June 2017 ~ Bila Han Bercerita

Friday, 23 June 2017

E-Book Permata Yang Hilang Full Secara Percuma


Sorotan atau sambungan dari artikel senaman menguatkan tenaga batin.(1) (2)

Bagi yang tidak mengetahui, buku online atau ebook permata yang hilang ini merupakan buku panduan/pelajaran serta penerangan tentang ilmu seksual, sesuai bagi mereka yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin..Anda boleh download ebook ini di >SINI<

P/s: selepas download, korang boleh cetak atau baca terus melalui laptop/desktop korang

Share:

Video: Senaman Meningkatkan Tenaga Batin Lelaki -Senaman Harimau (Part 2)

Senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah. Senaman ini dimuatkan dalam buku Permata Yang Hilang.


Senaman Harimau

Padi Bukit
1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
2. Tangan diletakkan di atas lutut
3. Tarik nafas sedalam yang mungkin
4. Tahan selama 6 saat
5. Hembus perlahan-lahan
6. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
7. Ulang sehingga 3 kali
Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.

Senaman Meningkatkan Tenaga Batin Lelaki -Senaman Harimau

Nafas Pertapa
1. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
2. Tarik kaki rapat ke arah badan
3. Tegakkan belakang
4. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
5. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
6. Tahan sehingga 6 saat
7. Hembus nafas perlahan-lahan
8. Ulang sebanyak 3 kali
Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.

Senaman Harimau

Rentak Urutan
1. Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan
2. Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar
Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.

Senaman Harimau

Tarik Sepadan
1. Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan
2. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri
3. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan
4. Cuba pastikan lutut mencecah lantai
5. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal
Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.

Senaman Harimau

Rentak Lentang
1. Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai
2. Tangan masih memegang ibu jari
3. Kembali ke posisi asal
Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.

Senaman Harimau

Tepis Jengking
1. Duduk bersila
2. Tegakkan belakang
3. Depakan tangan itu separas bahu ke kanan
4. Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas
5. Tukar tangan kiri
6. Ulang sebanyak 3 kali
7. Setelah habis gerakan hembus nafas
Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.

Senaman Harimau

Matahari Naik
1. Duduk bersila dan tegakkan belakang
2. Bermula dengan tangan di belakang pinggang
3. Tekan pinggang dengan bantuan tangan
4. Tarik nafas dan tahan
5. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala
6. Hembuskan nafas
Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.

Senaman Meningkatkan Tenaga Batin Lelaki

Lenjang Gajah
1. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri
2. Tegakkan belakang
3. Tarik nafas perlahan-lahan
4. Letak tangan kanan atas lutut kiri
5. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi
6. Hembus nafas
7. Ulang 7 kali
8. Ulang dengan menukar kaki
Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Senaman Meningkatkan Tenaga Batin Lelaki -Senaman Harimau

Cakar Harimau
1. Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin
2. Jari kanan harus mencecah lantai
3. Hembus nafas
4. Ulang 7 kali
5. Ulang dengan menukar kaki
Gerakan ini memulihkan tenaga batin


Video Eman Manan lakukan senaman harimau :



Share:

Saturday, 3 June 2017

Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Tanpa Guna Bahan Kimia

Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Tanpa Guna Bahan Kimia

Bau peti sejuk yang tak enak bukan hanya mengganggu tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.

Berikut di kongsikan 5 tips menjaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar.

1. Gunakan Baking Soda

Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas/tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.

2. Gunakan Oatmeal

Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.

3. Gunakan Biji Kopi

Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.

4. Gunakan Arang

Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.

5. Lakukan tindakan pencegahan 

Caranya mudah saja iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.


sumber

Share:

Friday, 2 June 2017

Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan

bayi berdiri dan berjalan

BAYI yang baru dilahirkan di Brazil ini mengejutkan jururawat dan bidan di sebuah hospital kerana mampu ‘berjalan’ ketika mahu dimandikan buat pertama kali.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial Jumaat lalu, tidak dapat dipastikan di hopital mana bayi perempuan berkenaan dilahirkan namun berdasarkan pakaian seragam bidan itu, ia dipercayai di Hospital Santa Cruz, Rio Grande do Sul, selatan Brazil.

Bayi biasanya mengambil masa beberapa bulan untuk berdiri dengan sokongan orang dewasa dan antara sembilan hingga setahun untuk berjalan.

Dalam video itu, bidan berkenaan ternyata terperanjat dengan kemampuan bayi yang baru beberapa minit dilahirkan mahu berjalan sendiri.

Bidan itu bercakap dalam bahasa Portugis: “Oh, ‘budak perempuan’ ini berjalan.”

Seorang lagi berkata: “Tunggu, biar saya rakam ini.”

