Bila Han Bercerita

Friday, 12 August 2016

Kuat Sangat Menjerit Pasukan Bola Sepak Gol, Sebelah Paru-paru Lelaki Ni Berhenti Berfungsi

Kuat Sangat Menjerit Pasukan Bola Sepak Gol, Sebelah Paru-paru Lelaki Ni Berhenti Berfungsi


Bila tengok pasukan bola sepak favorite kita tengah lawan memang susah nak kawal perasaaan. Berdebar-debar, kecewa, gembira dan sebagainya. Kadang-kadang kita menjerit sampai nak keluar anak tekak bagi semangat kat pasukan kita tu kan.

Kuat Sangat Menjerit Pasukan Bola Sepak Gol, Sebelah Paru-paru Lelaki Ni Berhenti Berfungsi

Kuat Sangat Menjerit Pasukan Bola Sepak Gol, Sebelah Paru-paru Lelaki Ni Berhenti Berfungsi


Tapi janganlah sampai terpaksa ambil risiko kecederaan serius. Lelaki dari China, Mr Luo terpaksa melakukan pembedahan selepas sebelah paru-parunya berhenti berfungsi kerana menjerit keseronokan pasukan bola sepak kegemarannya menjaringkan gol.

Selepas beberapa minit Mr Luo minum air dan tercekik. Dia juga merasakan belakangnya sakit dan meminta teman wanitanya mendapatkan bantuan. Selepas di hantar ke hospital dan buat pemeriksaan x-ray mendapati paru-paru sudah berhenti berfungsi.


sumber


Share:

Billionair Cabar Anak Lelaki 'Survive' Sendiri Tanpa Guna Pengaruh Bapa Dengan Hanya RM 423

Billionair Cabar Anak Lelaki 'Survive' Sendiri Tanpa Guna Pengaruh Bapa Dengan Hanya RM 423


Ini adalah cerita sebenar yang selalu ditunjukkan dalam drama dan filem iaitu di mana bapa seorang yang kaya paksa anak hidup sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

Seorang lelaki billionair dari Gujarat, India telah mencabar anaknya lakukan sesuatu yang mungkin tak disangka-sangka iaitu menyuruh anaknya hidup sendirian di Kochi kerana ingin mengajar anaknya bagaimana rasanya hidup susah dan miskin.

Lelaki tersebut bukan calang-calang orang kerana beliau merupakan pemilik kepada syarikat Hare Krishna Diamond Exports yang bernilai RM 3.6 billion.

Ada beberapa syarat yang dikenakan kepada anaknya Dravya, 21  yang sekarang sedang cuti semester dari mengambil MBA di Amerika Syarikat. Tiga syarat tersebut  adalah dia tak boleh langsung gunakan nama dan pengaruh ayahnya, tak boleh bekerja di sesuatu tempat lebih dari seminggu dan dia hanya boleh gunakan RM 423 yang diberi ayahnya untuk kecemasan sahaja.

"Saya mahu dia faham bagaimana orang miskin berhempas pulas untuk dapatkan kerja dan duit. Tak ada universiti yang boleh mengajar skil kehidupan ini melainkan pengalaman.", kata Savji Dholakia semasa dihubungi Times of India. 

Dugaan besar apabila berada di Kochi adalah mereka menggunakan bahasa Malayam dan Davya menggunakan bahasa Hindi.

"Selama lima hari saya tidak ada kerja atau tempat untuk tinggal. Saya sangat kecewa kerana saya ditolak untuk bekerja sebanyak 60 kali, memandangkan tidak ada seorang pun  yang kenal saya di sini.

"Saya faham perasaan apabila ditolak dan betapa bernilainya sesebuah pekerjaan", kata Dravya, yang menipu bos-bosnya di Kochi dengan berkata bahawa dia datang dari keluarga yang miskin di Gujarat.

Hasil titik peluh Dravya, dia berjaya mendapat RM 242 selama sebulan selepas bekerja di sebuah kilang roti, di sebuah pusat panggilan telefon , kedai kasut dan McDonalds.

"Sebelum ini saya tidak pernah risau tentang duit dan di sini saya terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan makanan Rs 40 (RM 2.50). Saya juga perlukan Rs 250 (RM15) sehari untuk membayar tempat tinggal", kata Dravya yang berjaya menamatkan cabaran tersebut.

Billionair Cabar Anak Lelaki 'Survive' Sendiri Tanpa Guna Pengaruh Bapa Dengan Hanya RM 423


sumber


Share:

Thursday, 4 August 2016

Wanita Ni Mandi Buat Pertama Kalinya Selepas 30 Tahun Trauma

Wanita Ni Mandi Buat Pertama Kalinya Selepas 30 Tahun Trauma


Trauma buat kita takut lakukan sesuatu yang pernah kita lakukan suatu masa dahulu. Ada orang trauma untuk memandu sebab pernah kemalangan. Ada orang takut tempat tinggi dan sebagainya.

