Bila Han Bercerita

Saturday, 30 April 2016

Pengikut Instagram Yuna Melonjak Naik Gara-Gara Lagu Duet Dengan Usher

Pengikut Instagram Yuna Melonjak Naik Gara-Gara Lagu Duet Dengan Usher


Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai merupakan artis tempatan yang tidak pernah gagal mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Yuna mengeluarkan lagu terbaru duet yang menampilkan penyanyi terkenal dunia, Usher yang berjudul Crush sekaligus membuatkan nama Yuna terus berkembang lebar di Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, pengikut di instagram Yuna juga semakin bertambah selepas muzik video Crush dikeluarkan di laman sosial, Kini pengikut yuna bertambah dari 312000 orang kepada 320000. Tidak sia-sia membina nama selama 5 tahun di Amerika Syarikat, karier penyanyi ini akhirnya semakin dikenali orang ramai.

Alhamdulillah, ini bermaksud, peminat muzik di Eropah mula mengenali saya.
Mungkin ada pihak yang melihat saya santai dan mudah mendapat apa yang diingini. Tetapi hakikatnya, saya bekerja keras untuk berada pada tahap ini.

Tambah Yuna, dia yakin album baharu berjudul Chapters akan mendapat sambutan yang menggalakkan tidak lama lagi. Yuna kini mula menjadi perhatian penggiat industri muzik di AS dan ramai yang menganggap Yuna bakal menggegarkan Industri Muzik di As suatu hari nanti. Syabas diucapkan kepada Yuna di atas pencapaian yang sangat membanggakan ini

sumber


Share:

Lelaki Mengaku Makhluk Asing, Ugut Polis Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman

Lelaki Mengaku Makhluk Asing, Ugut Polis Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman


Video mengenai seorang lelaki di Zhejiang China mula menjadi viral apabila dikatakan mengugut anggota polis.

Memetik dari Siakap Keli,lelaki berkenaan telah ditahan polis kerana melakukan kesalahan jalan raya dan memberi "ugutan pelik" untuk mengelakkan dari disaman.

Lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana mempunyai 27 kesalahan lalu lintas yang belum dijelaskan.

Bagaimanapun lelaki berkenaan telah mengugut pihak polis dengan memberitahu yang dia adalah makhluk asing dan mengancam akan menghancurkan bumi sekiranya dia disaman.

Kejadian berkenaan telah dirakam oleh anggota polis dan menjadi viral di laman internet China.

“Anda mempunyai peraturan anda. Begitu juga kami di Bima Sakti ini. Saya dari kerabat diraja. Sekiranya anda melepaskan saya pergi, saya akan melupakan insiden ini.

“Tapi sekiranya anda bertegas juga, saya tidak akan teragak-agak menghancurkan bumi ini. Keluarga saya merupakan yang terbesar di galaksi ini dan tiada sesiapa pun yang berani mengganggu saya,” kata pemuda itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dari galaksi Bima Sakti mana dia datang.

Apa yang melucukan pihak polis bertanya kepada lelaki berkenanaan kenapa tidak menaiki ‘pesawat’ sebaliknya hanya menggunakan kereta.

“Saya tidak terbang menggunakan pesawat, saya memandu FUA….erm.. maksud saya UFO,” jelas lelaki tersebut.

Hingga kini, tiada perkembangan terbaru mengenai kejadian ini. Adakah dia telah disaman dan pulang ke angkasa lepas untuk bersiap sedia menyerang bumi?.




sumber

P/s : haha lawak pon ada.adoii.


Share:

Zeti Aziz akhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara

Zeti Aziz akhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara


KUALA LUMPUR: Setelah 16 tahun bertungkus-lumus memastikan kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan baik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Aktar Aziz menamatkan tempoh perkhidmatannya, hari ini.

Beliau sempat meluangkan masa untuk bertemu wartawan, yang sejak tengah hari menunggu di ruang legar Bank Negara bagi mengucapkan selamat tinggal, pada jam 7.35 petang semalam, sebelum naik semula untuk meneruskan mesyuarat meskipun menjelang saat-saat akhir perkhidmatan beliau.

Di sebalik senyuman, Zeti yang memakai baju kurung biru seperti lazimnya, bagaimanapun kelihatan sebak ketika dikerumuni wartawan dan kakitangannya sebaik turun ke ruang legar Bank Negara.

"Saya masih mengemas barang saya di pejabat. Enam belas tahun punya barang," katanya tersenyum, ketika melayani media di bank pusat berkenaan.

