November 2016 ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 27 November 2016

(Video) : Inilah Lembu Tertinggi di Dunia

Inilah Lembu Tertinggi di Dunia


Seekor lembu jantan seberat 1,043 kilogram (kg) dan setinggi dua meter dinamakan Danniel dipercayai menjadi yang tertinggi di dunia.

Danniel, lembu baka Holstein diternak di Ladang Lost Coast Hay di Eureka, California ini makan empat kali ganda daripada lembu biasa.

Menurut pemiliknya Ken Farley, setiap hari Danniel makan 45kg rumput kering, 6.8kg bijirin, 100 gelen air dan menghasilkan 68kg najis.


Inilah Lembu Tertinggi di Dunia


Farley yang menjaga Danniel sejak haiwan itu dilahirkan mula menyedari pembesarannya agak luar biasa selepas melihat tabiatnya mengetuk botolnya dengan kaki ketika disusukan.

Wakil Rekod Dunia Guinness datang ke ladang itu untuk mengukur ketinggian Danniel bagi membolehkannya diiktiraf secara rasmi sebagai lembu paling tinggi di dunia.

“Baka jenis Holstein ini memang diketahui sebagai besar, tetapi Danniel agak tinggi berbanding Holstein biasa.

“Tambahan pula, Danniel makan dan minum dalam kuantiti yang sangat banyak,” katanya.

Lembu jenis itu biasanya setinggi kira-kira 1.4 meter, sementara Danniel setinggi dua meter.

Inilah Lembu Tertinggi di Dunia


Ladang tempat Danniel ditempatkan kini merancang membina bangsal untuknya menginap ketika musim sejuk supaya orang ramai boleh datang melawatnya secara percuma.

Menurut Farley, Danniel dibesarkan sebagai haiwan peliharaan jadi kelakuannya lebih manja berbanding lembu biasa.

Sebelum ini gelaran lembu paling tinggi di dunia adalah milik Blossom dengan ketinggian 1.9 meter dari Illinois. Bagaimanapun, ia mati pada Mei 2015. - Agensi





sumber


Share:

Eww !! Burger Daging tikus Laris di Moscow

Burger Daging tikus Laris di Moscow


Sebuah restoran di Russia menghidangkan burger lain daripada lain menggunakan daging tikus yang percaya atau tidak dilaporkan laris.

Krasnodar Bistro di selatan Russia menghidangkan bangkai tikus dihiasi salad dan rempah-ratus di dalam ban lembut yang digelar ‘burger nutria’ dan dijual dengan harga 550 rouble (RM38).

Pelanggan yang menikmatinya menyamakan rasa bangkai itu sama seperti daging ayam belanda, dengan warnanya yang keputihan selain tekstur lembut tetapi agak tawar.


Burger itu juga dijual di beberapa kafe di Moscow.

Chef, Takhir Kholikberdiev, 35, yang mengilhamkan burger itu berkata, orang ramai tidak patut rasa geli untuk makan daging tikus.

“Tikus sebenarnya haiwan yang sangat bersih. Ia bukan saja herbivor, malah tikus juga membersihkan makanannya sebelum dijamah.

“Dagingnya juga mengandungi asid omega-3 yang tinggi. Ramai doktor dan pakar diet menganggapnya daging yang baik untuk dimakan,” katanya kepada akhbar The Guardian.

Burgernya itu dipuji pelanggan dan pengkritik makanan.

Seorang pengkritik dilaporkan menulis: “Sekarang, pada 2016, anda boleh makan burger tikus hanya beberapa meter dari Kremlin!”

Kholikberdiev berkata, burger tikus itu semakin popular di Russia. -Agensi

Jom saksikan video berikut ini:





sumber


Share:

Anna Swan Memiliki Vagina Terdalam Dalam Rekod Sejarah

Anna Swan Memiliki Vagina Terdalam Dalam Rekod Sejarah


Anna Swan adalah wanita yang hidup di antara tahun 1846 sehingga 1888 dan dilaporkan memiliki vagina terdalam dalam sejarah iaitu sedalam 37.5 cm.

