Bila Han Bercerita

Monday, 19 November 2012

COOL : Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas

Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas


Seorang pemburu meteor telah menghabiskan masa selama 20 tahun dalam mencari ketulan  batu antariksa. Kini, beliau berjaya menemui bahan mineral yang nilainya 10 kali ganda lebih tinggi berbanding emas. Ketulan batu ini telah ditemui di utara California, Amerika Syarikat (AS) di kawasan lembah Sierra.


Batu antariksa ini merupakan serpihan daripada meteor raksasa yang meletus dengan kekuatan menyamai 1/3 bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun pada penghujung perang Dunia Ke 2.


Menurut keterangan profesor dan ahli meteor, John Wasson dari UCLA, batu hasil daripada penemuan Robert Ward dari Arizona ini memiliki berat 10 gram. Menurut Gold Gram Bars, ketulan batu ini mempunyai nilai lebih dari US$1,000 (RM 4,000), seperti yang dikutip DM.


Bercakap mengenai hasil penemuannya, Ward hampir tidak percaya semasa menemui ketulan meteorit yang dikenali sebagai Carbonaceous Chondrite (CM) setelah melihat bentuk di permukaan batu tersebut. "Ini merupakan salah satu benda tertua dan bernilai yang pernah ditemuinya,".

Mineral

Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas

Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas

Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas

Share:

GEMPAR : Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

 Sebuah tragedi malang menimpanya apabila disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan seorang jurubina tempatan yang telah ditembak mati pada hari Sabtu di rumahnya di Bandar San Pedro di pulau Ambergris Caye.

McAfee telah bersembunyi di Belize pada 2008 sejak rumahnya diserbu kerana dituduh melindungi kegiatan dadah dan senjata haram serta menjalankan 'pemerosesan dadah'. Beliau juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan kumpulan samseng paling terkenal di Belize.

Mc Afee dipercayai telah memiliki kekayaan $100 juta dollar selepas membangunkan perisian tersebut pada tahun 1980-an yang pada masa itu dikenali anatara salah satu kejayaan terbesar dunia dalam era teknologi digital.

Beliau membangunkan program aniti virus komputer pada 1989, bekerja sepenuh masa di syarikat miliknya sendiri, McAfee Associates. Menjelang tahun 1992, lebih 100 syarikat ternama telah membeli lesen untuk menggunkan perisiannya.

Beliau telah lama meninggalkan syarikat yang menggunakan namanya sejak 1994.

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

sumber

P/s : Sayang weh..nama McAfee antivirus merupakan satu nama yang sangat dikenali bila disebut2..aset dah banyak sampai 100 juta dollar still nak run bussines jual dadah..

Share:

COOL : Tayar Basikal Tanpa Udara


 Tayar Basikal Tanpa Udara

Inovasi tayar tanpa udara adalah tahan lama, ringan dan tidak mudah pancit. Tayar unik ini telah direka oleh Brian Russell, pencipta untuk Energy Return Wheel. Getah yang diregangkan pada rod karbon yang boleh laras akan bertindak seperti spring.

Tidak memerlukan udara bermakna tayar ini tidak akan mempunyai masalah untuk pancit, rosak atau pecah. Jadi, anda boleh meluangkan masa dengan lebih banyak dengan basikal anda daripada menghabiskan masa untk membaikinya.

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara

COOL :  Tayar Basikal Tanpa Udara



Share:

Saturday, 10 November 2012

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik


COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

Jalan yang boleh menyala dalam gelap dan mungkin pada suatu hari mampu mengecas kereta elektrik anda telah ditetapkan untuk diperkenalkan di Belanda mulai tahun hadapan.

Jalan yang dikenali sebagai "Smart Highways" ini telah diumumkan minggu lepas pada Minggu Reka Bentuk Belanda dan akan menggunakan teknologi terkini. Menurut pereka nya, ia akan menjadi sebuah jalan yang "lebih mampan, selamat dan intuitif."

Syarikat-syarikat di sebalik projek ini berkata, matlamat mereka adalah untuk menghidupkan sebuah inovasi laluan pengangkutan biasa dengan memberi tumpuan kepada jalan raya itu sendiri berbanding kenderaan yang menggunakannya.

Idea ini mungkin telah ketinggalan beberapa tahun ke belakang, namun mulai tahun hadapan, jalan raya di seluruh Belanda akan dicat dengan garisan yang diperbuat daripada serbuk foto-pendarkilau yang boleh menyerap cahaya teknologi untuk menerangi jalan raya sehingga 10 jam semalaman.

