Arab Saudi larang pekerja berpanas di bawah matahari ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 4 June 2016

Arab Saudi larang pekerja berpanas di bawah matahari

Arab Saudi larang pekerja berpanas di bawah matahari
KERAJAAN Arab Saudi mengeluarkan arahan melarang pihak majikan membiarkan pekerja mereka terdedah dengan terik matahari.

JEDDAH 31 Mei – Arab Saudi semalam mengumumkan peraturan baharu kepada setiap majikan agar memastikan pekerja mereka tidak terdedah dengan terik matahari, bermula dari 15 Jun hingga 15 September ini.

Portal Arabnews.com melaporkan, perkara itu bertujuan melindungi keselamatan pekerja di negara ini yang berdepan cuaca panas.

Perintah tersebut diumumkan oleh Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial Arab Saudi dan dilaksanakan dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 3 petang.

Setiausaha Pemeriksaan dan Penambahbaikan Persekitaran Kerja kementerian, Fahad Abdullah Al-Awaidi berkata, arahan itu bagaimanapun dikecualikan kepada pekerja di sektor gas dan minyak.

Bagaimanapun jelasnya, majikan perlu mengambil langkah untuk melindungi pekerja dan mematuhi perintah tersebut.

“Kementerian cuba memastikan persekitaran kerja adalah selamat dan mengelak kecederaan serta kemalangan yang boleh menjejaskan produktiviti,” katanya.

Beliau menjelaskan, pengecualian juga diberikan di beberapa kawasan di Arab Saudi yang mengalami suhu rendah pada tempoh larangan itu dikuatkuasakan.

Tambahnya, penyelarasan antara kementerian dan pihak berkuasa di wilayah-wilayah akan dilakukan bagi memeriksa keadaan cuaca di kawasan masing-masing.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...