Saiz ini adalah tidak menghairankan berdasarkan ukuran tubuhnya yang memang tergolong raksasa. Beliau memiliki tubuh hingga lebih dari dua meter, sehingga hampir kesemua anggota dan organnya berukuran besar termasuk organ intimnya.



Wanita ini mengalami pertumbuhan yang sangat cepat dan bahkan ia melahirkan bayi terbesar sepanjang sejarah iaitu dengan berat 11.8 kg dan panjang 86 cm.

Vagina merupakan organ seks wanita dan secara purata ukuran normalnya memiliki kedalaman sekitar 7 hingga 10 cm dan ketika terangsang memiliki kedalaman sedalam 12-17 cm.



Share:

Preauricular Sinus: Ini Sebab Mengapa Sesetengah Orang Mempunyai Lubang Kecil Di Atas Telinga Mereka

 Ini Sebab Mengapa Sesetengah Orang Mempunyai Lubang Kecil Di Atas Telinga Mereka


Di United Kingdom, hanya satu dalam 100 orang mempunyai lubang kecil seperti dalam gambar.

Ini dinamakan ‘preauricular sinus’, iaitu satu kecacatan yang terbentuk sejak pembentukan bayi dalam rahim dan boleh diwarisi. Pakar sains, Van Heusinger ialah orang yang pertama melaporkan keadaan ini pada tahun 1864.

Komplikasi yang ada pada lubang tersebut adalah jangkitan yang pelik.

Di sesetengah kawasan di Asia dan Afrika, 2 daripada 5 orang boleh mendapat keadaan seperti ini.

Jika anda mempunyai satu lubang kecil ini, ianya tidak menjadi masalah. Melainkan, jika jangkitan tersebut menjadi teruk, ia perlu dibuang melalui pembedahan.



Share:

Jadi Ayah Pada Usia 13, Sean Stewart Adalah Ayah Yang Paling Muda Di Dunia

Sean Stewart Adalah Ayah Yang Paling Muda Di Dunia


Pada tahun 1998, seorang remaja bernama Sean Stewart telah mencipta rekod menjadi bapa pada usia 13 tahun.

Sean Stewart mempunyai seorang anak yang dilahirkan dari seorang lagi remaja bernama Emma, yang berumur 16 tahun.

Emma dan Sean dikatakan telah berkahwin ketika itu.

Sean yang saat itu berusia 12 tahun berpacaran dengan Emma yang berusia 16 tahun hingga Emma hamil. Mereka kenal kerana tinggal berjiran di kawasan Sharnbrook, Bedfordshire. Sean mendapat perhatian dunia kala itu kerana rela ponteng sekolah demi menunggui Emma yang sedang melahirkan anak mereka.

Sean Stewart Adalah Ayah Yang Paling Muda Di Dunia

Namun kini Emma dan Sean tidak lagi bersama dan sudah bercerai. Ben yang kini usianya 13 tahun hidup bersama Emma dan ayah tirinya jauh dari Stewart. Hingga kini ‘rekod’ Sean Stewart yang menjadi ayah termuda masih belum ada yang memecahkan.



Share:

Sunday, 20 November 2016

Iceland buka muzium zakar terbesar dunia

Iceland buka muzium zakar terbesar dunia


REYKJAVIK, Iceland: Saiz bukanlah ukurannya, demikian slogan Muzium Patologi Iceland yang menyimpan koleksi terbanyak spesimen zakar pelbagai haiwan di dunia.

"Saya datang untuk memastikan bahawa muzium zakar ini benar-benar wujud di Reykjavik," kata seorang pelancong Amerika, Jerry Anderson kepada AFP, sambil merenung spesimen zakar terbesar milik Paus Sperma di muzium itu.

Zakar sepanjang 1.70 meter dan berat 75 kilogram itu disimpan dalam cecair formaldehid di dalam bekas plexiglass besar di pintu masuk muzium.

