Saturday, 30 April 2016

8 Tips Rambut Cepat Panjang dan Sihat

8 Cara Rambut Cepat Panjang dan Sihat



Tahukah anda bahawa terdapat beberapa cara untuk mempercepatkan proses rambut menjadi panjang malah sihat dan bermaya. Rambut merupakan salah satu elemen dari sebahagian anggota tubuh badan kita dan ia juga boleh menjadi sebagai kecantikan kita.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk mendapat rambut yang sihat dan bermaya serta panjang dalam masa terdekat? Jom ikuti beberapa tips mengenai bagaimana kaedah bagi rambut cepat panjang.

Minyak Zaitun

8 Cara Rambut Cepat Panjang dan Sihat


Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat di dalamnya. Antaranya dapat membantu melembutkan rambut kusam dan menjadi lebih berkilau serta mengekalkan rambut dan kulit kepala menjadi sihat sepanjang masa.

Cara menggunakan minyak zaitun kepada rambut adalah sapu dan ratakan pada kulit kepala dan rambut. Seelok-eloknya kulit kepala itu diurut supaya dapat melancarkan aliran darah pada kepala dan dapat memberi galakkan pertumbuhan rambut. Biarkan selama 30 minit atau 1 jam, kemudian bilas dengan air mandian.

Putih Telur

8 Cara Rambut Cepat Panjang dan Sihat


Selain menyihatkan tubuh badan, putih telur mengandungi protein yang tinggi dan khasiat untuk pertumbuhan rambut.

Cara penggunaanya adalah ratakan pada rambut selama 15 minit dan bilas sehingga bersih agar ia tidak berbau. Putih telur itu juga boleh dicampurkan dengan minyak zaitun untuk mendapat hasil yang lebih memuaskan.

Santan

8 Cara Rambut Cepat Panjang dan Sihat


Dengar seperti tak logik kerana santan sering digunakan dalam masakan. Tetapi sebenarnya santan juga boleh digunakan sebagai cara untuk mempercepatkan rambut menjadi panjang. Ia turut menjadikan rambut menjadi lebih sinar dan bermaya.

Gunakan santan dalam 300ml sehingga 500ml ke kulit kepala dan rambut secara rata. Selepas itu, balut rambut yang telah di sapu rata dengan santan dengan tuala hangat, kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Kemudian bilas dengan air sejuk. Lakukan cara ini 3 atau 4 kali dalam seminggu dan kamu akan mendapat hasil yang sangat menakjubkan.

Air Kelapa Muda

8 Cara Rambut Cepat Panjang dan Sihat


Air kelapa muda selain digunakan untuk menghilangkan dahaga ketika cuaca panas, ia juga merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan proses pemanjangan rambut. Air kelapa muda kaya dengan protien, kalium zat besi.

Cara penggunaannya adalah, ratakan air kelapa muda pada rambut dan biarkan semalaman dan ia dapat membantu pertumbuhan dan kekuatan rambut kamu itu. Selepas itu, cuci rambut kamu dengan syampu dan bilas dengan air mandian. Pastikan gunakan sabun rambut bagi mengelakkan rambut menjadi melekit.

Air Mineral

8 Cara Rambut Cepat Panjang dan Sihat


Tahukah kamu bahawa selain untuk menjaga bentuk badan, air mineral juga boleh mengaktifkan sel-sel rambut sehingga dapat mempercepatkan proses pertumbuhan rambut. Minumlah air mineral sebanyak 8 gelas setiap hari. Jadikan ia sebagai rutin harian kamu dan selain itu ia dapat juga mengelakkan kamu daripada dehidrasi.

Teh Hijau

8 Cara Rambut Cepat Panjang dan Sihat


Teh hijau mempunyai kandungan antioksida yang tinggi yang sangat bagus untuk pengaliran darah di kepala. Kesan detoksifikasinya juga berkesan untuk membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat dan sihat.

Cara penggunaannya adalah bancuhkan teh hijau dengan air, kemudian lumurkan pada kulit kepala dan seluruh rambut dengan rata.  Kemudian balut rambut dengan tuala selama 20 minit, dan bilaslah dengan air bersih.

Bawang

8 Cara Rambut Cepat Panjang dan Sihat


Tahukah kamu bahwa bawang juga dapat memanjangkan rambut secara sihat dan semulajadi. Ini kerana kandungan sulfur dalam bawang dapat menguatkan akar rambut.

Terdapat 2 cara menggunakan bawang untuk memanjangkan rambut, iaitu dengan membuat jus bawang yang dapat dijadikan masker rambut dan hirisan bawang yang diramas pada rambut dan kulit kepala.

Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilaslah dengan air.

Lidah buaya

8 Cara Rambut Cepat Panjang dan Sihat


Terdapat banyak khasiat lidah buaya terutamanya untuk penjagaan kecantikan diri, termasuklah pada penjagaan rambut khususnya. Ia mempunyai nutrisi yang dapat membantu pertumbuhan rambut secara lebat dan cepat panjang.

Caranya adalah dengan mengupas lidah buaya lalu mengambil gel lidah buaya di dalamnya. Kemudian sapu dan urutkan ke kulit kepala secara rata. Selepas itu, campurkan gel lidah buaya dengan madu dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas sehingga bersih.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Artikel Terbaru

Baca Juga