Saturday, 30 April 2016

Zeti Aziz akhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara

Zeti Aziz akhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara


KUALA LUMPUR: Setelah 16 tahun bertungkus-lumus memastikan kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan baik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Aktar Aziz menamatkan tempoh perkhidmatannya, hari ini.

Beliau sempat meluangkan masa untuk bertemu wartawan, yang sejak tengah hari menunggu di ruang legar Bank Negara bagi mengucapkan selamat tinggal, pada jam 7.35 petang semalam, sebelum naik semula untuk meneruskan mesyuarat meskipun menjelang saat-saat akhir perkhidmatan beliau.

Di sebalik senyuman, Zeti yang memakai baju kurung biru seperti lazimnya, bagaimanapun kelihatan sebak ketika dikerumuni wartawan dan kakitangannya sebaik turun ke ruang legar Bank Negara.

"Saya masih mengemas barang saya di pejabat. Enam belas tahun punya barang," katanya tersenyum, ketika melayani media di bank pusat berkenaan.

Ketika ditanya apa perasaan beliau, Zeti berkata: "Saya sangat fokus. Saya akan lakukan apa yang perlu saya lakukan. Malangnya saya tidak mempunyai masa untuk bertemu semua kakitangan saya dan bersalaman dengan semua mereka. Saya berterima kasih atas sokongan mereka."

Zeti, yang bertanggungjawab membangunkan semula dan memantapkan sistem kewangan negara selepas Krisis Kewangan 1997 adalah seorang daripada sembilan Gabenor bank pusat terbaik di dunia. 

Malah, kejayaan beliau dalam membangunkan sistem kewangan Islam sering mendapat perhatian dan menjadi teladan di pentas global.

Zeti Aziz akhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara

"Di Malaysia, Zeti menjadi sebuah benteng yang kukuh dengan kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam sistem kewangan Islam, dan kita terhutang budi kepada beliau," kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini.

"Sejarah telah mengadili bahawa beliau adalah lebih baik daripada pengkritik beliau, dan dari semasa ke semasa, IMF pun cuba mencontohi cara Zeti berfikir.

"Zeti adalah contoh wanita yang perlu diteladani sebagai Gabenor bank pusat," kata Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Perbankan Pusat dan Kedua Editor Central Banking Banking Journal selepas menobatkan beliau sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Bank Pusat 2016.

Dalam satu acara baru-baru, Zeti ketika ditanya wartawan mengenai persaraan beliau, berkata: "Saya akan menamatkan 16 tahun di pejabat, dan 34 tahun dengan Bank Negara. Hampir semua yang saya nak buat, saya sudah buat, dan Bank Negara kini adalah satu institusi yang kukuh."

 INFO

Tan Sri Dr Zeti Aktar Aziz

* Anak perempuan kepada pasangan Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid dan tokoh budaya, Allahyarhamah Sharifah Azah Mohamed Alsagoff.

 * Sertai BNM pada 1985 sebagai Timbalan Pengurus di Jabatan Ekonomi, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Gabenor pada 2000, menggantikan Tan Sri Ali Abul Hassan Suleiman.

* Wanita pertama memegang jawatan Gabenor BNM.

* Antara 1979 dan 1984, Zeti berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan dan Latihan Seacern sebagai Penyelidik Ekonomi.

 * Dianugerahkan sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik dunia pada tahun 2015

* Pada 2014, Majalah Global Finance mengiktiraf Zeti sebagai Gabenor Bank Kelas A untuk tahun ke-11 berturut-turut.

Quotation: "Sejarah telah mengadili bahawa beliau adalah lebih baik daripada pengkritik beliau, dan dari masa ke masa, IMF pun cuba mencontohi cara Zeti berfikir.

 "Zeti adalah contoh wanita yang perlu diteladani sebagai Gabenor bank pusat," kata Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Perbankan Pusat dan Kedua Editor Central Banking Banking Journal selepas menobatkan beliau sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Bank Pusat 2016.

sumber

P/s: gabenor tebaik yang Malaysia pernah ada.respect dgn tan sri zeti aziz


Share:

0 comments:

Post a Comment

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Artikel Terbaru

Baca Juga