Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Tanpa Guna Bahan Kimia ~ Bila Han Bercerita

Saturday 3 June 2017

Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Tanpa Guna Bahan Kimia

Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Tanpa Guna Bahan Kimia

Bau peti sejuk yang tak enak bukan hanya mengganggu tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.

Berikut di kongsikan 5 tips menjaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar.

1. Gunakan Baking Soda

Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas/tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.

2. Gunakan Oatmeal

Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.

3. Gunakan Biji Kopi

Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.

4. Gunakan Arang

Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.

5. Lakukan tindakan pencegahan 

Caranya mudah saja iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.


sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...