Yogurt Khas Untuk Kaum Lelaki ~ Bila Han Bercerita

Monday 4 March 2013

Yogurt Khas Untuk Kaum Lelaki


Yogurt Khas Untuk Kaum Lelaki

Yogurt kini telah menjadi salah satu makanan alternatif sihat yang sangat popular di pasaran. Bahan makanan ini mempunyai kelebihan kerana mempunyai kandungan protein yang tinggi, rendah kandungan karbohidrat dan sodium. Kini terdapat produk yogurt yang bukan sahaja boleh mengurangkan berat badan malah mampu meningkatkan kesuburan!

Melihat kebanyakkan penggunaan yogurt sering di dominasi oleh kamu wanita, sebuah syarikat pengeluar makanan di Miami, Amerika Syarikat muncul dengan sebuah inovasi terbaru iaitu Powerful Yogurt, yogurt yang khusus untuk lelaki. Formula yogurt ini tercipta daripada idea sekumpulan pakar nutrisi olahraga, pakar pemakanan, dan pakar olahraga.

Yogurt Khas Untuk Kaum Lelaki

Produk ini ditujukan kepada lelaki yang selalu aktif dan ingin mempunyai bentuk tubuh yang ideal walaupun sering mengabaikan pola makan yang sihat. Dijual dalam saiz yang kecil dengan isipadu 236 ml yang mudah dibawa, mereka berharap produk ini dapat memenuhi diet sihat untuk para lelaki dengan gaya hidup aktif.

Dalam laman web Powerful.yt (28/02/2013) telah dijelaskan empat manfaat menggunakan produk ini bagi para lelaki. Produk ini mampu membantu pembentukan dan memperbaiki otot dengan kandungan 25 gram protein dan asid amino berkualiti tinggi.

Penggunaan produk ini juga boleh membuat bentuk tubuh lebih ideal, berdasarkan bukti beberapa kajian kandungan kalsium dalam yogurt yang dapat membantu penurunan berat badan.

Yogurt Khas Untuk Kaum Lelaki

Manfaat lainnya adalah dapat meningkatkan fungsi pencernaan dengan wujudnya peranan bakteria baik seperti Lactobacillus. Tidak ketinggalan, kandungan mineral seperti zinc dalam Powerful Yogurt dapat meningkatkan kualiti sperma lelaki.

Selain sihat, Powerful Yogurt juga mampu mengembangkan perasa kegemaran para lelaki. Pilihan rasa terdiri dari plain, strawberry, blueberry-acai, mangga, pisang, dan apple-cinnamon. Hingga saat ini, produk Powerful Yogurt sedang dipasarkan di Amerika Syarikat dan belum ada informasi tentang harga jualan.

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...