Bila Han Bercerita

Tuesday, 17 May 2016

Krubera-Voronya, Gua Paling Dalam Di Dunia !

Gua Paling Dalam Di Dunia


Tidak hanya indah dan dianggap sebagai gua paling dalam di muka bumi, Krubera-Voronya yang juga dianggap sebagai "Gua Everest". Gua ini terletak di Massif Arabika, dengan kedalaman yang hingga kini baru diterokai manusia sepanjang 13.232 meter dengan kedalaman 2.191 meter (7.188 kaki).

Sejak ditemui pada tahun 1960 oleh seorang Geografer Rusia, Alexander Kruber, Gua ini tidak pernah menghentikan niat para geologist untuk terus mengeksplorasinya. Belakangan gua ini dikunjungi dan diterokai oleh para peneroka gua dari Universiti Ibrani, Jerusalem.

Para peneroka yang terdiri daripada Boaz Langford, Leonid Fagin, Vladimir Buslov dan Yuval Elmaliach, yang merupakan utusan dari Persatuan Speleological Ukraine.

Mereka yang berasal dari Rusia, Sepanyol, United Kingdom dan Lebanon ini merupakan sebahagian daripada misi peneroka gua dari sembilan negara di dunia.

Gua Paling Dalam Di Dunia


Prof. Amos Frumkin, dari Jabatan Sejarah di Universiti Ibrani, yang mengetuai unit kajian gua ini mengatakan bahawa dalam memecahkan rekod dunia untuk penerokaan sebuah gua terdalam di dunia merupakan satu pencapaian, mereka telah berjaya menjelajah ke kedalaman 2.196 meter di bawah permukaan bumi, 5 meter lebih dalam daripada rekod sebelum ini.

"Penerokaan gua adalah kawasan di mana orang harus bekerja sama, kerana turun ke kedalaman memerlukan banyak kerja sama pasukan, terutama di sebuah gua serumit Krubera," kata Prof. Frumkin.

Tidak hanya menjelajah, mereka berjaya mengabadikan foto-foto yang awesome di dalam gua ini.

Gua Paling Dalam Di Dunia

Gua Paling Dalam Di Dunia


Mari kita saksikan sedikit bingkisan mengenai gua ini





Share:

Cipta Mesin Layan Diri : Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta Untuk Beli Syarikatnya

Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta Untuk Beli Syarikatnya


Seorang budak berusia 14 tahun dari Alabama menolak tawaran US$30 juta (RM120 Juta) dari sebuah syarikat kesihatan untuk membeli mesin layan dirinya yang mengeluarkan kit pertolongan cemas.

Taylor Rosenthal tampil dengan idea kit pertolongan cemas layan diri itu setelah seringkali melihat rakannya jatuh ketika permainan bola besbol.

“Setiap kali saya ke pertandingan besbol di Alabama, saya perasan yang mereka (pemain) akan cedera dan ibu bapa tidak dapat menemui kit kecemasan. Masalah itu yang saya mahu selesaikan“, kata Rosenthan kepada CNN Money.


Rosenthal, yang melancarkan syarikat yang bernama RecMed tahun lalu, pernah ditawarkan $30 juta (RM120 Juta) dari ‘sebuah syarikat kesihatan yang besar’ untuk membeli syarikatnya dan ideanya, namun menolak tawaran itu.

Kini dia berjaya mengumpul dana sebanyak $100,000 (RM400,000) dari pelabur syarikat ‘start up’ dan merancang untuk mejual mesin itu dengan harga $5,500(RM22,000) setiap satu.

Mesin layan diri itu akan menjual kit kecemasan dan barangan individu seperti plaster, sarung tangan getah dan ‘gauze pad’ dengan harga antara $4 hingga $11.

Rosenthal berkata, dia akan membuka ruangan iklan di mesin itu dan berharap dapat membekalkan mesin-mesin itu di taman, pantai dan stadium dalam masa terdekat ini.