Tapi buat seorang wanita yang berasal dari Liverpool, Donna McMahon, 35 ini lah kali pertama dia mandi sejak umurnya 5 tahun. Segalanya berlaku semasa Donna dan keluarga sedang bercuti dan tiba-tiba ada seorang budak menolaknya jatuh ke dalam kolam renang dan Donna menyangka yang dirinya akan mati lemas.

Mujur ayahnya ada untuk selamatkannya. Sejak itu, Donna biarkan ketakutan menguasai dirinya hingga dia tak berani untuk mandi atau lebih senang dikatakan Donna takutkan air. Bagaimanapun, selepas berjumpa dengan Robert Hisee, atau lebih dikenali sebagai The Hypnotist Man, Donna berjaya mengatasi rasa takutnya.

"Saya rasa seperti keajaiban berlaku. Saya tak percaya selepas 30 tahun saya akhirnya berjaya untuk rasa gembira untuk mandi, berenang dan pergi ke pantai dengan anak-anak,"kata Donna yang juga seorang suri rumah.

Wanita Ni Mandi Buat Pertama Kalinya Selepas 30 Tahun Trauma

Wanita Ni Mandi Buat Pertama Kalinya Selepas 30 Tahun Trauma


sumber


Share:

Monday, 18 July 2016

(Video) Cara Ronaldo Raikan Kemenangan Portugal Euro 2016

Cara Ronaldo Raikan Kemenangan Portugal Euro 2016


Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan kemenangan menjuarai kejohanan Euro 2016 dengan membeli kenderaan mewah Bugatti Veyron, baru-baru ini.

Ronaldo yang mempunyai hobi mengumpul kereta sport berjenama membelanjakan wang sebanyak £1.7 juta (RM8.9 juta) bagi menambah koleksi terbaharunya itu.

Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport itu dipercayai hanya dikeluarkan sebanyak 450 unit di seluruh dunia.






Share:

Banduan dakwa hidup mewah dalam penjara London

Banduan dakwa hidup mewah dalam penjara London


LONDON 12 Julai - Seorang banduan di sebuah penjara di Wandsworth, London memuat naik rakaman video mengenai kehidupan mewah yang diperoleh ketika di dalam penjara termasuk memiliki permainan Playstation 2 (PS2).

Laporan Daily Mail menyebut, rakaman itu dibuat oleh banduan berkenaan, Endrit Ferizolli, 20, menggunakan telefon bimbit yang diseludup masuk.

Ferizolli yang dipenjarakan kerana kesalahan melakukan rompakan palsu, berkongsi rakaman video itu dengan rakan-rakannya melalui aplikasi Snapchat.

Dia yang bangga dengan kemewahan di dalam penjara turut mendakwa melihat lebih banyak dadah dan senjata api di dalam penjara berbanding di luar.

“Saya melihat banyak dadah di sini berbanding di luar sana dan ini betul-betul gila, malah apa yang kamu dapat di luar sana, kamu boleh dapat di sini dengan harga berpatutan,” katanya.

Dia turut memuat naik rakaman video selama 10 saat menerusi Facebook yang menunjukkan keadaan dalam bilik penjaranya sambil kede-ngaran muzik yang kuat.

Ferizolli turut merungut kerana tidak mempunyai televisyen skrin rata dan hanya boleh bermain dengan permainan PS2.

Dia dipenjarakan bersama-sama tiga lagi rakannya kerana menyebabkan panik semasa pameran seni di Galeri Potrait Negara di Trafalgar Square pada 5 Julai tahun lalu.





sumber


Share:

Inilah Punca Kenapa Anda Selalu Letih Walaupun Tidur Cukup

Inilah Punca Kenapa Anda Selalu Letih Walaupun Tidur Cukup


Tidur yang tidak mencukupi bukan lagi menjadi penyebab utama anda selalu letih.

Kadangkala, perkara kecil yang anda lakukan atau yang tidak anda lakukan boleh menyebabkan anda berasa letih dari segi mental dan fizikal yang mungkin akan mengganggu aktiviti harian anda.

Ketahui penyebab yang membuatkan anda berasa letih, supaya anda lebih peka dengan kehidupan harian yang lebih baik.


1.Tidak mengambil sarapan pagi

Makanan yang anda ambil sebelum tidur akan digunakan untuk mengepam darah dan oksigen. Jadi apabila bangun dari tidur, anda perlu isi semula tenaga anda dengan sarapan pagi. Jika anda meninggalkan rutin tersebut, anda akan rasa lemah.