Ketika ditanya apa perasaan beliau, Zeti berkata: "Saya sangat fokus. Saya akan lakukan apa yang perlu saya lakukan. Malangnya saya tidak mempunyai masa untuk bertemu semua kakitangan saya dan bersalaman dengan semua mereka. Saya berterima kasih atas sokongan mereka."

Zeti, yang bertanggungjawab membangunkan semula dan memantapkan sistem kewangan negara selepas Krisis Kewangan 1997 adalah seorang daripada sembilan Gabenor bank pusat terbaik di dunia. 

Malah, kejayaan beliau dalam membangunkan sistem kewangan Islam sering mendapat perhatian dan menjadi teladan di pentas global.

Zeti Aziz akhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara

"Di Malaysia, Zeti menjadi sebuah benteng yang kukuh dengan kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam sistem kewangan Islam, dan kita terhutang budi kepada beliau," kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini.

"Sejarah telah mengadili bahawa beliau adalah lebih baik daripada pengkritik beliau, dan dari semasa ke semasa, IMF pun cuba mencontohi cara Zeti berfikir.

"Zeti adalah contoh wanita yang perlu diteladani sebagai Gabenor bank pusat," kata Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Perbankan Pusat dan Kedua Editor Central Banking Banking Journal selepas menobatkan beliau sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Bank Pusat 2016.

Dalam satu acara baru-baru, Zeti ketika ditanya wartawan mengenai persaraan beliau, berkata: "Saya akan menamatkan 16 tahun di pejabat, dan 34 tahun dengan Bank Negara. Hampir semua yang saya nak buat, saya sudah buat, dan Bank Negara kini adalah satu institusi yang kukuh."

 INFO

Tan Sri Dr Zeti Aktar Aziz

* Anak perempuan kepada pasangan Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid dan tokoh budaya, Allahyarhamah Sharifah Azah Mohamed Alsagoff.

 * Sertai BNM pada 1985 sebagai Timbalan Pengurus di Jabatan Ekonomi, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Gabenor pada 2000, menggantikan Tan Sri Ali Abul Hassan Suleiman.

* Wanita pertama memegang jawatan Gabenor BNM.

* Antara 1979 dan 1984, Zeti berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan dan Latihan Seacern sebagai Penyelidik Ekonomi.

 * Dianugerahkan sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik dunia pada tahun 2015

* Pada 2014, Majalah Global Finance mengiktiraf Zeti sebagai Gabenor Bank Kelas A untuk tahun ke-11 berturut-turut.

Quotation: "Sejarah telah mengadili bahawa beliau adalah lebih baik daripada pengkritik beliau, dan dari masa ke masa, IMF pun cuba mencontohi cara Zeti berfikir.

 "Zeti adalah contoh wanita yang perlu diteladani sebagai Gabenor bank pusat," kata Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Perbankan Pusat dan Kedua Editor Central Banking Banking Journal selepas menobatkan beliau sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Bank Pusat 2016.

sumber

P/s: gabenor tebaik yang Malaysia pernah ada.respect dgn tan sri zeti aziz


Share:

Bocey juara MLM 2016

Bocey juara MLM 2016


JOHOR BAHRU: Kumpulan Bocey muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016 pada saingan minggu terakhir di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang, di sini, malam ini.

Gandingan Abam, Acey dan Fad meraih wang tunai RM500,000 dan trofi. Mereka menewaskan tiga pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan muzikal dan bebas.

Kumpulan Joras yang dianggotai Shuk, Rahim dan Joey muncul naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga dimenangi Kumpulan Puteh yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi.

Kumpulan LOL yang dianggotai Tauke, Angah dan Ajak pula di tempat keempat yang menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Hadiah disampaikan pelawak veteran tanah air, Abdul Wahid Ahmad atau lebih dikenali sebagai Wahid Satay yang turut diiringi Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Peserta diadili juri tetap, Ziana Zain, Shaheizy Sam serta dua juri luar iaitu Najip Ali dari Singapura dan Bunga Citra Lestari dari Indonesia yang mewakili 70 peratus undian manakala bakinya daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

MLM 2016, yang sekali lagi diacarakan Datuk AC Mizal, masih mengekalkan format asal seperti mula diperkenalkan pada tahun 2011.

Edisi kelima MLM ini terus menampilkan gabungan pelawak baharu dan lama, termasuk peserta dari Indonesia serta Singapura dengan 15 kumpulan bertanding.

sumber



Share:

Wednesday, 27 April 2016

Kerbau ini bernilai RM47.8 juta

Kerbau ini bernilai RM47.8 juta


Johannesburg: Seekor kerbau dinamakan Horizon dilaporkan sebagai paling berharga di dunia apabila bernilai £8.5 juta (RM47.8 juta) disebabkan tanduknya yang berukuran 142 sentimeter.

