June 2013 ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 22 June 2013

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah


23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mutaah

7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.</p>

20.Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

sumber facebook.

P/s: wallahualam..sedikit perkongsian untuk hari ni..sekarang isu syiah makin menjadi2 di Malaysia..so update kejap pasal syiah supaya ilmu dapat dikongsi..tunggu next entri gua dalam masa yang belum pasti.ngehehe.yosh!!

Share:

Tuesday, 11 June 2013

The SpareOne: Telefon Kecemasan Mudah Alih Tahan Lasak

The SpareOne

The SpareOne Emergency Phone dilengkapi dengan semua ciri-ciri yang anda perlukan untuk sebuah telefon kecemasan mudah alih. Ia berfungsi walaupun tanpa mempunyai kad SIM dan mempunyai satu sentuhan, butang kecemasan yang besar untuk mendail nombor kecemasan (911, dan lain-lain).

The SpareOne dikuasakan oleh sebuah bateri besaiz AA yang mampu memberikan anda sehingga 10 jam masa bercakap dan mampu bertahan sehingga 15 tahun dalam keadaan bersiap sedia jika anda tidak menggunakannya. Ia juga mampu bertahan dan beroperasi dalam pelbagai keadaan cuaca ekstrem, mempunyai lampu suluh LED serta beg kalis air yang mampu terapung dan tidak tenggelam. Telefon ini penting sebagai peralatan untuk mereka yang gemar mengembara, atau dalam kes bencana alam, ia mampu menyediakan anda nadi komunikasi apabila segala-galanya sudah musnah.


The SpareOne

The SpareOne


sumber

Share:

Rupa Laman Web Popular Apabila Pertama Kali Dilancarkan

Rupa Laman Web Popular Apabila Pertama Kali Dilancarkan

Pernah tak korang terfikir macamne agaknya rupa website2 yang terkenal pada awal pelancarannya?jom tengok gambar dibawah

1. Google.com - Dilancarkan pada tahun 1996


2. Facebook.com - Dilancarkan pada tahun 2004


3. YouTube.com - Dilancarkan pada tahun 2005


4. Yahoo.com - Dilancarkan pada tahun 1994


5. Twitter.com - Dilancarkan pada tahun 2006


6. Wikipedia.org - Dilancarkan pada tahun 2001


7. Amazon.com - Dilancarkan pada tahun 1995


8. Apple.com - Dilancarkan pada tahun 1987 (Paparan skrin bawah pada tahun 1996)


9. News.bbc.co.uk - Dilancarkan pada tahun 1997


10. Dell.com - Dilancarkan pada tahun 1996


11. Msn.com - Dilancarkan pada tahun 1995


12. Flickr.com - Dilancarkan pada tahun 2004


13. Telegraph.co.uk - Dilancarkan pada tahun 1994


14. Blogger.com - Dilancarkan pada 1999



P/s : cool huh ?

sumber

Share:

Keadaan Kilang Volkswagen Di German Pada Tahun 1951

Keadaan Kilang Volkswagen Di German Pada Tahun 1951

Pernah tak korang terfikir cmne la keadaan dalam dan luar kilang pembuatan kereta yang bertaraf antarabangsa iaitu volkswagen ini..nie aku sedap2 blogwalking,aku jumpa benda rare.ianya berkenaan keadaan kilang volkswagen sekitar tahun 1951.jom layan gambar.enjoice!

Keadaan Kilang Volkswagen Di German Pada Tahun 1951

Keadaan Kilang Volkswagen Di German Pada Tahun 1951

Keadaan Kilang Volkswagen Di German Pada Tahun 1951

Keadaan Kilang Volkswagen Di German Pada Tahun 1951

Keadaan Kilang Volkswagen Di German Pada Tahun 1951

Keadaan Kilang Volkswagen Di German Pada Tahun 1951

Keadaan Kilang Volkswagen Di German Pada Tahun 1951

P/s: rare kan? kalau korang nak tengok banyak lagi gambar sekitar keadaan kilang dan gambar prosedur pembuatan jentera awesome ni..korang boleh usha kat  SINI 

fakta: tahukah anda bahawa Lamborghini,Audi,Porsche dan berbagai lagi kereta dimiliki oleh Volkswagen? tak percaya ? google it!!

sumber


Share:

Meteorit Berusia 4.5 Billion Tahun Yang Ditemui Di Fukang, China

Meteorit Berusia 4.5 Billion Tahun Yang Ditemui Di Fukang, China

Meteorit yang dijumpai di Fukang pada tahun 2000 di Fukang, China ini dipercayai berusia 4.5 Billion tahun menurut pengkaji. Meteorit ini merupakan batu dari angkasa lepas yang paling cantik pernah ditemui oleh manusia. Ianya berwarna emas dan bersifat seperti kristal yang bercahaya. Mineral yang dikenali sebagai Olivine merupakan bahan asas bagi meteorit ini dan disaluti oleh nickel-iron berwarna silver. 

