Bila Han Bercerita

Friday, 26 October 2012

COOL : 10 Domain Termahal di Dunia

This summary is not available. Please click here to view the post.
Share:

Tuesday, 23 October 2012

Bila LG troll orang dalam lif

Bila LG troll orang dalam lif

aha.dalam banyak2 komersial iklan yang osem2.korang mesti jarang nampak iklan2 berbentuk troll dari LG.jom kita tengok macam mana LG troll.win ke noob.haha

 

P/s:haha.kalau betul2 runtuh apa la jadinya.

Share:

5 Orang Yang Diiktiraf Paling Genius Di Dunia


Manusia genius merupakan suatu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada insan terpilih. Menjadi insan yang genius dan luar biasa adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada hambaNya. Ada juga insan yang tidak pernah belajar secara bersungguh-sungguh pun dapat mengecapi nikmat sebagai pelajar genius. Walaupun hakikatnya, terdapat ramai orang berusaha bagai nak ‘mati’ tetapi keputusannya kurang memuaskan. Di bawah ini merupakan 5 orang manusia yang diiktiraf antara paling genius di dunia. kemahiran mereka adalah mengikut kepakaran masing-masing dan semestinya ia lebih kepada bidang pekerjaan yang dianggap profesion bekerjaya. Jom lihat siapakah manusia yang paling genius itu?

5. Marco Calasan

Marco Calasan

Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7.

4. Terence Tao

Terence Tao

Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun.

3. Alia Sabur

Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.

2. March Boedihardjo

March Boedihardjo

Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun, sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut.

1. Ainan Cawley

Ainan Cawley

Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun.

sumber melayukini

P/s : allahuakbar..hebat belaka dorang.terasa aku neh noob giler

Share:

Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA'


Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA'

Hanya kerana diejek 'gila', dua lelaki warga Kemboja dipercayai bertindak kejam memukul dan mencekik seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga mati sebelum mayatnya dibungkus lalu dicampak dalam semak di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Udang di sini kelmarin.

Mayat Syed Rasikin Syed Ismail ditemui bapanya yang berumur 35 tahun kira-kira pukul 10 malam ketika gerakan mencari anak tunggalnya bersama penduduk kampung dijalankan selepas dia didapati tidak pulang ke rumah pada pukul 7 malam.

Kali terakhir Syed Rasikin dilihat ibunya, Asimas, 30, pada pukul 6 petang semasa anaknya bermain di kawasan rumahnya.

Difahamkan ibu bapa mangsa juga merupakan warga Kemboja dan mereka mengenali suspek kerana bekerja bersama sebagai tukang jahit di sebuah rumah.

Ketika gerakan mencari tersebut, kedua-dua suspek turut berpura-pura membantu mengesan mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Menurut beliau, seorang jiran yang mencurigai kematian itu telah menghubungi polis dan siasatan mendapati ada unsur jenayah.-kosmo

P/s : giler betul.apa pon takboleh

Share:

Cool : Aplikasi Pengesan Kamera AES Untuk Pengguna Android

Aplikasi Pengesan Kamera AES Untuk Pengguna Android


Berita baik bagi pengguna Android. Satu aplikasi telah pun dicipta oleh seorang warga Malaysia bagi membolehkan anda mengesan lokasi kamera AES berada.

Aplikasi ini akan mengesan lokasi AES yang berada 1000 meter dari posisi kereta anda berada sewaktu memandu di lebuhraya.

Aplikasi ini juga akan membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 1000 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.

Apa yang anda perlukan ialah cuma pasang ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.

Aplikasi Pengesan Kamera AES Untuk Pengguna Android
Aplikasi Pengesan Kamera AES Untuk Pengguna Android
Aplikasi Pengesan Kamera AES Untuk Pengguna Android

bagi sesiapa yang ingin mendownload boleh terus ke halaman tersebut dengan klik >SINI<


Share:

Thursday, 18 October 2012

PERGH : Pelajar pulang cek RM2.1 trilion yang diterima secara tak sengaja


Pelajar pulang cek RM2.1 trilion yang diterima secara tak sengaja


FORT BENNING – Seorang pelajar, Allen Smith menerima cek daripada Hal Ehwal Veteran (VA) RM1,988 ($650) setiap bulan.

Namun kali ini jumlah diterima mencecah setengah bilion dollar.

Smith yang berusia 22 tahun itu menerima cek daripada Jabatan Perbendaharaan untuk membantu menampung yuran pengajian kerana ayahnya pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.
Ibu Smith, Patricia Attwood Smith berkata, “dia segera pergi ke pejabat VA di Fort Benning dan memulangkan cek itu.”

