Bila Han Bercerita

Saturday, 16 July 2016

Cacing pita hidup dalam otak akibat selalu minum air perigi

Cacing pita hidup dalam otak akibat selalu minum air perigi
DOKTOR mengeluarkan cacing pita sepanjang 7.5 sentimeter yang bersarang di dalam otak seorang kanak-kanak di Guangzhou, China


GUANGZHOU - Akibat kerap meminum air dari sebuah perigi, seorang kanak-kanak lelaki dekat sini terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan cacing pita sepanjang 7.5 sentimeter yang ‘bersarang’ di dalam otaknya.

Portal Daily Mail melaporkan, keadaan kanak-kanak itu, Xiaofei, 10, mula disedari gurunya yang sering melihat badan serta wajahnya sentiasa ‘bergerak-gerak’.

Menurut doktor, kanak-kanak tersebut dikesan dijangkiti sparganosis yang disebabkan oleh tabiat meminum air tercemar.

Xiaofei dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan, namun keadaannya bertambah buruk sehingga wajah dan badannya ‘bergetar’ lebih 20 kali dalam sehari.

Ibunya yang dikenali sebagai Zuo, kemudian membawanya ke sebuah hospital pakar dan doktor mengesan terdapat parasit yang hidup di dalam otak Xiaofei.

Ibu kanak-kanak malang itu terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya dan memberitahu hampir kesemua penduduk di kawasan kejiranannya menggunakan air yang diambil di sebuah perigi di kawasan tersebut.

“Saya tidak dapat memba-yangkan cacing pita yang panjang itu boleh hidup dalam kepala anak saya,” katanya.

Doktor yang merawat Xiaofei memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelak daripada mengambil makanan atau minuman yang tidak dimasak terlebih dahulu.


sumber


Share:

Inilah Pembeli Tudung Paling Mahal Di Malaysia Berharga Rm10 Ribu

Inilah Pembeli Tudung Paling Mahal Di Malaysia Berharga Rm10 Ribu


Tudung paling mahal di Malaysia adalah tudung daripada Tudung Bawal Exclusive yang berharga RM 10, 000 tu dan pemiliknya adalah seorang wanita bernama Puan Nurul Asmat. Tudung Bawal Exclusive ni mahal kerana dihiasi dengan batu permata Swarovski.

Bagaimana pun, selepas dimuat naik secara rasmi di Facebook Bawal Exclusive ia nampaknya menerima kecaman daripada netizen yang rata-rata mengatakan ia satu pembaziran.


Share:

(Video) Main Pokemon Go Dihadapan Pembaca Berita Ketika Bersiaran Langsung

Main Pokemon Go Dihadapan Pembaca Berita Ketika Bersiaran Langsung


Aplikasi permainan Pokemon Go yang menjadi viral mencetus pelbagai insiden sejak ia dilancarkan di kalangan pengguna.

Barubaru ini, seorang penyampai segmen cuaca dari stesen TV, WTSP Florida, America Syarikat diganggu oleh rakan sekerja yang sibuk mencari pokemon ketika bersiaran langsung.

Bobby Deskin, pembaca bagi segmen berita cuaca terkejut apabila rakannya Allison Kropff yang juga merupakan pembaca berita berjalan dihadapan kamera ketika bersiaran langsung.

Insiden ini berlaku disebabkan Kropff teruja mengutip makhluk Pokemon sehingga berjalan melepasi studio tanpa dia sedari.

Walaupun terkejut dengan tindakan rakan sekerjanya itu, namun Deskins pantas menanangi situasi tersebut dengan cara yang profesional dan sekaligus memberi pesanan untuk orang ramai supaya berhati-hati dengan Pokemon.





sumber


Share:

Thursday, 14 July 2016

Serius !! Wanita Ini Makan 1 Tan Bedak Talkum Setiap Hari

Wanita Ini Makan 1 Tan Bedak Talkum Setiap Hari


Pelik tapi benar. Seorang wanita dan juga ibu dari Britain mendedahkan “makanan” kesukaannya iaitu bedak talkum dan pernah menelan sebanyak 1 tan bedak talkum ketika sarapan dan juga waktu menonton televisyen.

Wanita yang dikenali sebagai Lizzie Foster berusia 25 tahun ini memberitahu ketagihan itu bermula sejak dia melahirkan anak pertamanya. Selain itu, Foster juga sanggup berhabis wang sebanyak RM5000 semata-mata untuk membeli pelbagai jenis bedak talkum.

Menurut doktor, ketagihan itu berlaku disebabkan foster kekurangan vitamin D atau zat besi ketika mengandung. Foster juga sering kali batuk-batuk dan mengalami kejang di perut dan mungkin ianya berpunca dari bedak tersebut.

Wanita Ini Makan 1 Tan Bedak Talkum Setiap Hari


sumber


Share:

Azan Dilaungkan Pertama Kali Selepas 81 Tahun di Hagia Sophia, Istanbul

Azan Dilaungkan Pertama Kali Selepas 81 Tahun di Hagia Sophia, Istanbul


Hagia Sophia adalah sebuah gereja yang dibina pada abad ke- 6 sebelum ditukar menjadi masjid pada 1453 semasa tentera Ottoman menakluki Istanbul yang ketika itu dikenali sebagai Constantinople. Bagaimanapun, sekarang ini Hagia Sophia yang bermaksud 'Hikmah Suci' dalam bahasa Greek adalah sebuah gereja.

