Sunday, 12 June 2016

Pembida Sanggup bayar RM14 juta untuk makan tengahari bersama Warren Buffett

Sanggup bayar RM14 juta untuk makan tengahari bersama Warren Buffett


Omaha (Nebraska, Amerika Syarikat): Untuk kali kedua, seorang pembida tidak dikenali bersetuju membayar lebih AS$3.4 juta (RM14 juta) untuk makan tengah hari bersama bilionair, Warren Buffett.

Wang hasil bidaan itu ialah untuk sebuah badan kebajikan yang menguruskan mereka yang tidak mempunyai tempat kediaman.

Bidaan bernilai AS$3,456,789 (RM14.1 juta) oleh pemenang Jumaat lalu sama dengan rekod tertinggi yang dicatat pada 2012 apabila seorang pembida membayar jumlah yang sama.

Lelongan selama seminggu itu ialah untuk mengumpul derma bagi Yayasan Glide bermula Ahad lalu dan ditamatkan malam kelmarin.

Menjelang tengah hari Jumaat, bidaan mencecah lebih AS$2.6 juta (RM11 juta), hampir AS$300,000 (RM1.2 juta) lebih tinggi daripada pembida yang menang tahun lalu.

Enam daripada lapan pemenang sebelum ini membayar lebih AS$2 juta (RM8 juta) untuk makan bersama Buffett, pelabur yang mengetuai syarikat konglomerat Berkshire Hathaway.

Pemenang bidaan biasanya makan tengah hari bersama Buffett di restoran steak Smith and Wollensky di New York.

Jika pemenang tidak mahu dikenali, acara itu diadakan di tempat lain.

Syarikat Buffett memiliki lebih 90 anak syarikat, termasuk insurans, perabot, laluan kereta api, barang kemas, restoran, serta mempunyai pelaburan besar dalam syarikat seperti Coca-Cola dan IBM.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Serius !! Maxis nak bagi RM 1 Juta Untuk Swap SimKad Je

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...