Batu meteor ini telah ditemui oleh seorang pendaki gunung ketika beliau sedang berhenti rehat. Pendaki gunung itu telah berehat di atas sebuah batu untuk menikmati makan tengah hari. Setelah perasan akan batu tersebut, pendaki itu telah menukul dan mengambil serpihan batu tersebut lalu dihantar ke US untuk dikaji dan telah disahkan sebagai meteorit.

Meteorit ini pada asalnya ialah seberat lebih seribu kilogram tetapi memandangkan ianya terlalu cantik, ramai pembeli telah membayar sejumlah wang yang banyak untuk memiliki meteorit ini. Oleh itu, meteorit ini telah dipotong kepada  beberapa bahagian kecil dan dilelong ke seluruh dunia.

Meteorit Berusia 4.5 Billion Tahun Yang Ditemui Di Fukang, China


Meteorit Berusia 4.5 Billion Tahun Yang Ditemui Di Fukang, China


Share:

Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun!

Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun!
beautiful nara bersama Amy Search


SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

"Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

"Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341.

sumber

Share:

Dell Melancarkan Ophelia, Komputer Mini PC Dalam Saiz Flash Drive USB Pada Julai 2013


Komputer Mini PC Dalam Saiz Flash Drive


Komputer peribadi dalam saiz sekecil flash drive dipanggil komputer mini diperkenalkan ke pasaran menjelang bulan Julai tahun 2013. Projek pembinaan komputer peribadi pada saiz kecil sebegini telah dimulakan oleh Dell.

Projek pembinaan komputer mini tersebut dilabel dengan nama kod "Project Ophelia". Gambar prototaip Ophelia adalah seperti dalam imej di atas.

Buat masa ini Dell tidak memberi apa-apa nama spesifik untuknya, kerana itu ia hanya dipanggil sebagai Ophelia sahaja. Sistem operasi yang Dell gunakan di dalam Ophelia turut dirahsiakan.

Mungkinkah ia Windows ataupun Android? Jika Android nampak possible sebab sistem operasi Android boleh menjadi sistem operasi untuk komputer mini atau konsol permainan mini. Lihat saja Ouya.

Dell pertama kali mendedahkan kepada umum mengenai projek tersebut pada Mei 2013 kemudian merancang untuk mengeluarkannya pada suku ketiga tahun 2013.

Cara Ophelia beropasi amat mudah. Komputer mini tersebut dicipta untuk bersambung dengan palam HDMI pada mana-mana badan peranti perkomputeran (sama ada komputer riba mahupun desktop pc) bagi mendapatkan sumber kuasa elektrik.

Apabila bersambung pengguna Ophelia boleh membuka apa jua software, aplikasi, membuka dokumen, mengedit lalu menyimpan semula. Skrin untuk Ophelia akan dibuka pada tetingkap lain supaya tidak menggangu apa yang terpampang pada skrin asal.

Ophelia turut memiliki fungsi penyambungan tanpa wayar melalui Bluetooth untuk membolehkan papan kekunci tanpa wayar juga dan tetikus tanpa wayar disambungkan kepadanya.

Dari apa yang kami di iAwani baca mengenai Ophelia, komputer mini ini akan turut memiliki palam USB cuma tidak ada pengesahan berapakah bilangan palam USB bakal digunakan di dalamnya. Dell juga merahsiakan berapakah jumlah memori simpanan di dalam Ophelia.

Proses pembangunan Ophelia masih diteruskan dalam diam oleh kakitangan Dell. Sebagai komputer mini, Dell mensasarkan Ophelia untuk golongan tertentu sama seperti golongan peminat komputer yang menggilai Raspberry Pi.

sumber

Share:

Info : Cara-Cara Mengetahui Tanah yang Mengandungi Emas


Cara-Cara Mengetahui Tanah yang Mengandungi Emas

Di dunia ada pulahan lombong emas ditemui, yang paling terkenal Lombong Grasberg yang hasilkan bertan-tan emas di dunia ini. Begitu juga di negara kita, Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Lombong Emas Lubuk Mandi dan Lombong Emas Penjam. Tapi ada aku kisah semua tu. Yang penting, belakang rumah kita ada ke idak Emas nih.. Ni ada tip nak tau jenis tanah yang ada emas

Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas


  1. Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
  2. Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
  3. Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
  4. Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
  5. Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
  6. Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)

Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.

sumber

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...