Bidan dalam video itu menjelaskan dia mahu memandikan bayi berkenaan namun bayi itu mahu berdiri dan berjalan.

“Saya mahu memandikannya, dia asyik berdiri untuk berjalan. Dia berjalan dari sini ke sana,” katanya.

Menurut Daily Mail, video itu sudah ditonton lebih 50 juta kali dan dikongsi 1.3 juta kali di Facebook.



sumber

Share:

[Video] : Vin Diesel Puji Ramadan Dan Mahu Cabar Diri Puasa

vin diesel puasa, vin diesel ramadan

Bintang Fast & Furious baru-baru ini menerusi sebuah rakaman video meluahkan perasaan kagum beliau pada bulan Ramadan.

Di dalam klip video yang dimuatnaik oleh laman page Facebook, The Australian Muslim itu, Vin Diesel berkata konsep bulan Ramadan begitu menakjubkan dan “mungkin bermanfaat dalam kehidupan sesiapa saja kerana dapat melalui pengalaman dan disiplin seumpama itu sepanjang bulan.”

Di dalam video itu, beliau turut menampilkan rakannya yang beragama Islam dan sedang berpuasa.

Video tersebut telah mencetuskan tular di alam maya dengan lebih 120,000 perkongsian di Facebook dan ditonton lebih 4.9 juta kali sejak ianya mula dimuat naik Selasa lalu.


sumber

Share:

GoPro Fusion, Kamera 360 Dengan Resolusi 5.2K

go pro fusion, go pro 360, go pro baru

Peneraju produk kamera aksi, GoPro, hari ini mengumumkan program perintis untuk GoPro Fusion, sebuah kamera 360 pertama GoPro. Kamera yang mampu merakam video sehingga 5.2K pada kadar 30 bingkai sesaat itu bakal membawa industri VR dan AR selangkah kehadapan. Program perintis itu dijangka akan dimulakan pada Jun 2017.

Fusion bukanlah sekadar kamera 360 yang biasa. GoPro ada membangunkan teknologi OverCapture yang membolehkan penghasil kandungan mengambil secebis daripada video 360 Fusion untuk ditukarkan kepada video 2D yang biasa. Maka, pengguna hanya perlu merakam sekali dan mereka akan beroleh bahan video daripada pelbagai arah.

Kamera Fusion dikatakan masih boleh digunakan pada mount legasi GoPro yang lain. Ia adalah sesuatu yang amat baik kerana kita tak perlu membeli aksesori tambahan dan mengurangkan beban logistik.

GoPro merancang untuk mula mengkomersialkan Fusion pada penghujung 2017.



sumber

Share:

Cara Mudah Cuci Kipas. Confirm Habuk Tak Melekat Selama 2,3 Bulan

elak kipas berhabuk

Baru je cuci kipas kat bilik tu tapi sekejap je dah berhabuk balik. Dah lah anda ni jenis yang alah pada habuk.

Ni kami ada cara mudah bagi memastikan habuk tidak melekat pada kipas dalam tempoh 2,3 bulan tanpa perlu berbelanja lebih.

1. Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu.

2. Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.

3. Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.

4. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.

sumber

Share:

Tersadai Lebih 43 Tahun, Volkswagen Microbus Ini Di Jual Dengan Harga RM 40,000

volkswagen vintage

Kadang-kadang, kita tidak boleh faham kenapa orang boleh membeli sesuatu pada harga pada kita tidak tidak masuk akal. Sedangkan mereka beranggapan itu adalah satu pembelian yang berbaloi dan memuaskan hati.

Apatah lagi kalau barang itu sukar untuk dijumpai. Sebagai contoh, Volkswagen Microbus tahun 1962 yang mempunyai 23 buah tingkap ini menerima bidaan yang tinggi. Walaupun kondisinya lagi teruk daripada reban ayam.

Tersadai Lebih 43 Tahun, Volkswagen Microbus Ini Di Jual Dengan Harga RM 40,000

Menurut laman web bringatrailer.com, kenderaan tersebut sudah menerima bidaan daripada lebih 18 orang dengan harga bidaan sudah melepasi AS$9,000 (RM39,700).

“Kita semua tahu bahawa Volkswagen Microbus yang sudah direstorasi sepenuhnya boleh mencapai harga di antara AS$150,000 (RM662,000) hingga AS$200,000 (RM882,200).

“Jadi, ini boleh jadi satu pelaburan yang menguntungkan. Setiap panel bagi tujuan restorasi juga masih boleh didapati,” kata penjualnya dalam satu iklan di laman eBay.