Dalam beberapa lagi bilik besar di muzium itu juga terdapat zakar dan bahagian-bahagian zakar pelbagai bentuk dan saiz milik pelbagai jenis mamalia besar termasuk ikan paus, beruang, anjing laut, kucing dan juga tikus.

Ia turut menempatkan pelbagai artifak yang bertemakan kemaluan, antaranya dulang, tiang dan telefon.

Tidak seperti suasana muzium lain di dunia yang tenang dan aman, rata-rata pengunjung Muzium Patologi ini akan tergelak kecil sambil melihat 286 spesimen biologi yang dipamerkan.

Sebahagian besar pengunjung adalah warga asing dan lebih daripada 60 peratus adalah wanita. - AFP



Share:

(VIDEO) Tips Sejukkan Botol Atau Tin Minuman Dalam Masa 2 Minit

Tips Sejukkan Botol Atau Tin Minuman Dalam Masa 2 Minit


Berikut merupakan cara mudah untuk menyejukkan botol atau tin minuman dengan suhu bilik secara sepantas kilat. Selain dari dapat menjimatkan masa, trik ini juga sangat berguna lebih-lebih lagi ketika musim panas.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah mangkuk bersaiz sederhana besar, ais, air dan juga garam.

Boleh tengok video tutorial kat bawah ni kalau nak try buat. Selamat mencuba!






Share:

Berbakat tapi tidak kacak, Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV

Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak


PETALING JAYA— Hanya kerana tidak memiliki rupa paras yang kacak dan tidak ramai peminat di media sosial, pelakon berbakat besar Amerul Affendi sering dipinggirkan stesen televisyen.

Amerul atau nama sebenar Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata disebabkan kriteria itu dirinya sering ditolak untuk berlakon drama televisyen milik Media Prima Berhad.

“Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance (anak syarikat Media Prima) untuk filem Pekak,” katanya seperti dilapor mStar Online.

“Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain diri tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial.”

Setakat ini Amerul di Instagram mempunyai 24,000 pengikut dan hanya 6,600 pengikut di laman Twitter.

Pelakon filem Pekak berkata menjadi trend sesebuah stesen televisyen mencari artis yang mempunyai pengikut ramai tetapi itu tidak adil bagi pelakon yang mementingkan kualiti dan bakat.

Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak


“Bagus ada pengikut ramai dan membantu sesebuah drama itu untuk mendapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat,” katanya.

Amerul dalam akaun Twitter awal November memuat naik status memohon maaf kepada seorang sutradara kerana namanya gagal tersenarai dalam drama terbitan TV3.

Sering membawa watak pembantu, kebanyakan filem lakonan Amerul merangkul anugerah tempatan dan antarabangsa termasuk Bunohan (Festival Filem Malaysia ke-25), Terbaik Dari Langit (Festival Filem Antarabangsa Asean 2015), dan Polis Evo (pingat emas Anugerah PMAA Dragons 2016).



Share:

Sunday, 13 November 2016

(Video) Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’

Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’


KEMENANGAN Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya negara itu Selasa lalu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyatnya dan juga beberapa negara lain.

Meskipun ramai yang tidak bersetuju dengan kemenangannya, namun terdapat juga negara yang mengiktirafnya.

Antaranya Rusia apabila presiden negara itu sendiri iaitu Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya menerusi aplikasi Telegram.

Malah bukan itu sahaja, rangkaian makanan segera terkenal Burger King cawangan Rusia turut mengeluarkan menu baharu bersempena kemenangan Trump dinamakan sebagai Trump Burger.

Menurut wakil Burger King, menu baharunya itu adalah versi Angriest Whooper bersaiz besar yang merupakan burger paling laris dijual oleh rangkaian restoran itu.

Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’


Angriest Whooper adalah burger terpedas yang dimiliki Burger King yang disajikan dengan bawang bombai dan lada jalapeno bersama sos paling pedas di restoran itu.

