The SpareOne: Telefon Kecemasan Mudah Alih Tahan Lasak ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 11 June 2013

The SpareOne: Telefon Kecemasan Mudah Alih Tahan Lasak

The SpareOne

The SpareOne Emergency Phone dilengkapi dengan semua ciri-ciri yang anda perlukan untuk sebuah telefon kecemasan mudah alih. Ia berfungsi walaupun tanpa mempunyai kad SIM dan mempunyai satu sentuhan, butang kecemasan yang besar untuk mendail nombor kecemasan (911, dan lain-lain).

The SpareOne dikuasakan oleh sebuah bateri besaiz AA yang mampu memberikan anda sehingga 10 jam masa bercakap dan mampu bertahan sehingga 15 tahun dalam keadaan bersiap sedia jika anda tidak menggunakannya. Ia juga mampu bertahan dan beroperasi dalam pelbagai keadaan cuaca ekstrem, mempunyai lampu suluh LED serta beg kalis air yang mampu terapung dan tidak tenggelam. Telefon ini penting sebagai peralatan untuk mereka yang gemar mengembara, atau dalam kes bencana alam, ia mampu menyediakan anda nadi komunikasi apabila segala-galanya sudah musnah.


The SpareOne

The SpareOne


sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...