Friday, 14 September 2012
Home »
» Fizz Fairuz Titiskan Air Kencing Ke Matanya Untuk Pulihkan Sakit Mata
Fizz Fairuz Titiskan Air Kencing Ke Matanya Untuk Pulihkan Sakit Mata
Demi menyembuhkan matanya yang terkena jangkitan virus yang teruk , aktor, Fizz Fairuz telah mengikut petua seorang rakannya yang menyuruh menitiskan air kencingnya sendiri ke dalam matanya.
Kata Fizz Fairuz, dia sanggup lakukan petua itu supaya dia dapat menyembuhkan matanya kerana ketika itu dia sedang menjalani penggambaran filem Hantu Kapcai.
“Waktu diberitahu rakan saya tentang petua tersebut, saya tidak percaya pada mulanya tetapi selepas diyakini olehnya, saya pun cuba melakukan pada keesokkan harinya. Saya menitiskan air kencing pertama pada setiap pagi ke dalam mata saya sebelah kanan yang terkena jangkitan. Kemudian membersihkannya selepas beberapa saat menitiskannya.
“Saya lakukannya selama tiga hari berturut-turut. Ternyata ianya berkesan. Nak kata mujarab sepenuhnya, tidaklah. Tapi adalah sikit perubahan, bengkaknya sedikit susut. Tapi dalam pada itu, saya sapukan krim yang dibekalkan oleh doktor juga untuk disapu pada keliling mata,” katanya kepada murai.com.my selepas ditemui di pelancaran filem Hantu Kapcai, di Cathay Cineplex, Damansara, semalam.
Disebabkan jangkitan virus pada mata yang dialaminya itu, Fizz Fairuz memberitahu, dia sangat kecewa kerana apa yang sudah dirancang selama ini bersama pengarah Hantu Kapcai iaitu Ghaz Abu Bakar tidak dapat dilakukan.
“Terus-terang saya sangat kecewa bila apa yang kami rancang untuk lakukan dalam penggambaran tidak dapat dilakukan kerana sakit mata ini telah mengganggu serta memberikan kesan kepada diri saya.
“Bayangkanlah, mata saya bukan saja sakit dan membengkak teruk tapi ia juga sudah mula berair dan penglihatan saya juga semakin kabur. Jadi, ia bukan sahaja mengganggu penglihatan pada diri saya, malah mengganggu emosi saya juga yang ketika itu perlu bersendirian dan tidak boleh bercampur dengan orang lain kerana takut ianya berjangkit.
“Namun, nak buat macam mana, hendak tidak hendak saya terpaksa lakukan juga sehabis baik walaupun agak mencabar bila terpaksa berdepan dengan kesakitan yang saya tanggung,” katanya yang menjalani penggambaran tersebut pada November tahun lalu.
Fizz yang ketika itu mengalami jangkitan selama sebulan telah berehat dan menolak apa jua tawaran lakonan selama 3 bulan sebaik saja selesai menjalani penggambaran Hantu Kapcai tersebut.
Dalam filem Hantu Kapcai, Fizz memegang watak sebagai Ibrahim iaitu pemuda yang jahat dan ‘kerjanya’ mencuri selipar. Namun, Ibrahim bagaimanapun tekah mendapat hidayah untuk bertaubat. Dalam pada dia mendalami ilmu agama, hijabnya dibuka dan dia boleh melihat roh Ajib, seorang mat rempit yang maut sewaktu perlumbaan (lakonan Zizan Razak) dan Fizz perlu menolong Ajib untuk menyelesaikan satu perkara.
Filem aksi komedi terbitan Showbiz Production dan edaran United Studio itu akan ditayangkan bermula 27 September 2012.
sumber
loading...
0 comments:
Post a Comment