Serius ! Berlian bernilai RM60 juta ditemui ~ Bila Han Bercerita

Monday 7 March 2016

Serius ! Berlian bernilai RM60 juta ditemui

Berlian bernilai RM60 juta ditemui
Berlian 404 karat berukuran 2. inci ditemui. - Foto AP

LUANDA - ANGOLA. Berlian 404 karat berukuran lebih 2.7 inci ditemui di Angola, kata syarikat perlombongan Australia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lucapa Diamond Company yang berpengkalan di Perth, batu permata tersebut adalah berlian terbesar pernah ditemui di Anggola.‎

"Berlian putih tersebut dianggarkan bernilai kira-kira AUD20 juta (RM60 juta)," kata Pengerusi Lucapa Diamond Company, Miles Kennedy  kepada Australian Broadcasting Corp.

Menurutnya, berlian tersebut ditemui dalam Project Diamond Lulo iaitu projek perkongsian antara syarikat itu dengan syarikat belian nasional Angola serta pelabur swasta.

Kawasan perlombongan projek Lulo telah menghasilkan lebih daripada 60 berlian besar sejak ketiga-tiganya mula meneroka rantau ini pada tahun 2015, kata Lucapa dipetik AP.

Berlian terbesar yang pernah ditemui adalah berlian Cullinan 3106 karat ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1905.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...