Tuesday 17 May 2016
Home »
AWESOME
» Cipta Mesin Layan Diri : Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta Untuk Beli Syarikatnya
Cipta Mesin Layan Diri : Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta Untuk Beli Syarikatnya
Seorang budak berusia 14 tahun dari Alabama menolak tawaran US$30 juta (RM120 Juta) dari sebuah syarikat kesihatan untuk membeli mesin layan dirinya yang mengeluarkan kit pertolongan cemas.
Taylor Rosenthal tampil dengan idea kit pertolongan cemas layan diri itu setelah seringkali melihat rakannya jatuh ketika permainan bola besbol.
“Setiap kali saya ke pertandingan besbol di Alabama, saya perasan yang mereka (pemain) akan cedera dan ibu bapa tidak dapat menemui kit kecemasan. Masalah itu yang saya mahu selesaikan“, kata Rosenthan kepada CNN Money.
Rosenthal, yang melancarkan syarikat yang bernama RecMed tahun lalu, pernah ditawarkan $30 juta (RM120 Juta) dari ‘sebuah syarikat kesihatan yang besar’ untuk membeli syarikatnya dan ideanya, namun menolak tawaran itu.
Kini dia berjaya mengumpul dana sebanyak $100,000 (RM400,000) dari pelabur syarikat ‘start up’ dan merancang untuk mejual mesin itu dengan harga $5,500(RM22,000) setiap satu.
Mesin layan diri itu akan menjual kit kecemasan dan barangan individu seperti plaster, sarung tangan getah dan ‘gauze pad’ dengan harga antara $4 hingga $11.
Rosenthal berkata, dia akan membuka ruangan iklan di mesin itu dan berharap dapat membekalkan mesin-mesin itu di taman, pantai dan stadium dalam masa terdekat ini.
Setakat ini, 100 buah mesin itu telah pun dipasang di Taman Tema Six Flags di US. CEO muda itu juga telah mempatenkan idea tersebut beberapa bulan selepas ia tercetus.
sumber
loading...
0 comments:
Post a Comment