Monday, 7 March 2016

Bill Gates hafal nombor plat kenderaan pekerja-pekerjanya

Bill Gates hafal nombor plat kenderaan pekerja


LONDON: Pengasas Microsoft, Bill Gates mengaku seorang yang fanatik dengan kerja ketika mengendalikan Microsoft sewaktu masih muda.

Beliau bekerja pada hujung minggu, tidak percaya dengan percutian dan turut menghafal nombor pendaftaran kereta di pejabat semata-mata untuk memantau pekerjanya.

Dalam temu bual di Desert Island Discs BBC, beliau mengaku menghafal nombor pendaftaran kereta pekerjanya untuk memerhatikan pergerakan mereka.

"Anda tahu, saya hafal nombor pendaftaran semua orang supaya dapat melihat tempat letak kereta dan tahu bila mereka datang, dan bila mereka pulang. Akhirnya saya terpaksa beralah, kerana saiz syarikat yang semakin munasabah."

Minat jutawan dermawan berusia 60 tahun terhadap misi kemanusiaan diperlahankan selepas bertemu isterinya dan menilai semula keutamaan dalam kehidupan mereka. - AGENSI

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Artikel Terbaru

Baca Juga