GoPro Fusion, Kamera 360 Dengan Resolusi 5.2K ~ Bila Han Bercerita

Friday 2 June 2017

GoPro Fusion, Kamera 360 Dengan Resolusi 5.2K

go pro fusion, go pro 360, go pro baru

Peneraju produk kamera aksi, GoPro, hari ini mengumumkan program perintis untuk GoPro Fusion, sebuah kamera 360 pertama GoPro. Kamera yang mampu merakam video sehingga 5.2K pada kadar 30 bingkai sesaat itu bakal membawa industri VR dan AR selangkah kehadapan. Program perintis itu dijangka akan dimulakan pada Jun 2017.

Fusion bukanlah sekadar kamera 360 yang biasa. GoPro ada membangunkan teknologi OverCapture yang membolehkan penghasil kandungan mengambil secebis daripada video 360 Fusion untuk ditukarkan kepada video 2D yang biasa. Maka, pengguna hanya perlu merakam sekali dan mereka akan beroleh bahan video daripada pelbagai arah.

Kamera Fusion dikatakan masih boleh digunakan pada mount legasi GoPro yang lain. Ia adalah sesuatu yang amat baik kerana kita tak perlu membeli aksesori tambahan dan mengurangkan beban logistik.

GoPro merancang untuk mula mengkomersialkan Fusion pada penghujung 2017.



sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...