Sunday, 20 November 2016

Berbakat tapi tidak kacak, Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV

Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak


PETALING JAYA— Hanya kerana tidak memiliki rupa paras yang kacak dan tidak ramai peminat di media sosial, pelakon berbakat besar Amerul Affendi sering dipinggirkan stesen televisyen.

Amerul atau nama sebenar Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata disebabkan kriteria itu dirinya sering ditolak untuk berlakon drama televisyen milik Media Prima Berhad.

“Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance (anak syarikat Media Prima) untuk filem Pekak,” katanya seperti dilapor mStar Online.

“Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain diri tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial.”

Setakat ini Amerul di Instagram mempunyai 24,000 pengikut dan hanya 6,600 pengikut di laman Twitter.

Pelakon filem Pekak berkata menjadi trend sesebuah stesen televisyen mencari artis yang mempunyai pengikut ramai tetapi itu tidak adil bagi pelakon yang mementingkan kualiti dan bakat.

Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak


“Bagus ada pengikut ramai dan membantu sesebuah drama itu untuk mendapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat,” katanya.

Amerul dalam akaun Twitter awal November memuat naik status memohon maaf kepada seorang sutradara kerana namanya gagal tersenarai dalam drama terbitan TV3.

Sering membawa watak pembantu, kebanyakan filem lakonan Amerul merangkul anugerah tempatan dan antarabangsa termasuk Bunohan (Festival Filem Malaysia ke-25), Terbaik Dari Langit (Festival Filem Antarabangsa Asean 2015), dan Polis Evo (pingat emas Anugerah PMAA Dragons 2016).



Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga