Sunday, 15 May 2016

RM120 Untuk Cari Jodoh Halal Cara Islam

RM120 Untuk Cari Jodoh Halal Cara Islam


Halal Speed Dating menjadi medan pertemuan menggunakan kaedah temu janji pantas yang memenuhi syarat prinsip taaruf Islam, dalam membantu peserta menemui jodoh mereka, lapor Malay Mail Online.

Jadi, tidak akan ada arak, aksi menggoda, tiada sentuhan, tidak boleh “gedik-gedik”, dan tidak dibenarkan saling bertukar butiran kenalan dalam acara berkenaan, seperti dinyatakan laman web yang menyediakan perkhidmatan cari jodoh itu.

Ditubuhkan tahun lalu oleh sepasang suami isteri Munirah Tunai dan Zuhri Yuhyi, syarikat itu sudah mengadakan beberapa program, malah setakat ini tiga pasangan yang menyertainya berjaya mengikat tali perkahwinan.

Tetapi esok, perkhidmatan cari jodoh bagi orang Islam itu dijangka mencapai kejayaan baru apabila 144 peserta mendaftar untuk hadir dan maknanya, ia akan menjadi acara halal speed dating terbesar setakat ini.

“Jika semua peserta berdaftar berkenaan setuju untuk datang, ia akan jadi acara halal speed dating terbesar,” kata Munirah dipetik berkata kepada MMO.

RM120 Untuk Cari Jodoh Halal Cara Islam


Katanya, bilangan peserta kali ini adalah dua kali ganda daripada mereka yang pernah hadir pada aktiviti syarikat itu sebelum ini.

Munirah ialah ketua pegawai operasi syarikat berkenaan manakala Zuhri ialah ketua pegawai eksekutif.

Laman web syarikat itu turut menyenaraikan dua lagi pengasas bersama Halal Speed Dating iaitu Syed Azmi AlHabshi dan Hayati Ismail, kedua-duanya kini kekal sebagai konsultan.

Mereka berempat memulakan perkhidmatan cari jodoh itu bertujuan membantu peserta mencari pasangan berpotensi untuk dikahwini, bukan sekadar berkenalan dan menjalani proses temu janji seperti biasa.

Halal Speed Dating pada asasnya sama seperti program cari jodoh biasa, dengan peserta diberikan masa tertentu untuk berbual dengan seseorang berlainan jantina.

Bagaimanapun, perbezaan utamanya ialah calon wanita perlu ditemani penjaga yang bertindak sebagai pengiring untuk memantau interaksi antara calon itu dengan prospek lelaki, lapor MMO.

Syarikat itu berkata tidak ada yang baru dalam proses itu, memandangkan ia mengikut taaruf kerana ia menggunakan cara sama generasi terdahulu dalam keluarga Islam yang mencarikan jodoh untuk ahli keluarga.

“Ini bukan idea baru. Fikir balik bagaimana datuk nenek kita dulu kahwin. Datuk kita dulu lelaki yang terhormat. Bila mereka mahu mengahwini seorang wanita, mereka akan bertemu bapa wanita itu terlebih dulu.”

Ayat itu tertera di laman web syarikat berkenaan.

Munirah berkata dalam aktiviti yang diadakan sebelum ini, peserta wanita lebih ramai berbanding lelaki dan keadaan yang sama dijangka berlaku pada acara cari jodoh esok.

Pendaftaran ialah percuma di laman web Halal Speed Dating tetapi jika anda terpilih menyertainya, anda perlu membayar tiket berharga RM120.

sumber

P/s: LOLLLL


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Cepat borong barang baby anda !!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...