COOL : Mangkuk Yang Dibeli Dengan Harga RM9 Dilelong RM6.69 Juta ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 26 March 2013

COOL : Mangkuk Yang Dibeli Dengan Harga RM9 Dilelong RM6.69 Juta


Mangkuk Yang Dibeli Dengan Harga RM9 Dilelong RM6.69 Juta

Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam.

Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai ‘Ding’ berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.

Satu-satunya mangkuk serupa dari zaman itu yang diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu. Selepas membeli dengan hanya beberapa dolar, pembelinya mempamerkan mangkuk itu di ruang tamu rumahnya. Apabila menyedari keistimewaan mangkuk itu dan nilainya baru-baru ini, dia membawanya ke pakar.

Mangkuk Yang Dibeli Dengan Harga RM9 Dilelong RM6.69 Juta

Sotheby menganggarkan mangkuk itu akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000. Bagaimanapun, dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan akhirnya, peniaga seni terkenal di London, Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta

Mangkuk Yang Dibeli Dengan Harga RM9 Dilelong RM6.69 Juta

Mangkuk Yang Dibeli Dengan Harga RM9 Dilelong RM6.69 Juta

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...