Bila Han Bercerita

Monday, 9 May 2016

Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat

Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat
Gambar Hiasan


RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang wanita Arab Saudi menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima hari berkahwin, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak patuh menunaikan suruhan Islam.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu naik berang apabila menyedari suaminya itu tidak menunaikan solat lima waktu (amalan wajib bagi umat Islam), lapor al-Marsad.

Laporan berita itu, sekali gus mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat di media Arab Saudi.

Seorang pengguna media yang dikenali sebagai Reem menyokong tindakan wanita tersebut.

"Islam sangat jelas tentang kewajipan solat. Wanita ini jelas tidak mahu hidup dengan seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang muslim, dan perkara yang terbaik adalah untuk menamatkan perkahwinan pada peringkat yang paling awal," ujarnya.

Sementara menurut seorang lagi, Khaled pula berkata wanita itu bertindak betul dengan meminta supaya diceraikan.

"Dia bertindak betul, apabila seorang suami tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada isterinya dan cara terbaik adalah berpisah," katanya.

Sementara bagi mereka yang menentang tindakan wanita itu berkata, wanita itu mengambil tidakan yang terlalu awal dan bersikap terburu-buru.

"Dia (wanita) itu tidak boleh terlalu tergesa-gesa, dia perlu bertimbang rasa sebelum meminta diceraikan,"kata seorang pelayar.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi pelayar mengatakan wanita itu perlu bersabar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang  tindakan.

"Dia sepatutnya lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya untuk menunaikan  solat," kata seorang pengguna.

sumber


Share:

Lelaki tembak mati abang hanya kerana berebut burger keju

Lelaki tembak mati abang hanya kerana berebut burger keju


FLORIDA: Seorang lelaki berusia 25 tahun menembak mati abangnya dalam pergaduhan berhubung burger keju.

Benjamin Middendorf, dari Florida, berhadapan dakwaan membunuh selepas menembak mati abangnya itu, kata polis.

Benjamin menghubungi talian kecemasan 911 pada malam Khamis dan memberitahu polis beliau baru menembak abangnya, Nicholas, di rumah mereka.

Nicholas Middendorf, 28, kemudian diisytiharkan meninggal dunia di rumah akibat kecederaan ditembak di dada, lapor akhbar Orlando Sentinel.

Dalam rakaman panggilan, Benjamin kedengaran menjerit memberitahu dia 'cuba menahan tekanan' di dada abangnya.

Beliau juga kedengaran memberitahu 'mereka bergaduh dan beliau mengambil pistol dan menembak abangnya.'

Ibu mereka, yang berada di rumah ketika kejadian, memberitahu polis beliau dan Nicholas baru kembali dari bar apabila kedua-dua beradik itu mula bertengkar.

Wanita itu berkata, beliau mendengar Benjamin berkata akan menembak abangnya. Beliau kemudian mendengar sedas tembakan dan mendapati Nicholas terbaring di atas lantai di ruang tamu. - Agensi

sumber


Share:

Perompak masuk ikut tandas, larikan RM200,000

Perompak masuk ikut tandas, larikan RM200,000


Kuala Lumpur – Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar di Ampang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata suspek masuk ke premis berkenaan melalui tandas yang terletak berhampiran mesin itu.

“Mereka memecahkan dinding di dalam tandas berkenaan untuk masuk ke pasar raya dan memecahkan dua mesin ATM sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.


Beliau berkata polis percaya kejadian itu dilakukan lebih daripada dua orang suspek.

“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya ini untuk memburu kesemua suspek,” katanya.

Hamzah berkata kes berkenaaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun serta denda. – Bernama


Share:

Lelaki Bergaji RM16,000 Sebulan Saman Majikan Kerana Kerjanya Membosankan

Lelaki Bergaji RM16,000 Sebulan Saman Majikan Kerana Kerjanya Membosankan
Lelaki di Paris itu mendakwa tugasnya menyebabkan dia mengalami kebosanan dan menyumbang kepada masalah kesihatan dan emosi yang serius. - Gambar hiasan


PARIS: Anda pernah berasa bosan di pejabat? Jika ya, cuba failkan saman ke atas majikan anda.

Tindakan itu diambil Frederic Desnard di Paris, yang pernah bekerja sebagai 'Pengarah Perkhidmatan Am'.

