Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar ~ Bila Han Bercerita

Saturday 12 December 2015

Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar

Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar


Tindakan seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia. Dalam gambar yang menjadi viral itu, kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut kelihatan belajar di sebuah meja kecil dengan beberapa buku pada waktu malam.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan terpaksa menumpang cahaya restoran makanan segera selepas rumahnya musnah dalam kebakaran. Gambar itu telah dirakam di restoran McDonald di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca. Difahamkan, kanak-kanak itu, Daniel Cabrera tidak sedar ketika gambarnya dirakam.

Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar


Joyce berkata “pada saya yang juga seorang pelajar, dia telah membuatkan saya begitu tersentuh. Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar”. Daniel yang kemudiannya diburu  media negara berkenaan mendedahkan, dia akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarganya.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...