarang

30) Aida Isyhaidar @ Norhaida bt Jamaludin
Reported by Princess Davinci , dia ni kutu jam. Duit lesap

31) Kedai Sri Mawar @ Azizah Bt Bakar from Bachang Utama
Reported by Siti Qis Junior , peniaga emas. After dah dapat duit dia block customer.

32) Blackberry Hotshop @ Maria Ariffa Mazlan
Reported by Lynn Domo, customer mintak COD, dia setuju tapi dengan syarat bayar deposit RM500. bila yang nak jumpa, dia tak datang. Call tak jawab.

33) Tudung Abu Dhabi
Reported by 5 people, service lambat. Ada yang dapat after 2 week dah bayar itu pun after dah push and bagi warning.

34) Kasih Damia Shoppe / Kasih Damia Collections
Reported by Ros Zaiha , owner kedai ni nama Suhaila. Beri alasan macam2, barang sampai kesudah tak dapat.

35) Lim Anna
Reported by many people, boleh tengok dekat photos posted by Poisonous apple, dia print screen orang2 yang bagi wall post mintak refund money and post barang.

sumber

P/s : berhati2 la ketika berurusan online.

Share:

Friday, 18 October 2013

Iniliah Rokok Termahal Di Dunia, Dibalut Menggunakan Kertas Emas 24 Karat

Rokok Termahal Di Dunia

Rokok yang berharga US$65 ini boleh dikatakan sebagai rokok termahal di dunia. Hal ini kerana ia dibalut dengan menggunakan kertas rokok yang diperbuat dari helaian emas 24 karat.

Helaian kertas rokok emas yang dikenali sebagai 'Shine Papers' itu bagaikan telah menjadi satu trend bagi kalangan perokok popular di Britain. Merokok dengan 'Shine Papers' kini menggambarkan simbol status terbaru, terutama di kalangan pemuzik hip hop.

Rapper, Mark Cloudy Goodger berasa bagaikan telah menjadi seorang presiden ketika menghisapnya. “Ini kertas rokok terbaik yang pernah ada. Halus dan mampu terbakar dengan rata,” katanya seperti dikutip oleh laman Daily Mail. Ia dikatakan mampu menaikkan keyakinan diri semasa berbincang sambil merokok dengan 'Shine Papers'.

Rokok termahal ini mampu melonjakkan status mereka yang menghisapnya. Namun, rasa tembakaunya tidak jauh berbeza dengan rokok biasa. Pencipta 'Shine Papers', Dave D menyebut bahawa produknya tidak sesuai untuk penggunaan seharian berikutan harga pasaran emas yang semakin meningkat. Namun begitu, ia tidak dapat menghalang otang ramai dari terus menjadi pelanggan.

Hingga saat ini, belum ada sebarang artikel perubatan mengenai bahayanya menghisap partikel emas. American Lung Association menyatakan tidak ada sebarang data untuk menolak produk yang sudah dijual dengan meluas itu. Ketika ini, 'Shine Papers' boleh dibeli melalui online, dengan harga bermula dari US$55 sampai US$65 per paket.






sumber

Share:

Diana Amir Sahkan Nikah 25 Oktober 2013

Diana Amir Sahkan Nikah 25 Oktober 2013

PETALING JAYA: Pelakon Diana Amir mengesahkan akan bernikah dengan tunangnya, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober ini.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, majlis pernikahan bakal berlangsung pada pukul 9 malam di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

"Saya dan tunang akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya," katanya.

Diana ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan pelakon itu di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Diana berkata dia kini sedang membuat persiapan hari bahagianya itu dan memberitahu ia berjalan lancar.

"Persiapan masih dijalankan tetapi belum siap sepenuhnya lagi," katanya.

Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.

sumber

Share:

Iklan Palsu iOS 7 Kalis Air Bodohkan Pengguna, Rosakkan iPhone


Iklan Palsu iOS 7 Kalis Air Bodohkan Pengguna, Rosakkan iPhone

Iklan tersebut, yang tersebar di seluruh laman web, mendakwa bahawa kemaskini terkini dengan iOS 7 akan memberi fungsi keselamatan kalis air di mana "suis pintar" dan "litar halus" di dalam iPhone akan dilindungi secara automatik bersentuhan dengan air.

Mereka yang terbabit dalam penipuan ini turut menggunakan huruf yang sama seperti digunakan pihak Apple berserta latar belakang putih yang bersih, yang menyatakan: "Kemaskini dengan IOS 7 sekarang dan jadi pengguna pertama yang kalis air. Dalam keadaan kecemasan, suis pintar akan menutup bekalan kuasa telefon dan komponen yang sama untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada litar dalam iPhone anda."

Pengguna yang kelihatan naif akan mempercayai iklan tersebut dan mengemaskini gajet mereka sebelum merendamnya di dalam air untuk menguji ciri "keselamatan" berkenaan, hanya untuk mendapati bahawa mereka telah merosakkan gajet mereka sendiri.

Ada sesetengah pengguna yang melontarkan rasa marah dan kecewa mereka di Twitter. Seorang pengguna telah menulis: "Ok, whoever said IOS7 is waterproof GO F*** YOURSELF ". Manakala yang lain: "WTF # iOS7 isn’t waterproof!!! now my phones at the bottom of the river.”

Pengenalan kepada sistem operasi terbaru iOS 7 ini mula menjadi kegilaan ramai sejak ia mula diperkenalkan kepada umum. Ia diumumkan di persidangan tahunan syarikat berkenaan pada bulan Jun lalu di mana Ketua Eksekutif, Tim Cooks menganggap ia sebagai "perubahan terbesar kepada iOS sejak iPhone."

Iklan Palsu iOS 7 Kalis Air Bodohkan Pengguna

Malah, beberapa penganalisis menyatakan bahawa iOS 7 mewakili sesuatu yang besar kepada pengguna dan pembinanya dari segi pengalaman daripada iPhone 5S dan iPhone 5C yang dijadualkan akan dijual Jumaat ini.

"Saya rasa orang ramai tidak tahu bagaimana besarnya kesan iOS 7 yang baru ini," kata Carl Howe, penganalisis kepada Yankee Group. "Perisian ini sangat berbeza dari yang sebelumnya. Ia seolah-olah memberi gambaran kepada pengguna bahawa mereka bagaikan telah mendapat telefon baru."

Walaupun iOS telah direka semula dari bawah ke atas, bahagian terbaiknya adalah anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli iPhone atau iPad baru semata-mata mahu mengambil kesempatan untuk mengemaskini sistem terkini.

"Sejak kami membuat kemaskini yang mudah, dan menjadikan ia tersedia kepada pengguna di seluruh dunia, iOS 7 dengan cepat akan menjadi sistem operasi mudah alih yang paling popular di dunia," kata Cook semasa pelancaran iPhone terbaru syarikat itu.

sumber

Share:

Tuesday, 24 September 2013

Pelatih PLKN Mati Dipukul Di DAlam Bilik Air



Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.

Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.

sumber

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...