Desnard memfailkan saman ke atas bekas majikannya Interparfums kerana kerjanya yang didakwa sangat membosankan.

Dia menuntut ganti rugi kerosakan berjumlah AS$415,000 (RM1.67 juta) kerana tekanan.

Desnard, 44, bekerja untuk syarikat tersebut antara tahun 2010 ke 2014 dan diberhentikan kira-kira 18 bulan lalu.

Dia mendakwa tugasnya menyebabkan dia mengalami kebosanan dan menyumbang kepada masalah kesihatan dan emosi yang serius.

Peguam Desnard, Montasser Charni dalam tuntutan saman memaklumkan, anak guamnya mengalami kemurungan kritikal dan pernah mengalami kemalangan jalan raya selepas diserang sawan.

Kemalangan berkenaan menyebabkan Desnard koma dan terpaksa mengambil cuti sakit selama seminggu.

Desnard dibayar AS$4,000 (RM16,100) sebulan sebagai 'Pengarah Perkhidmatan Am' namun dia menyifatkan bidang tugasnya adalah untuk 'tidak melakukan apa-apa'.

Dia juga mendakwa majikan memanggilnya dengan nama yang tidak wajar dan memintanya melakukan tugas-tugas peribadi, termasuk menjemput anak dari latihan sukan.

Kerana ketiadaan tugasan, Desnard akhirnya diminta pulang ke rumah dan hanya diminta kembali bekerja sebaik dihubungi majikan.
Panggilan itu bagaimanapun tidak diterima Desnard, dan peguam Desnard menyifatkan kebosanan itu sebagai satu bentuk gangguan.

Dakwaan Desnard bagaimanapun dinafikan Interparfums.

Kes berkenaan kini dalam pertimbangan tribunal buruh di Paris, sementara keputusannya dijangka diketahui Julai depan.

sumber


Share:

Jutawan silap dukung suami orang yang disangka budak

Jutawan silap dukung suami orang yang disangka budak


London: Jutawan pakaian dalam, Michelle Mone semalam mendedahkan saat paling memalukan pernah dia lalui mendukung seorang ‘kanak-kanak’ comel’ dihadapan 3,000 orang sebelum menyedari ‘kanak-kanak’ itu sebenarnya lelaki berusia 46 tahun yang sudah beristeri.

Michelle yang digelar ‘Taikun Coli’ berucap di satu majlis yang dihadiri usahawan di Vietnam apabila ‘budak’ berkenaan berlari ke atas pentas sambil membawa bunga untuknya.

Dia mendukungnya dan merakam gambar selfie bersamanya.

“Saya memang menyedari ada yang tidak kena dengan ‘budak’ itu kerana giginya kuning seperti kesan nikotin,” tulis Michelle dalam laman Twitternya.


sumber



Share:

Wednesday, 4 May 2016

Harga iPhone SE Akan Dijual Pada Harga RM1949 Bermula 13 Mei Ini

Harga iPhone SE Akan Dijual Pada Harga RM1949 Bermula 13 Mei Ini


Harga jualan rasmi telefon pintar iPhone SE ini akan dikeluarkan bermula 13 Mei ini dan ditawarkan pada harga RM1949 bagi iPhone SE versi 16GB dan RM 2449 bagi versi 64GB.

iPhone SE direka bersaiz 4 inci dan disertakan dengan plihan warna baru iaitu Rose Gold. SE juga menyerupai spesifikasi Iphone 6s. rekabentuk serta saiz skrin sahaja yang membezakan kedua peranti ini.

Untuk lebih jelas , kami sediakan perbandingan antara iphone 5s, SE, 6 ,6s dan juga 6s Plus. Anda boleh rujuk ruangan kotak dibawah ini. Bagi peminat setia Apple, mungkin anda sudah boleh buat hitungan untuk membeli keluaran terbaru iPhone SE ini.

Harga iPhone SE Akan Dijual Pada Harga RM1949 Bermula 13 Mei Ini

sumber


Share:

Monday, 2 May 2016

Wanita Saman Starbucks RM19.5 Juta Kerana Dalam Cawan Banyak Ais

Wanita Saman Starbucks RM19.5 Juta Kerana Dalam Cawan Banyak Ais


CHICAGO: Seorang wanita menjadi tumpuan di Amerika Syarikat (AS) kerana memfailkan saman berjumlah AS$5 juta (RM19.5 juta) terhadap syarikat jenama minuman berasaskan kopi, Starbucks, kerana mendakwa setiap cawan minuman itu mengandungi terlalu banyak ais.