Setakat ini, 100 buah mesin itu telah pun dipasang di Taman Tema Six Flags di US. CEO muda itu juga telah mempatenkan idea tersebut beberapa bulan selepas ia tercetus.

Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta Untuk Beli Syarikatnya

Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta Untuk Beli Syarikatnya

Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta Untuk Beli Syarikatnya


sumber


Share:

Monday, 16 May 2016

Kaum Ibu WAJIB BACA !! Terlebih asid folik tingkatkan risiko autisme

Terlebih asid folik tingkatkan risiko autisme


MIAMI: Wanita mengandung disaran supaya mengambil suplemen vitamin dengan asid folik untuk mencegah kecacatan kelahiran namun kajian baharu, hari ini mencadangkan terlalu banyak asid itu meningkatkan risiko autisme.

Penemuan itu dibentangkan dalam satu persidangan di Baltimore, Maryland dan masih belum diterbitkan atau diteliti pakar lain, justeru penyelidik di Fakulti Kesihatan Awam John Hopkins Bloomberg mengingatkan hasil kajian itu ditafsirkan secara berhati-hati.

"Ini mungkin kes mengambil terlalu banyak suplemen," kata penulis utama, Ramkripa Raghavan, seorang penyelidik di fakulti itu.

"Kita maklumkan wanita patut ambil asid folik awal ketika mengandung. Sekarang kita perlu menentukan sama ada perlu menetapkan cadangan dos optimum suplemen ini sepanjang mengandung." - AFP


sumber


Share:

Kualiti Udara Tercemar, Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China !

Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China


Pastilah sukar dan sesak nafas jika pencemaran udara semakin menjadi-jadi. Bagaimanalah ingin mendapatkan udara yang segar?

Menjual botol yang mengandungi udara segar dari negara Barat kini seakan menjadi trend di China.

Ini kerana para usahawan melihat situasi pencemaran di Beijing khususnya sebagai satu peluang perniagaan.

Terbaru, satu syarikat menjual udara segar dari Australia pada harga AU$20 (RM59) sebotol.

Idea untuk menghasilkan produk ini bermula apabila pengasasnya John Dickinson dan Theo Ruygrok melawat China dan menyedari kualiti di negara itu begitu teruk.

Selain masalah udara di China, produk ini sasar kepada golongan kelas menengah China yang peka dengan aspek kesihatan mereka.

Kedua-dua usahawan itu menggunakan penyedut udara khas dan udara itu ditempatkan di dalam botol.

Mereka turut ke beberapa lokasi di Australia untuk menghasilkan udara yang berbeza. Ini bukan kali pertama produk sebegini dihasilkan.

Menurut laporan CNN.com pada awal Mei, seorang usahawan Britiain Leo De Watts menjual udara segar di negara itu pada harga 80 pound (RM466) sebotol.

Sementara itu, satu lagi syarikat start-up Vitality Air dari Kanada mula menjual udara ke China sejak tahun lepas dan India pada tahun ini.

Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China

Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China

Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China

Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China

Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China

Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China


sumber


Share:

Pakar jangakakan tsunami bakal menghancurkan Hawaii 50 tahun lagi

Pakar jangakakan tsunami bakal menghancurkan Hawaii 50 tahun lagi


HONOLULU: Hawaii berhadapan kemusnahan teruk akibat tsunami yang dicetuskan gempa bumi besar di Alaska dalam tempoh 50 tahun lagi.

Penyelidik di Universiti Hawaii di Manoa mendapati ada 6.5 hingga 12 peratus kemungkinan gempa bumi berukuran lebih 9.0 akan menggegarkan Kepulauan Aleutian dan mencetuskan tsunami gergasi yang boleh tiba di Hawaii dengan mudah.

Ia boleh memusnahkan infrastruktur dan ekonomi kepulauan itu, menurut kajian yang disiarkan dalam Journal of Geophysical Research.