Horizon sungguh berharga sehingga penjualan milikan sebanyak 25 peratus haiwan itu meraih lebih £2.1 juta (RM11.8 juta) kepada ahli perniagaan Afrika Selatan, Peter Bellingham, pada Februari lalu.

Horizon bagaikan lubuk emas dengan nilai tinggi terletak pada tanduknya yang luar biasa dan gen yang sempurna menyebabkannya menjadi buruan golongan penternak untuk membiakkan kerbau seumpamanya.

Pemilik taman rizab sering membeli kerbau untuk menarik pelancong dan Horizon memberi peluang untuk mereka membiakkan haiwan yang paling besar dan hebat.

Aktiviti memburu juga meraih keuntungan tinggi di Afrika, bererti kerbau dengan tanduk sehebat Horizon pasti menarik minat pemburu paling berpengalaman yang mahukan cabaran.

Horizon membiakkan anak berkualiti tinggi seterusnya nilai kerbau betina yang mengawan dengannya turut bertambah apabila kerbau bunting biasa bernilai £38,000 (RM214,000) manakala yang dibuntingkan Horizon pula lebih £121,000 (RM681,000).

Horizon kini dimiliki empat ahli perniagaan Afrika Selatan dan tinggal di ladang seorang pemiliknya, Piet du Toit di Rustenberg.

Setiap mereka mempunyai pegangan 25 peratus terhadap Horizon dan masing-maing dibenarkan mengawankannya dengan 10 kerbau betina setahun dengan hak terhadap anak dilahirkan.

Du Toit, 45, berkata: “Horizon bukan saja mempunyai tanduk yang hebat, malah sihat dan kerbau yang paling besar. Lazimnya tanduk kerbau cuma antara 91 sentimeter hingga 102 sentimeter.

“Jarang sekali kerbau jantan mampu menurunkan ciri-ciri genetik hebat kepada anaknya, tetapi Horizon menghasilkan anak yang sangat berkualiti tinggi dan ini menambah nilainya.” - Agensi

sumber


Share:

Monday, 28 March 2016

(VIDEO) Pengantin lelaki ditumbuk gara-gara wang hantaran tidak cukup

Pengantin lelaki ditumbuk gara-gara wang hantaran tidak cukup


KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.

“Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pe­ngantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

Kata sumber itu, keadaan di pekara­ngan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.




sumber

P/s: bukan snang security guard nak kumpul duit byk tu.era najib ni, dgn ekonomi skrg,kita xtau kot brader ni ikat perot siang mlm kumpul duit nak khwin.sudahnya kurg 5 ribu je kne reject siap bagi penumbuk lagi.xhargai langsung pengorbanan brader ni..xmatang langsung.


Share:

Saturday, 19 March 2016

(7 Gambar) Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha

Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha


Tahniah diucapkan buat pelawak dan penyampai radio ERA Shahrol Azizie atau nama gelarannya Shahrol Shiro yang baru sahaja sah bergelar suami kepada Anna Danisha atau nama sebenar Nor Farhanan Syamimi selapas berlangsungnya majlis akad nikah pada pukul 9 malam tadi di dewan Kampus Intan Wilayah.

Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha


Pasangan ini selamat diijab kabul dengan sempurna selepas 3 kali lafaz berserta dengan mas kahwin senaskhah Al-quran.

Majlis persandingan pihak perempuan akan dilangsungkan pada 19 Mac, sementara di sebelah lelaki akan diumumkan oleh Sharol pada bulan Julai ini.

Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha

Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha

Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha

Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha

Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha


sumber: ERA FM


Share:

Wednesday, 9 March 2016

(Berjadual) Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac

Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac


Pada 9 Mac 2016 nanti iaitu hari ini, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.

Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.

Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.

Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac
Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac



Kangar – 8.25 pagi (67%)
Kuah – 8.25 pagi (67%)
Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
Georgetown – 8.25 pagi (70%)
Ipoh – 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
Seremban – 8.24 pagi (81%)
Melaka – 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
Kuantan – 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu – 8.26 pagi (68%).
Sabah & Sarawak
Kuching – 8.29 page (87%)
Sibu – 8.31 pagi (85%)
Bintulu – 8.33 pagi (82%)
Miri – 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
Sandakan – 8.42 pagi (75%)
Tawau – 8.41 pagi (81%)

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...