Jiang Sulian, 39, dari China yang mencuri berlian seberat enam karat terpaksa membenarkan doktor menggunakan penyepit dan ragum bagi mengeluarkan berlian ditelannya. - Foto Bangkok Post
Bangkok: Seorang wanita China cuba menyeludup berlian curi bernilai 10 juta baht (RM11.9 juta) keluar dari Thailand dengan menelan batu itu.
Wanita itu dibenarkan keluar dari hospital hari ini, selepas doktor berjaya mengeluarkan berlian berkenaan.
Menurut polis, wanita berusia 39 tahun itu, menukar berlian asli dengan batu palsu ketika pameran barang kemas di pinggir Bangkok, Khamis lalu, dan cuba keluar dari negara berkenaan dengan menelan berlian terbabit.
Polis berjaya menahannya ketika dia hendak menaiki pesawat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, selepas berlian berkenaan dikesan melalui X-ray. Lelaki berusia 33 tahun yang bersamanya juga ditahan.
Polis menggunakan pelbagai cara termasuk memberinya makan julap namun berlian berkenaan gagal dikeluarkan lalu meminta bantuan hospital.
Jurucakap Hospital Besar Polis, Leftenan Kolonel Anchulee Theerawongpaisal, berkata doktor menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan berlian berkenaan dalam masa 12 minit. - AFP
0 comments:
Post a Comment