"Ini kejadian jarang berlaku. Ia tidak berlaku sepanjang masa tetapi ada kemungkinan ia terjadi dan usaha kita adalah untuk mendefinisikan kemungkinan itu," kata ketua penyelidik, Rhett Butler, pakar geofizik di Sekolah Sains dan Teknologi Lautan dan Bumi Universiti Hawaii, kepada Hawaii News Now.

Butler dan rakan penyelidiknya, Neil Frazer dan William Templeton, dari Universiti Portland menghasilkan model berangka berasaskan kerak tektonik yang membolehkan mereka membuat pengiraan itu.

Melihat kepada data gempa bumi dan tsunami terdahulu dengan sebahagiannya berlaku hampir 500 tahun lalu, pasukan itu berkata tsunami mungkin menjejaskan hampir 400,000 penduduk dan pelancong dan menyebabkan kerosakan bernilai AS$40 bilion (RM161 bilion).

Pasukan itu mengkaji maklumat gempa bumi paling kuat yang berlaku dua dekad lalu termasuk di Tohoku pada 2011, di Aceh pada 2004, Alaska pada 1964, Chile pada 1960 dan Kamchatka pada 1952. - AGENSI

sumber


Share:

Sunday, 15 May 2016

RM120 Untuk Cari Jodoh Halal Cara Islam

RM120 Untuk Cari Jodoh Halal Cara Islam


Halal Speed Dating menjadi medan pertemuan menggunakan kaedah temu janji pantas yang memenuhi syarat prinsip taaruf Islam, dalam membantu peserta menemui jodoh mereka, lapor Malay Mail Online.

Jadi, tidak akan ada arak, aksi menggoda, tiada sentuhan, tidak boleh “gedik-gedik”, dan tidak dibenarkan saling bertukar butiran kenalan dalam acara berkenaan, seperti dinyatakan laman web yang menyediakan perkhidmatan cari jodoh itu.

Ditubuhkan tahun lalu oleh sepasang suami isteri Munirah Tunai dan Zuhri Yuhyi, syarikat itu sudah mengadakan beberapa program, malah setakat ini tiga pasangan yang menyertainya berjaya mengikat tali perkahwinan.

Tetapi esok, perkhidmatan cari jodoh bagi orang Islam itu dijangka mencapai kejayaan baru apabila 144 peserta mendaftar untuk hadir dan maknanya, ia akan menjadi acara halal speed dating terbesar setakat ini.

“Jika semua peserta berdaftar berkenaan setuju untuk datang, ia akan jadi acara halal speed dating terbesar,” kata Munirah dipetik berkata kepada MMO.

RM120 Untuk Cari Jodoh Halal Cara Islam


Katanya, bilangan peserta kali ini adalah dua kali ganda daripada mereka yang pernah hadir pada aktiviti syarikat itu sebelum ini.

Munirah ialah ketua pegawai operasi syarikat berkenaan manakala Zuhri ialah ketua pegawai eksekutif.

Laman web syarikat itu turut menyenaraikan dua lagi pengasas bersama Halal Speed Dating iaitu Syed Azmi AlHabshi dan Hayati Ismail, kedua-duanya kini kekal sebagai konsultan.

Mereka berempat memulakan perkhidmatan cari jodoh itu bertujuan membantu peserta mencari pasangan berpotensi untuk dikahwini, bukan sekadar berkenalan dan menjalani proses temu janji seperti biasa.

Halal Speed Dating pada asasnya sama seperti program cari jodoh biasa, dengan peserta diberikan masa tertentu untuk berbual dengan seseorang berlainan jantina.

Bagaimanapun, perbezaan utamanya ialah calon wanita perlu ditemani penjaga yang bertindak sebagai pengiring untuk memantau interaksi antara calon itu dengan prospek lelaki, lapor MMO.

Syarikat itu berkata tidak ada yang baru dalam proses itu, memandangkan ia mengikut taaruf kerana ia menggunakan cara sama generasi terdahulu dalam keluarga Islam yang mencarikan jodoh untuk ahli keluarga.