Satu lagi teknologi yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan juga adalah cat dinamik yang responsif terhadap suhu yang akan membuat kan kristal ais boleh dilihat oleh pemandu apabila cuaca sejuk membuatkan jalan menjadi licin.

Idea yang dibangunkan oleh sebuah firma Belanda, Studio Roosegaarde and Heijmans Infrastructure ini telah pun dinobatkan sebagai 'Konsep Masa Depan Terbaik' pada Anugerah Reka Bentuk Belanda baru-baru ini.

Walaubagaimana pun, masih belum ada lagi maklumat mengenai lorong kenderaan yang boleh mengecas kenderaan elektrik sewaktu membuat perjalanan, itu berkesan.

Studio Roosegaarde berkata dalam satu kenyataan, "Daripada memberi tumpuan kepada kereta untuk berinovasi, kami, Daan Roosegaarde dan Heijmans akan menginovasi jalan raya itu sendiri."

"Reka bentuk inovatif seperti jalan yang boleh menyala dalam gelap, cat dinamik, cahaya interaktif, Induction Priority Lane dan cahaya angin akan dapat direalisasikan dalam tempoh 5 tahun yang berikutnya."

"Matlamat jalan raya ini adalah untuk membina sebuah jalan raya yang lebih mampan dan interaktif dengan menggunakan pencahayaan interaktif, tenaga pintar dan tanda-tanda jalan yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan lalu lintas tertentu."

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

COOL : "Smart Highways"Jalan Yang Boleh Menyala Dalam Gelap & Mengecas Kereta Elektrik

Smart Highways

Smart Highways



P/s :waa.awesome..sangat membantu rakyat di sana dan ini merupakan inisiatif yang kreatif :)

Share:

Monday, 5 November 2012

Pengalih suara Kartun Ben 10 adalah seorang wanita ??

Pengalih suara Kartun Ben 10 adalah seorang wanita ??


Siapa sangka di sebalik kehebatan hero pujaan kanak-kanak, Ben Tennyson atau lebih dikenali sebagai Ben 10, terselit rahsia yang mengejutkan.

Rupa-rupanya, si peminjam suara untuk karakter popular itu adalah seorang wanita dikenali sebagai Tara Strong. Lebih mengejutkan, Tara bukanlah anak gadis, sebaliknya dia bakal mencapai usia 40 tahun, tahun depan.

Ternyata, pelbagai reaksi diterima wanita ini apabila peminat kecil Ben 10 mendapat tahu siapa sebenarnya identiti peminjam suara watak pujaan mereka itu.

“Saya seronok melihat reaksi kanak-kanak lelaki. Ada yang marah dan tidak dapat menerima kenyataan selepas mengetahui pemilik suara Ben 10 adalah seorang perempuan.

“Ini bermakna, saya sudah melaksanakan tugas yang baik selama ini,” katanya yang mula meminjam suara untuk pelbagai produksi sejak usia 13 tahun.

Menceritakan pembabitan awalnya, Tara dilaporkan berkata, dia dihantar menghadiri uji bakat untuk peranan Hello Kitty oleh ejen yang berpusat di Toronto. Nasib Tara baik apabila dia diterima menyumbangkan suara untuk watak itu.

Sepanjang pembabitan dalam industri ini, Tara paling menggemari peranannya sebagai Melodi dari animasi The Little Mermaid 2.
Sememangnya, sudah menjadi impian wanita ini untuk terbabit dalam animasi berkenaan.

Mengapa tidak, dia dapat bekerja di samping bintang pujaan, Jodi Benson yang juga seorang penyanyi soprano, pelakon dan penyumbang suara untuk pelbagai projek animasi.

Menurut Tara, untuk menjadi seorang pelakon suara, individu terbabit perlu melengkapkan diri dengan menghadiri kelas pemantapan suara.

“Hadirlah sebanyak mungkin kelas yang anda boleh. Ini kerana lakonan suara juga suatu cabang seni lakon. Kami bukan hanya bertanggung jawab menyumbang suara, malah perlu mengkaji babak atau adegan.

“Kita juga perlu tahu bagaimana hendak beraksi secara spontan dan menyanyi,” katanya yang seronok melakukan tugas ini kerana tidak terikat dengan rutin kerja pejabat.