2.Suka sangat makan snek atau makanan ringan

Kajian mendapati makanan yang tinggi kandungan gula dan pengambilan gula yang berterusan akan membuatkan tubuh badan menjadi lemah. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, kawal pengambilan gula dengan mengambil bijirin dalam setiap makanan. Anda boleh tambahkan ayam yang dipanggang dan nasi. Selain itu boleh tambahkan ikan salmon, ubi kentang, sayur dan buah.


3.Gangguan gajet sebelum atau ketika tidur

Cahaya daripada gajet anda seperti tablet, telefon bimbit atau pun komputer anda mampu mengganggu kitaran tidur anda. Jadi elakkan menggunakan kesemua teknologi tersebut satu atau dua jam sebelum tidur. Letakkan kesemua gajet anda jauh dari tempat tidur supaya anda malas untuk mencapainya sekiranya anda tidak mampu lelapkan mata.


4.Anda bergantung kepada kafein sepanjang masa

Mulakan hari dengan mengambil kopi tidak menjadi masalah. Malah kajian mendapati pengambilan tiga cawan kopi sehari bagus untuk anda. Tetapi pengambilan yang tidak wajar akan mengganggu kitaran tidur anda. Ini kerana kandungan kafien yang akan menghalang sel aktif dalam tubuh badan dan akan membuatkan anda mudah tidur. Pengambilan kafien enam jam sebelum tidur mampu mengganggu tidur anda.


5.Berjaga hingga lewat malam di hari minggu

Berjaga sehingga lewat malam akan membuatkan badan anda menjadi letih. Tetapi sekiranya anda tidak mahu ketinggalan dalam kehidupan sosial anda, tidur sebenar di waktu petang sebelum menjalani aktiviti di waktu malam. Ambil masa selama 20 minit untuk lelapkan mata. Tetapi bukan tidur dengan nyenyak kerana ianya akan membuatkan anda lebih letih.


6.Tidak mengambil air yang cukup

Dehidrasi akan mengurangkan kandungan darah dan akan membuatkan darah menjadi pekat. Ini akan menyebabkan jantung anda mengepam lebih perlahan. Ianya akan membuatkan keletihan kerana udara tidak sampai sepenuhnya ke tubuh badan. Jadi ambil air mengikut berat badan anda. Selain untuk tidur yang baik, ianya baik untuk kecantikan kulit.


sumber


Share:

Naik 20 Bas Sehari, Lelaki Ni Jadi Pemburu Pokemon Sepenuh Masa

 Lelaki Ni Jadi Pemburu Pokemon Sepenuh Masa


Walaupun Pokemon Go masih belum lagi masuk di negara-negara Asia, tapi aura yang dibawa Pokemon Go ni semakin menjadi-jadi dan buatkan ramai peminat dah tak sabar nak tunggu dan nak main game ni.

Disebabkan terlalu seronok bermain game ni tak mustahi lah seorang lelaki dari New Zealand, Tom Currie sanggup berhenti kerja untuk menjadi penangkap Pokemon sepenuh masa!

"Saya mahukan cabaran," katanya kepada The Gurdian selepas ambil masa dua bulan untuk Pokemon Go.

"Saya telah bekerja lebih 6 tahun, dan saya berasa sangat tertekan dan perlukan rehat, jadi Pokemon Go adalah peluang saya untuk hidup seperti apa yang diimpikan," katanya.

Disebabkan nak main dan tangkap Pokemon je Tom Currie sanggup naik 20 buah bas keliling New Zealand. Jadi memang tak mustahil lah dia nak berhenti kerja dan tumpukan sepenuh masanya pada game ni. Satu dunia jadi tak huru-hara hanya disebabkan orang ramai berebut nak tangkap Pokemon.

 Lelaki Ni Jadi Pemburu Pokemon Sepenuh Masa


sumber


Share:

Saturday, 16 July 2016

Sarung tinju Muhammad Ali dilelong

Sarung tinju Muhammad Ali dilelong


HARRISBURG, Pennsylvania 12 Julai - Sarung tinju yang digunakan Muhammad Ali ketika ditewaskan Joe Frazier pada perlawanan yang dianggap `terhebat abad itu’ bagi merebut gelaran heavvyweight dunia ketika 1971 akan dilelong mulai semalam.

Lelongan itu dibuat Syarikat Lelongan Runnemede yang berpengkalan di New Jersey lebih sebulan selepas kematian Ali yang menderita sakit parkinson.

Sarung tinju Muhammad Ali dilelong


Menurut pemilik syarikat itu, Ken Goldin, setakat ini belum ada bidaan diterima untuk membeli sarung tinju tersebut namun pihaknya menjangkakan mampu menjualnya lebih AS$1 juta (RM4j).

Turut dilelong adalah barangan tinju milik Frazier yang juga telah meninggal dunia lebih awal daripada Ali iaitu pada 2011


sumber


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...