PM New Zealand kata Beckham tidak cerdik ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 4 November 2012

PM New Zealand kata Beckham tidak cerdik


David Beckham

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, John Key semalam menyifatkan bintang bola sepak, David Beckham sebagai tidak cerdik.

Dalam laporannya, Radio New Zealand berkata, Key menyelar bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan kini Los Angeles Galaxy kerana tidak pandai.

Key memberitahu sekumpulan pelajar, anaknya menghabiskan masa 45 minit bersama-sama Beckham ketika bekas kapten England itu bermain dalam perlawanan pertunjukan untuk LA Galaxy yang menelan belanja lebih RM6 juta pada 2008.

Key berkata, Beckham, 37, kacak dan baik kerana menghabiskan masa selama itu bersama anaknya, tetapi dia ‘tidak cerdik.’ Perdana Menteri itu berkata demikian ketika bercakap dengan sekumpulan pelajar di Dunedin.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri berkata, ia tidak akan mengulas mengenai kenyataan Key.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama isu kecerdikan Beckham dipersoalkan.

sumber

P/s : ngehehe..apa la..biar la dia cerdik ke tak..yang kau butthurt nak kata dia tak cerdik..statement menggelar orang tak cerdik tu sebenarnya yang noob.apa punya PM la.
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...