Saturday, 6 December 2014
Home »
» (7 Gambar) Tahniah !! Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah
(7 Gambar) Tahniah !! Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah
Selebriti Chef, Mohd Nadzri Redzuwan, 32, yang juga dikenali sebagai Chef Riz telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya, Shikin Maembong, 31, pada malam tadi.
Perkara itu telah pun disahkan oleh bapa Chef Riz iaitu Datuk Mohd Nadzri Redzuwan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerusi instagramnya, @chefwan58 pada pagi tadi.
Chef Wan yang juga selebriti chef bertaraf antarabangsa turut mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin tersebut.
Malah, dia juga memberitahu bahawa dia tidak tahu apakah hadiah yang patut diberikan kepada anak lelaki serta menantu perempuannya itu.
Pun begitu dia ada bertanya kepada Shikin yang juga kakak kepada Emma Maembong, sama ada mereka memerlukan wang tunai atau tidak untuk membantu mengadakan majlis majlis pernikahan mereka itu
Tapi, mereka tidak mahu kerana memilih untuk mengadakan majlis tersebut itu secara ringkas dan sederhana. Malah, mereka rela menyimpan wang tersebut untuk digunakan pada saat mereka hendak mula membina keluarga. Shikin juga berharap Chef Wan akan gembira dengan keputusan mereka itu.
"Saya kata, sudah tentu kerana apa yeng penting, akad nikah adalah satu upacara yang dilakukan untuk menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah dan halal dalam kontek Islam," katanya.
Menurut Chef Wan lagi, persiapan untuk majlis pernikahan Chef Riz dengan Shikin Maembong itu telah dilakukan sendiri oleh mereka tanpa melibatkan pihak keluarga masing-masing,
"Saya rasa mereka telah melakukan tugas yang baik untuk mengadakan majlis Akad Nikah itu, " katanya lagi.
Majlis pernikahan Chef Riz dan Shikin Maembong telah dihadiri 200 orang tetamu daripada pihak keluarga lelaki dan perempuan serta sahabat handai terdekat.
Chef Riz dan Shikin mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2 tahun yang lalu. Ini adalah perkahwinan yang kedua buat Chef Riz. Sebelum ini, Chef Riz pernah berkahwin dengan aktres berambut panjang mengurai, Ana Dahlia pada 11 Disember 2011, namun perkahwinan berakhir tidak sampai setahun.
sumber 1
sumber 2
P/s :Tahniahh..
loading...
0 comments:
Post a Comment