Penduduk dalam bahaya, wanita lepas 900 ekor ular untuk hapus dosa ~ Bila Han Bercerita

Sunday 12 June 2016

Penduduk dalam bahaya, wanita lepas 900 ekor ular untuk hapus dosa

wanita lepas 900 ekor ular untuk hapus dosa


SICHUAN - CHINA . Seorang wanita dipercayai melepaskan 900 ular ke dalam hutan untuk menghapuskan dosa dan mendatangkan karma yang baik.

Bagaimanapun dia tidak menyedari perbuatannya itu telah mendatangkan bahaya kepada penduduk kampung yang tinggal bersebelahan dengan hutan tersebut.

Salah seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Lei berkata, dia tidak dapat mengelak daripada berjalan di sekeliling rumahnya setiap jam bagi memastikan ketiadaan reptilia tersebut.

“Kesemua ular yang kami temui telah dibunuh. Perbuatan ini merbahayakan kami dan anak-anak kami. Ia tidak boleh dimaafkan,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal antarabangsa, Shanghaiist.com.

wanita lepas 900 ekor ular untuk hapus dosa

Hanya dalam masa beberapa hari, pegawai Jabatan Perkhidmatan Hidupan Liar Chengdu telah menerima panggilan bertali arus mengenai ‘serangan’ ular di kampung tersebut.

Pegawai jabatan berkenaan berkejar ke tempat kejadian dan berjaya menangkap puluhan ular setiap hari.

Malah sesetengah daripada spesis ular yang ditangkap dikenal pasti sebagai spesis merbahaya.

Perbuatan wanita itu dihidu penduduk kampung dan netizen apabila wanita itu memuat naik gambarnya melepaskan reptilia berkenaan di hutan tersebut.

Bagaimanapun wanita itu dikatakan tampil menafikan bahawa ular-ular itu dilepaskan di hutan tersebut.

Amalan melepaskan haiwan hidup kembali ke habitat dikenali sebagai fang sheng di perbuatan tersebut dipercayai dapat menghapuskan dosa, menyucikan diri dan mendatangkan nasib baik kepada si pelaku.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...