Tersadai Lebih 43 Tahun, Volkswagen Microbus Ini Di Jual Dengan Harga RM 40,000

Memang benar, beberapa tahun lalu, Volkswagen Microbus terutama dengan 23 tingkap seperti ini boleh mencapai harga jualan yang tinggi. Tetapi pasaran nampaknya semakin perlahan. Tidak ramai yang mahu membeli model restorasi pada harga ratusan ribu dolar.

Seperti yang anda boleh lihat, tidak ada bahagian yang tidak berkarat. Malah beberapa bahagian lantai, bumbung dan panel sisi langsung berlubang. Mujur juga nombor kenderaan yang asal masih ada.


Senang cakap, apa yang boleh digunakan cuma kerangkanya sahaja. Panel lain semua kena ganti. Enjin pun dah tak ada. Kenderaan itu dikatakan berada di Danville, Virginia Amerika Syarikat dan tersadai lebih 43 tahun.

Tersadai Lebih 43 Tahun, Volkswagen Microbus Ini Di Jual Dengan Harga RM 40,000

Tersadai Lebih 43 Tahun, Volkswagen Microbus Ini Di Jual Dengan Harga RM 40,000

Tersadai Lebih 43 Tahun, Volkswagen Microbus Ini Di Jual Dengan Harga RM 40,000

Tersadai Lebih 43 Tahun, Volkswagen Microbus Ini Di Jual Dengan Harga RM 40,000

sumber

Share:

(Video) Wanita Tampil Memberikan Penjelasan Isu Berebut Parking Di Langkawi

perempuan berebut parking

Semalam telah viral video seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Khadijah dikatakan bersikap biadap dengan menunjukkan isyarat tangan lucah serta menyerang kereta individu lain dikatakan berpunca daripada berebut parking.

Tetapi hari ini wanita tersebut telah tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut serta mempertahankan tindakannya itu.

Berikut merupakan penjelasan wanita tersebut, ketika kejadian tersebut berlaku di bazar ramadhan kuah langkawi pada sekitar pukul 7 lebih, saya ternampak parking kosong dan tanpa berfikir apa-apa saya teruslah saja masuk parking sebab nak kejar masa nak beli juadah berbuka puasa.

Bila dah parking itu saya teruslah kunci kereta dan berjalan terus menuju ke bazar, masa saya turun dari kereta memang tak ada siapa pun yang datang tegur saya tetapi tiba-tiba saya nampak cina itu reverse kereta sambil hon panjang dekat saya sampai orang dekat sana semua pandang saya.

Saya pun pergilah dekat kereta dia bertanya kenapa dia hon macam itu dekat saya lepas itu dia buka tingkap terus marah saya cakap, "Itu parking saya, bawak kereta itu tak ada lesen ke".

Bila dia dah cakap macam itu saya pun malaslah nak gaduh-gaduh saya terus saja berjalan ke bazar sebab bagi saya sikap macam itu memang tak profesional dan langsung tak ada budi bicara terus nak melenting marah ikut suka.

Ketika berjalan ke bazar saya tolehlah ke belakang dan saya nampak dia tengah merakamkan gambar kami jadi saya pun patah balik untuk bertanya sebab dia merakamkan gambar kami.

Dia tidak menjawab soalan kami malah terus mengunci pintu depan dan belakang serta menutup semua tingkap sambil menunjukkan penumbuk ke arah kami.

Ketika itulah mula terjadi perbalahan antara kami dan menyebabkan saya membalas tindakannya itu, mungkin dalam video tersebut hanya nampak kami yang bersalah sebab video tersebut hanya merakamkan perbuatan kami tetapi perbuatan mereka langsung tidak kelihatan.

Bagi yang terusan mencaci saya, alhamdullillah saya terima pahala puasa kalian dan bagi yang tahu keadaan sebenar dan mempertahankan tindakan saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak dan hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.

Akhir kata saya, jika benar saya yang bersalah saya ingin mohon maaf di sini tetapi jika dia yang besalah maka saya ingin membersihkan nama saya kembali.

P/s : Eh banggangnya.. acah2 suci pulak...dah ambik parking spot orang minta maaf je la..ni kau tak beradab.siap tunjuk fuck.ketuk kete orang tu bagai..memang la dia bawak kua phone dan record..try buat perangai babi kau tu kat negara thailand ke ngra luar.silap2 makan peluru cibai!



Share:

Thursday, 1 June 2017

5 Kesan Berbahaya Menjemur Pakaian Basah Di Dalam Rumah

5 Bahaya Bila Menyidai Baju Basah Di Dalam Rumah

Tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?

Ini merupakan beberapa sebab yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan.

5 Keburukkan Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan:

1. Boleh Menyebabkan Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.

Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...