Sementara itu, sepanjang menyumbangkan suara untuk pelbagai projek animasi, Tara melihat watak Ben berbeza daripada watak budak lelaki lain.

Menurutnya, Ben 10 adalah seorang budak lelaki angkuh, tidak pernah mengenali erti takut dan suka memperkecilkan orang lain. Baginya, Ben 10 juga mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat tinggi.

sumber

Share:

PELIK : Keranda Dilengkapi Sistem Karaoke Di Filipina


Keranda Dilengkapi Sistem Karaoke Di Filipina


MANILA – Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam.

Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween.

Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween.

Para tetamu parti Halloween kerap memakai pakaian seperti ahli sihir dan hantu.

sumber

Share:

Sunday, 4 November 2012

PM New Zealand kata Beckham tidak cerdik


PM New Zealand kata Beckham tidak cerdik

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, John Key semalam menyifatkan bintang bola sepak, David Beckham sebagai tidak cerdik.

Dalam laporannya, Radio New Zealand berkata, Key menyelar bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan kini Los Angeles Galaxy kerana tidak pandai.

Key memberitahu sekumpulan pelajar, anaknya menghabiskan masa 45 minit bersama-sama Beckham ketika bekas kapten England itu bermain dalam perlawanan pertunjukan untuk LA Galaxy yang menelan belanja lebih RM6 juta pada 2008.

Key berkata, Beckham, 37, kacak dan baik kerana menghabiskan masa selama itu bersama anaknya, tetapi dia ‘tidak cerdik.’ Perdana Menteri itu berkata demikian ketika bercakap dengan sekumpulan pelajar di Dunedin.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri berkata, ia tidak akan mengulas mengenai kenyataan Key.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama isu kecerdikan Beckham dipersoalkan.

sumber

P/s : ngehehe..apa la..biar la dia cerdik ke tak..yang kau butthurt nak kata dia tak cerdik..statement menggelar orang tak cerdik tu sebenarnya yang noob.apa punya PM la.
Share:

COOL : "Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun


"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun

Teori di sebalik Jalan Raya Muzikal ini amat mudah: apabila sebuah kereta dipandu  sepanjang jalan yang mempunyai banyak siri alur yang dipotong diatasnya, ia akan mewujudkan resonans atau gema bunyi apabila tayar kenderaan berulangkali melepasi alur berkenaan. Sebagai contoh, anda mungkin pernah mengalami pengalaman ini semasa memandu di atas garisan kuning sebelum melepasi bonggol di atas jalan raya.

Jalan raya muzikal ini telah direka oleh Encik Shinoda, yang bekerja di Institut Penyelidikan Perindustrian Hokkaido dan beliau mengambil masa yang agak panjang bagi merealisasikan teori resonansnya dalam cara yang unik.

Shinoda mendapati bahawa dengan mengubah jarak antara alur yang dipotong, ia akan mengeluarkan bunyi yang berbeza. Ia kelihatan amat serupa dengan aplikasi yang digunakan dalam kotak muzik lama di mana logam pada gelung muzik ditebuk dengan jarak yang berbeza bagi mengeluarkan tona bunyi yang menghasilkan muzik.

Lagu yang dimainkan tersebut mungkin tidak sesedap muzik yang dimainkan melalui radio dan pemain CD, namun memandangkan ia dimainkan oleh kumpulan "Goodyear Orchestra", ia tidak lah teruk sangat.

Jalan Raya Muzikal ini terletak di wilayah Hokkaido, Wakayama dan Gunma dan telah ditanda melalui papan tanda di tepi jalan raya dan "note" lagu itu sendiri telah dicat dengan berwarna-warni di atas jalan tersebut.

Pemandu perlu peka kerana kelajuan yang ideal bagi mendengar lagu yang di atas jalan raya tersebut ialah dengan mengekalkan kelajuan pada 28 mph.

"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun

"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun


"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun

"Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun

mari kita ikuti video dibawah pula



sumber

P/s : Mengapakah Jepun terlalu awesome ?? tidak cukup kah dengan jalan raya yang extremely hancur akibat gempa.dapat dibaiki dalam tempoh 4 hari..kini jalan raya yang bermolodi ..kreatif habis woo..jauh lebih maju tapi sayang.porno berleluasa..jika dizinkan nak try duk sana beberapa tahun.kenal culture dorang sume.wohoo

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...