Portal berita Telegraph melaporkan, Stacy Pincus mendakwa pelanggan telah ‘diperbodohkan’ selama ini kerana minuman sejuk itu hanya mengandungi separuh air yang nilainya dibayar, manakala selebihnya hanyalah ketulan ais.

Starbucks mempunyai rangkaian 24,0000 cawangan di 70 negara di seluruh dunia dan lebih daripada 11,000 cawangan di AS.

Aduan yang dijilid setebal 29 muka surat itu difailkan di Mahkamah Persekutuan Northern Illinois di Chicago minggu lalu.

“Pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk saiz Venti hanya menerima 14 aun (410ml) minuman tersebut – kira-kira separuh daripada isipadu yang diiklankan dan yang dikenakan bayaran,” jelas aduan itu.

Pincus memberi contoh: “Bagi kopi ais, pelanggan yang memesan dan membayar bagi saiz Venti, menjangkakan menerima 24 aun (710ml) kopi berdasarkan iklan dan pemasaran Starbucks. Sebaliknya mereka hanya mendapat 14 aun.

Wanita Saman Starbucks RM19.5 Juta Kerana Dalam Cawan Banyak Ais

Aduan itu juga menambah, Starbucks hanya memaparkan saiz cawan di menunya, dan bukannya jumlah isipadu yang sepatutnya diterima dalam pembelian. Dengan itu, menurut Pincus, seumpama menipu pelanggan.

Peguam Steven Hart yang mewakili Pincus, memberitahu bahawa nilai akhir tuntutan saman itu jika ia berjaya, mungkin lebih tinggi daripada AS$5 juta.

Starbucks menolak tuntutan saman tersebut yang disifatkan sebagai ‘pelik’ dan ‘tidak masuk akal’.
“Pelanggan kami memahami bahawa ais adalah komponen penting dalam pembuatan mana-mana minuman sejuk,” ujar jurucakapnya.

Starbucks juga berkata, mereka lebih dari gembira untuk membuat semula minuman pelanggan yang tidak berpuas hati.

sumber

P/s: kelakar pon ada. haha


Share:

Sunday, 1 May 2016

Shaheizy Sam turunkan berat badan 8kg untuk filem baharu

Shaheizy Sam turunkan berat badan 8kg untuk filem baharu
SHAHEIZY Sam kurus demi watak Naufal dalam filem Pinjamkan Hatiku.


Apabila melihat wajahnya yang semakin cengkung dan berat badannya yang kian susut, ramai rakan dan peminat yang mula risau melihat keadaan fizikal pelakon, Shaheizy Sam.

Mana tidaknya, aktor terbabit dikatakan kehilangan kira-kira lapan kilogram (kg) sejak beberapa minggu lalu.

Melihat keadaannya yang semakin kurus, pasti banyak pihak yang bimbang jika pelakon berbakat pujaan ramai itu berdepan sebarang penyakit.

Semalam, beliau memuat naik gambar selfie yang nyata menyerlah mukanya yang runcing dan badan yang kelihatan semakin menyusut.

Rupa-rupanya, Sam sengaja menurunkan berat badannya bagi menjayakan watak Naufal dalam filem terbaharu berjudul Pinjamkan Hatiku. Diarahkan Osman Ali, filem terbabit turut membariskan dua lagi bintang popular, Ayda Jebat dan Farid Kamil.

"Saya turun 8 kg untuk watak Naufal ini,"

Menurut Sam, tujuan beliau memuat naik gambar itu bagi menjelaskan persoalan ramai mengenai berat badan dan bentuk fizikalnya sekarang.

"Ramai yang bertanyakan saya soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ini, seperti apakah saya sedang sakit dan kenapa saya terlalu kurus? Tidak kurang juga yang beri kenyataan memohon saya jangan kurus sangat nanti tidak lagi kacak. Sebenarnya, apa yang saya buat ini demi tuntutan watak dan kerja. Alhamdulillah, saya masih sihat.

"Untuk menjadi pelakon, kita tidak boleh sentiasa sentiasa menjadi kacak, macho atau comel. Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon. Apapun, terima kasih kerana mengambil berat. Saya sayang kamu semua," katanya.

sumber


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...