Dell Melancarkan Ophelia, Komputer Mini PC Dalam Saiz Flash Drive USB Pada Julai 2013 ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 11 June 2013

Dell Melancarkan Ophelia, Komputer Mini PC Dalam Saiz Flash Drive USB Pada Julai 2013


Komputer Mini PC Dalam Saiz Flash Drive


Komputer peribadi dalam saiz sekecil flash drive dipanggil komputer mini diperkenalkan ke pasaran menjelang bulan Julai tahun 2013. Projek pembinaan komputer peribadi pada saiz kecil sebegini telah dimulakan oleh Dell.

Projek pembinaan komputer mini tersebut dilabel dengan nama kod "Project Ophelia". Gambar prototaip Ophelia adalah seperti dalam imej di atas.

Buat masa ini Dell tidak memberi apa-apa nama spesifik untuknya, kerana itu ia hanya dipanggil sebagai Ophelia sahaja. Sistem operasi yang Dell gunakan di dalam Ophelia turut dirahsiakan.

Mungkinkah ia Windows ataupun Android? Jika Android nampak possible sebab sistem operasi Android boleh menjadi sistem operasi untuk komputer mini atau konsol permainan mini. Lihat saja Ouya.

Dell pertama kali mendedahkan kepada umum mengenai projek tersebut pada Mei 2013 kemudian merancang untuk mengeluarkannya pada suku ketiga tahun 2013.

Cara Ophelia beropasi amat mudah. Komputer mini tersebut dicipta untuk bersambung dengan palam HDMI pada mana-mana badan peranti perkomputeran (sama ada komputer riba mahupun desktop pc) bagi mendapatkan sumber kuasa elektrik.

Apabila bersambung pengguna Ophelia boleh membuka apa jua software, aplikasi, membuka dokumen, mengedit lalu menyimpan semula. Skrin untuk Ophelia akan dibuka pada tetingkap lain supaya tidak menggangu apa yang terpampang pada skrin asal.

Ophelia turut memiliki fungsi penyambungan tanpa wayar melalui Bluetooth untuk membolehkan papan kekunci tanpa wayar juga dan tetikus tanpa wayar disambungkan kepadanya.

Dari apa yang kami di iAwani baca mengenai Ophelia, komputer mini ini akan turut memiliki palam USB cuma tidak ada pengesahan berapakah bilangan palam USB bakal digunakan di dalamnya. Dell juga merahsiakan berapakah jumlah memori simpanan di dalam Ophelia.

Proses pembangunan Ophelia masih diteruskan dalam diam oleh kakitangan Dell. Sebagai komputer mini, Dell mensasarkan Ophelia untuk golongan tertentu sama seperti golongan peminat komputer yang menggilai Raspberry Pi.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...