“Ini bukan idea baru. Fikir balik bagaimana datuk nenek kita dulu kahwin. Datuk kita dulu lelaki yang terhormat. Bila mereka mahu mengahwini seorang wanita, mereka akan bertemu bapa wanita itu terlebih dulu.”

Ayat itu tertera di laman web syarikat berkenaan.

Munirah berkata dalam aktiviti yang diadakan sebelum ini, peserta wanita lebih ramai berbanding lelaki dan keadaan yang sama dijangka berlaku pada acara cari jodoh esok.

Pendaftaran ialah percuma di laman web Halal Speed Dating tetapi jika anda terpilih menyertainya, anda perlu membayar tiket berharga RM120.

sumber

P/s: LOLLLL


Share:

Teh "RARE" Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600 !!

Teh Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600


Fujian, China: Membelanjakan wang AS$10,000 (RM40,200) untuk seteko teh mungkin kedengaran keterlaluan.

Bagaimanapun, itulah harga yang peminat teh sanggup bayar untuk menghirup Da Hong Pao asli, teh paling jarang ditemui di dunia.

Harga untuk satu gram boleh mencecah AS$1,400 (RM5,600). Teh yang terkenal mahal ini sebenarnya 30 kali lebih mahal daripada segram emas.

Apa yang menyebabkan teh ini sangat mahal?

Menurut pakar teh China, Xiangning Wu, Da Hong Pao begitu berharga kerana ia sangat sukar untuk ditemui.

Teh Ini Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600


Katanya, pokok teh Da Hong Pao asli hampir pupus.

Beberapa jenis teh yang tumbuh di pergunungan Wuyi di daerah Fujian, China juga sangat jarang ditemui sehingga dianggap tidak ternilai harganya.

Pembuat teh generasi lama turut mengadakan ritual tahunan khas untuk Da Hong Pao supaya pokok teh itu tumbuh subur.

Mereka pergi ke kawasan pergunungan pada setiap musim bunga dan berdoa kepada tuhan teh, Lu Yu supaya pucuk baru tumbuh.

Daun teh itu dikatakan disapu dengan susu kambing ketika ia membesar dan selepas ia dituai.

Daunnya kemudian dikeringkan dan dibiarkan selama 80 tahun untuk mendapatkan rasa teh yang istimewa. - Agensi


sumber


Share:

Selepas El nino, La nina dan jerebu pula dijangaka bakal menyusul !!

Selepas El nino, La nina dan jerebu pula dijangaka bakal menyusul


Malaysia bakal berdepan dengan masalah jerebu ekoran cuaca panas dan kering yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia serta fenomena La Nina bermula bulan Jun hingga Oktober ini.

Bagaimanapun, impak jerebu dijangka sederhana berikutan fenomena La Nina yang membawa hujan dibeberapa buah negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Pusat Meteorologi Khas ASEAN meramalkan keadaan cuaca panas dan kering menyebabkan kebakaran tanah gambut di kedua-dua wilayah itu berlaku diantara bulan Jun hingga Oktober ini.

"Keadaan El Nino yang semakin kuat kini semakin lemah dan dijangka akan berakhir menjelang pertengahan tahun ini.

"Fenomena La Nina pula diramal berlaku pada suku tahun ketiga iaitu Jun hingga September yang akan menyebabkan taburan hujan pada paras normal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai hasil perbincangan pada Mesyuarat Ke-13 Jawatan Kuasa Pemandu Sub Serantau Peringkat Kementerian Mengenai Jerebu Rentas Sempadan di sini hari ini.

Di bawah pula merupakan kenyataan media YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau mengenai Fenomena La Nina Berkemungkinan 70% Berlaku di Akhir Tahun

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

Selepas El nino, La nina dan jerebu pula dijangaka bakal menyusul

Selepas El nino, La nina dan jerebu pula dijangaka bakal menyusul

Selepas El nino, La nina dan jerebu pula dijangaka bakal menyusul

sumber 1 & sumber 2


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...