Dia kagum dengan anaknya itu dan tahu ayahnya turut akan berbangga dengan tindakan anaknya itu.
Sehingga kini, cek RM2,110,174,031 (AS$690,000,000) itu masih misteri.

Smith diberitahu bahawa cek itu mungkin tersalah cetak atau pejabat itu digodam.
Penyelia VA menjamin cek itu akan dikembalikan kepada yang berhak.

P/s :uish.banyak gile weh..ada ke org akan pulang.trillion tu weh.trillionaire pertama kot.haha.

sumber

Share:

Sunday, 14 October 2012

COOL : Samsung Lancar model baru,Samsung Galaxy S III mini

samsung galaxy S3 mini


Samsung Galaxy S3 telah pon dilancarkan beberapa bulan yang lepas.dan sedar tak sedar samsung telah pon melancarkan samsung galaxy S3 "mini" terbaru.jadi apa pendapat korang tentang samsung galaxy S3 mini neh,sebelum tu mari kita lihat spesifikasi telefon pintar  tersebut

  • Skrin bersaiz 4 inci dengan paparan Super AMOLED beresolusi WVGA  (mungkin sama seperti skrin Galaxy S). 
  • Telefon ini dikuasakan oleh chipset ST-Ericsson U8420 dengan dwi-teras CPU (dual core) pada 1GHz clock dan 1GB RAM.
  • Galaxy S III mini ini akan dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean dengan penyesuaian paparan muka Samsung TouchWiz .  
  • Kamera belakang beresolusi 5MP dengan LED flash dan akan ada kamera depan beresolusi VGA.
  • Connectivity: 2G quad-band dan tri-band 3G dengan 14.4Mbps HSDPA dan 5.76 HSUPA, dwi-band Wi-Fi a / b / g / n, DLNA, Bluetooth 4,0, pilihan NFC dan sslot microUSB.  
  • Memori dalaman berkapasiti 16GB, diperkembangkan dengan microSD kad.
  • Galaxy S III mini akan mempunyai saiz 121.6 x 63 x 9.9 mm dan akan mempunyai luaran plastik yang kelihatan seperti Galaxy S duos.
  • Mempunyai bateri berkapasiti 1500mAh.
  • Anggaran harga Samsung Galaxy S III mini adalah $ 515 atau kira-kira RM 1599.
P/s: tak jauh beza function dengan samsung Galaxy S III,yang ketara dari saiz die.ngehehe

Share:

Saturday, 13 October 2012

Pemandu Teksi Jujur Jumpa RM680ribu Dalam Teksi


Pemandu Teksi Jujur Jumpa RM680ribu Dalam Teksi

LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu teksi di sini, Adam Woldemarim diberi ganjaran sebanyak AS$2,000 (RM6,148) oleh pemilik wang tunai berjumlah AS$221,510 (RM680,927), lapor agensi berita AP semalam.

Pemilik wang tersebut yang merupakan seorang pemenang permainan judi memberikan ganjaran itu kerana berasa gembira dengan sikap Woldemarim.

Woldemarim, 42, yang berasal dari Habsyah menemui wang tersebut semasa dia membersihkan teksinya pada 2 September lalu.

Wang tunai itu tersimpan di dalam sebuah beg komputer riba.

Dia kemudian menghubungi seorang rakannya yang pernah memandu teksi itu.

Bagaimanapun, rakannya itu yang juga berasal dari Habsyah menafikan wang tersebut miliknya.

Rakannya itu meminta dia memberitahu pejabat keselamatan syarikat yang memiliki teksi berkenaan.

Woldemarim kemudian membuat laporan di pejabat keselamatan itu yang kemudian menghubungi polis.

Seorang pengawal keselamatan merakamkan gambar wang itu.

Sejam kemudian, Woldemarim dihubungi seorang pengawal keselamatan supaya datang semula ke pejabat tersebut.

Dia menemui pemilik wang tersebut yang berada di pejabat berkenaan.

Pemilik wang itu sebelum ini telah menghubungi syarikat teksi berkenaan bagi memberitahu dia tertinggal wang itu semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang.

sumber

P/s : fuhh.jujur.bagus betul..jarang sekali org yang akan berkelakuan cmtu.buat baik,dibalas baik!!..he deserved to get the reward AS$2,000 (RM6,148) dah memang happy dan grateful sgt2.

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...