Menu berkenaan merupakan edisi terbaharu Burger King untuk peminat-peminat makanan segera rangkaiannya.


Terdahulu sebuah kafe di Moscow iaitu Roll Race telah melancarkan menu dikenali ‘US Presidential Sandwiches’ yang menampilkan calon Parti Demokrat dan Republikan sebagai nama menu baharu mereka.






sumber


Share:

WOW !! Siapa Sangka Rekaan Beg Alas Kaki Berharga RM835



JIKA sebelum ini jenama fesyen terkenal, Balenciaga pernah menjadi bahan jenaka apabila peraga koleksi musim bunga/panas 2017 dengan mempamerkan beg tangan bersaiz jumbo seperti beg toto.

Kali ini pula alas kaki yang mudah didapati di negara Asia itu dijadikan beg tangan sekali gus menjadi trend terkini di Amerika Syarikat (AS).

Beg jenis klac yang dijual melalui web dalam talian iaitu Nomad Tribe Shop mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.



Melihat kepada kain dan reka bentuk beg tersebut, sudah tentu anda akan dapat melihat ia seperti alas kaki yang ada pada setiap rumah rakyat negara ini.

Ia mudah didapati dengan harga kurang daripada RM2.50 tetapi berbeza dengan beg tersebut apabila dijual dengan harga AS$200 (RM835).

Beg yang semakin menjadi trend ini mula mendapat sambutan apabila diperagakan oleh seorang blogger dari AS dan menjadi viral di Thailand.



Seorang blogger dari New York, Kyrzayda Rodriguez memuat naik gambar tersebut dalam laman blognya dan netizen Asia tidak henti-henti mentertawakan beg tersebut.

Antara komen netizen, “Saya ada benda ini di rumah ibu. Saya selalu guna untuk lap kaki tetapi tidak tahu ia boleh dijadikan fesyen.”

“Ada banyak di rumah saya. Siapa mahu? Saya jual lebih murah dari AS, hanya AS$20 bukan AS$200.”





sumber


Share:

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat


Flagship terbaru Google, Google Pixel yang boleh dikatakan saingan hebat kepada iPhone 7 baru-baru ini telah digodam sekumpulan penggodam China, lebih mengujakan ianya mengambil masa kurang dari 60 saat sahaja.

Bertempat di PwnFest, pertandingan antara penggodam di Seol, Korea Selatan, kumpulan penggodam China atau lebih dikenali dengan nama panggilan Qihoo 360 menunjukan bagaimana mereka berjaya menceroboh peranti Android tersebut melalui kelemahan ‘Zero-Day vulnerability’ iaitu kelemahan sesuatu perisian (software) yang tidak diketahui oleh vendornya.

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat


Mengeksploitasi kelemahan pada aplikasi Google Play Store menggunakan perintah RCE (remote code execution), mereka kemudiannya menunjukkan mesej ‘Pwned by 360 Alpha Team‘ yang dipaparkan pada Google Chrome sebagai bukti.

Kejayaan menggodam Google Pixel, Qihoo 360 memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak $120,000 Usd. Dan terkini, pihak Google di dalam proses memperbaiki kelemahan ini disamping menambah baik sistem keselamatan mereka pada masa akan datang.

Buat pengetahuan anda, Qihoo 360 sebelum ini pernah memenangai hadiah wang tunai berjumlah $520,000 Usd selepas berjaya menemui kelemahan pada Microsoft Edge di Windows 10. Mereka juga adalah kumpulan yang sama menjumpai kelemahan pada Adobe Flash dan MacOS Seirra.


sumber


Share:

Datuk 95 Tahun Jalan Kaki 40KM Jual Tauhu Sara Diri

Datuk 95 Tahun Jalan Kaki 40KM Jual Tauhu Sara Diri


REZEKI memang berada di mana-mana, namun seseorang itu perlu berusaha untuk mencarinya dan bukan hanya menunggu ia datang ‘bergolek’.

Itulah semangat yang dipegang oleh seorang warga emas di Indonesia untuk menyara hidupnya.

