Sunday, 20 November 2016

Iceland buka muzium zakar terbesar dunia

Iceland buka muzium zakar terbesar dunia


REYKJAVIK, Iceland: Saiz bukanlah ukurannya, demikian slogan Muzium Patologi Iceland yang menyimpan koleksi terbanyak spesimen zakar pelbagai haiwan di dunia.

"Saya datang untuk memastikan bahawa muzium zakar ini benar-benar wujud di Reykjavik," kata seorang pelancong Amerika, Jerry Anderson kepada AFP, sambil merenung spesimen zakar terbesar milik Paus Sperma di muzium itu.

Zakar sepanjang 1.70 meter dan berat 75 kilogram itu disimpan dalam cecair formaldehid di dalam bekas plexiglass besar di pintu masuk muzium.

Dalam beberapa lagi bilik besar di muzium itu juga terdapat zakar dan bahagian-bahagian zakar pelbagai bentuk dan saiz milik pelbagai jenis mamalia besar termasuk ikan paus, beruang, anjing laut, kucing dan juga tikus.

Ia turut menempatkan pelbagai artifak yang bertemakan kemaluan, antaranya dulang, tiang dan telefon.

Tidak seperti suasana muzium lain di dunia yang tenang dan aman, rata-rata pengunjung Muzium Patologi ini akan tergelak kecil sambil melihat 286 spesimen biologi yang dipamerkan.

Sebahagian besar pengunjung adalah warga asing dan lebih daripada 60 peratus adalah wanita. - AFP



Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga