Pelancongan kini bukan lagi sekadar melibatkan hotel yang hanya cantik dan penuh fasilitinya, namun turut menawarkan pengalaman unik!
Anda ingin merasakan pengalaman menginap di hotel yang satu ini? Pastinya sangat menarik, ini kerana ia bukan sekadar hotel biasa!
Hotel yang terletak di pergunungan Alps, Perancis ini dibina tergantung seperti kereta kabel oleh syarikat AirBnB! Dengan ketinggian 2,700 kaki, ia juga memiliki fasiliti yang setanding hotel mewah.
Anda juga bakal disajikan dengan pemandangan yang sangat indah dan luar biasa. Sebenarnya, ia merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh AirBnB dan menawarkan hadiah menginap di hotel tergantung ini!
Pergunungan Alps yang menjadi latar belakang memutih dengan salji seolah-olah anda berada di atas kayangan.
Dari segi dekorasi, bilik hotel dihias dengan warna putih dan merah. Ia juga terdapat almari pakaian dan sofa untuk merehatkan diri.
Paling 'best' bilik hotel tergantung ini membolehkan anda merasai hembusan angin yang dingin sekaligus membuatkan ia bergoyang-goyang.
sumber
0 comments:
Post a Comment