Walaupun sudah berusia 95 tahun, Zubair yang berasal dari Dusun Klanceng, Jawa Timur menggunakan kudrat yang masih ada menjalankan perniagaan tauhu dengan hanya berjalan kaki sejauh 40 kilometer (km).

Menurut warga emas ini kepada sebuah laman berira tempatan negara itu, dia sendiri sudah lupa berapa lama perniagaan tersebut dilakukannya.


“Saya sudah tua, nak, tetapi saya perlu terus berniaga untuk keperluan hidup sehari-hari.


“Sudah berpuluh-puluh tahun saya berniaga, sejak dari dulu lagi saya jalan kaki,” jelasnya sambil tersenyum.


Tambah laman itu lagi, Zubair memulakan perniagaannya bermula pukul 3 petang dan pulang ke rumah sekitar pukul 1 pagi setiap hari.


Meskipun purata pendapatan yang diperolehnya sekitar 16,000 rupiah (kira-kira RM5.19) daripada keseluruhan jualan tauhunya sehari, namun Zubair masih bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.

Katanya, apalah guna rezeki yang banyak jika tidak berkat dan halal.

“Tiada masalah nak, walaupun hasilnya sedikit tetapi berkat dan halal daripada dapat duit banyak tetapi tidak berkat, buat apa,” ujarnya.

Walaupun sudah berada dalam usia emas dengan kemampuan fizikal yang terbatas, Zubair tetap berdoa agar sentiasa diberikan kesihatan dan panjang umur untuk terus mengusahakan bisnesnya itu


sumber


Share:

Beli Sofa Terpakai RM 80, Jumpa Duit Tersorok Dalam Tu RM 178, 898

Beli Sofa Terpakai RM 80, Jumpa Duit Tersorok Dalam Tu RM 178, 898


Apabila bergelar pelajar dan perlu tinggal di rumah sewa kebanyakkan dari kita akan cuba mencari barang terpakai atau second hand seperti peti sejuk, perabot dan sebagainya. Kalau di luar negara memang barang jual barang-barang seperti ini dan harganya sangat murah.

Tetapi siapa sangka buat 3 orang pelajar Reese, Cally, dan Lara yang belajar di Universiti Negeri New York di New Paltz mereka menjumpai duit dalam sofa terpakai yang mereka beli hanya dengan harga RM 90. Semasa mereka sedang menonton televisyen, salah seorang daripada mereka terasa ada sesuatu pada tempat letak tangan sofa.

Bila tengok ada zip dan di dalamnya ada sampul yang mengandungi duit. Bila check keseluruhan sofa mereka menjumpai. USD40K (RM 178, 898). Wah!





sumber


Share:

Pemandu Lori Menangis Lihat Orang Ramai Curi Buah Orennya Selepas Lorinya Terbabas

Pemandu Lori Menangis Lihat Orang Ramai Curi Buah Orennya Selepas Lorinya Terbabas


Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah yang berlaku kepada seorang pemandu lori dan anak buahnya apabila lori yang dibawa terbabas di salah sebuah highway di Jiangzxi, China. Lori tersebut membawa berkargo buah limau. Bagaimanapun, apa yang lebih malang adalah penduduk kampung di sekitar situ datang beramai-ramai untuk mengutip buah limau yang bertaburan.

Bukannya nak menolong bahkan hanya mahu mencuri buah limau tersebut. Video yang kami kongsi menunjukkan pemandu tersebut cuba sebaiknya untuk menyelamatkan buah orennya dari dicuri. Penduduk kampung hanya beredar selepas pihak polis sampai.

Pemandu Lori Menangis Lihat Orang Ramai Curi Buah Orennya Selepas Lorinya Terbabas

Pemandu Lori Menangis Lihat Orang Ramai Curi Buah Orennya Selepas Lorinya Terbabas

Pemandu Lori Menangis Lihat Orang Ramai Curi Buah Orennya Selepas Lorinya Terbabas

video:-




sumber


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...