Namun, bulan Ramadan tahun ini adalah bulan Ramadan yang bermakna bagi penduduk Muslim di Istanbul apabila setelah 81 tahun, akhirnya kelmarin azan berkumandang dalam Hagia Sophia oleh seorang muazzin.

Azan Dilaungkan Pertama Kali Selepas 81 Tahun di Hagia Sophia, Istanbul

Sejak empat tahun lalu, azan hanya berkumandang dari sebuah bilik solat dan bukannya dari dalam Hagia Sophia. Bulan lalu, Turki membenarkan al-Quran dibacakan di dalam Hagia Sophia sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Alhamdulillah.



sumber



Share:

(Video) Mesin hasilkan awan berbentuk hati

Salah satu awan tiruan berbentuk hati dilepaskan ke udara


PHNOM PENH – Jika ada yang berminat untuk menghasilkan awan berbentuk hati, anda kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan mesin keluaran syarikat Khmer Cloud Making Service.

Dinamakan sebagai Khmer Cloud Machine, mesin itu juga mampu menghasilkan beberapa bentuk awan lain termasuk emping salji, bintang, simbol keamanan dan ikan lumba-lumba.

Satu klip video yang dipaparkan di Facebook syarikat tersebut menunjukkan aksi seorang peniaga menghasilkan awan sambil disaksikan orang ramai.

Klip video tersebut sudah ditonton sebanyak 11.6 juta kali, dikongsi sebanyak 160,000 kali dan menerima 50,000 Like.

“Mesin ini memampatkan udara menggunakan campuran cecair khas untuk menghasilkan buih padat dan akan terapung ke udara seperti awan lepas ,” menurut syarikat berkenaan dalam kenyataan di laman webnya.

Antara bahan yang digunakan untuk penghasilan awan tiruan itu ialah gas ringan seperti helium dan surfaktan sabun.

Awan tiruan itu mampu bertahan selama beberapa minit hingga satu jam bergantung kepada adunan formula cecair dan keadaan cuaca semasa.

Portal Huffington Post melaporkan, mesin itu dijual pada harga serendah AS$999 (RM4,063), manakala lima peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal.





sumber


Share:

Lelaki rompak bank guna sekeping kertas di Singapura

Lelaki rompak bank guna sekeping kertas di Singapura


Singapura: Polis Singapura memburu seorang lelaki yang merompak sebuah bank dan melarikan wang tunai berjumlah S$30,000 (RM89,571) dengan menggunakan sekeping kertas.

Lelaki Kaukasia itu dilaporkan masuk ke sebuah bank Standard Chartered pada waktu tengah hari kelmarin dan menyerahkan sekeping nota tuntutan kepada seorang petugas.

Satu sumber berkata, beberapa minit kemudian, lelaki itu keluar dengan membawa wang tunai berjumlah S$30,000.


Jurucakap polis semalam mengesahkan rompakan berkenaan dan memberitahu tiada senjata digunakan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan isi kandungan nota yang diserahkan suspek kepada petugas bank.

Akhbar Straits Times melaporkan, pihak berkuasa memburu suspek yang dipercayai seorang lelaki warga Australia.

Rompakan bank sangat jarang berlaku di Singapura yang mempunyai undang-undang ketat dan larangan keras terhadap pemilikan senjata api menjadikan bandar itu antara paling selamat di Asia.

Rompakan terakhir berlaku pada November 2008, apabila seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita mengancam juruwang dengan mendakwa membawa beg kertas mengandungi bom.

Namun, juruwang berkenaan tidak mempercayai dakwaan lelaki itu yang kemudian ditangkap petugas bank terbabit. - AFP


sumber


Share:

(5 Gambar) Pelajar Kolej Komuniti Bina Rumah Mampu Milik Dengan Harga RM19,900

Pelajar Kolej Komuniti Bina Rumah Mampu Milik Dengan Harga RM19,900


Jerteh – Pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Malaysia (KKM) berjaya membina sebuah rumah di sini dengan kos lebih murah dalam masa 22 hari melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS).

Rumah pertama hasil gabungan tenaga dan kepakaran pelajar dan pensyarah dari 11 buah KKM itu didirikan di Kampung Padang Landak Jerteh dengan kos RM19,900.

“Pelajar dan pensyarah daripada Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Kelantan, dan Terengganu bergabung menggunakan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing merupakan satu kejayaan di saat penduduk miskin memerlukan tempat kediaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Komuniti itu di Kampung Padang Landak Jerteh di sini.


Pelajar Kolej Komuniti Bina Rumah Mampu Milik Dengan Harga RM19,900

Idris turut menawarkan kepakaran pelajar dan pensyarah KKM dalam pembinaan rumah penduduk miskin di kawasan Parlimen yang mempunyai rancangan untuk membina rumah seumpama itu di negeri masing-masing.

Katanya negeri yang berminat boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti untuk mendapatkan khidmat tersebut kerana kini terdapat sebanyak 104 buah KKM di seluruh negara yang boleh menawarkan khidmat pembinaan rumah komuniti secara sukarela itu.


Beliau berkata, melalui pembinaan Rumah Komuniti itu, kos perbelanjaan sebanyak RM40,000 untuk pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) dapat dijimatkan hampir 50 peratus.

Rumah Komuniti pertama di Kampung Padang Landak itu diserahkan kepada Mohd Ghazali Mat Rani, 51.
Pelajar Kolej Komuniti Bina Rumah Mampu Milik Dengan Harga RM19,900

Pelajar Kolej Komuniti Bina Rumah Mampu Milik Dengan Harga RM19,900

Pelajar Kolej Komuniti Bina Rumah Mampu Milik Dengan Harga RM19,900





Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...