COOL : Lamborghini Murcielago Made In China Yang Ohsem ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 4 December 2012

COOL : Lamborghini Murcielago Made In China Yang Ohsem


Lamborghini Murcielago Made In China Yang Ohsem

Kehebatan industri pemalsuan di China memang tidak dapat disangkal lagi..Setelah hampir kesemua produk terkemuka di dunia di-ciplak kan, kini giliran jenama automotif terkenal dunia, Lamborghini pula untuk di palsukan..Nak tahu cerita lanjut, meh baca kat bawah ni..

Lamborghini Murcielago Made In China Yang Ohsem

Bagi mereka terutamanya golongan muda yang berhasrat ingin memiliki sebuah kenderaan berjenama Lamborghini, kini tidak perlu risau lagi. Terima kasih kepada sebuah pengeluar kenderaan yang telah pun membina replika Lamborghini yang 99% hampir sama dengan yang asli. Selalunya, bagi membeli sebuah Lamborghini yang original, anda perlu membawa keluar duit sebanyak US$400,000, namun dengan kenderaan yang diperbuat daripada China ini, anda hanya perlu membayar sebanyak US$65,000 sahaja.

Walaupun bahagian luar kenderaan Lamborghini mempunyai kesamaan hampir 99%, namun untuk bahagian dalaman, ia 70% ciplak. Replika Lamborghini ini dinamakan sebagai Shanzai Lamborghini di China. Pengeluar kenderaan ini mempunyai bengkel mereka sendiri yang khusus untuk membina kenderaan seumpama ini dan diedarkan ke seluruh Asia. Tempoh untuk mendapat tempahan kenderaan adalah selama 5 bulan dan perlu membayar deposit sebanyak 210,000 yuan.

Spesifikasi kenderaan:

- Menggunakan enjin 2.2 liter Toyota 5s dan 2.0 t 3S, mampu memecut dari 0 - 100km/j dalam masa 9 saat, 175 kuasa kuda, bunyi 90% sama dengan Lamborghini asli, badan saiz 1:1, hiasan dalaman seperti Lamborgini namun papan pemuka (dash board) bukan asli.

- Sukar untuk medapatkan nombor pendaftaran, tempoh tempahan selama 5 bulan dan perlu membayar deposit 50% dari harga penuh kereta iaitu 210,000 yuan.

- Mmepunyai power window, power wings, sistem GPS, kemera sokongan, kerusi kulit asli dan hiasan dalaman bercirikan kulit asli.

- Hiasan dalaman kereta boleh dilakukan mengikut permintaan pelanggan tapi mustahil untuk sama 100% seperti yang asli.

- Warna kereta dan warna bahagian dalaman mengikut citarasa pelanggan.

- Pelindung enjin tidak lutsinar (original punya nampak enjin), rim kereta pun ciplak, nak rim original kena tambah 50,000 yuan sebagai bayaran tambahan.

- Bumper kereta mengikut stail keluaran 2007.

- Kunci kereta original kena tambah lagi 9,000 yuan sebagai bayaran tambahan.

- Tahap keselamatan kereta sama dengan tahap keselamatan kenderaan berjenama Toyota.

- Meletakkan ciri tambahan seperti keluli tahan karat, paip besi dan plat besi di bahagian pintu tempat duduk penumpang dan pemandu.

- Meletakkan tali pinggang keledar jenis racing.

- Kenderaan ini lebih khusus untuk pameran sahaja.

- Simbol jenama Lamborghini, kaca, gril alur, lampu hadapan, dan aksesori tambahan adalah yang original daripada kilang. Untuk mendapatkan lampu jenis LED terbaru  dibahagian lampu belakang, perlu membayar lagi 10,000 yuan sebagai kos tambahan.

-  Steering jenis racing dengan logo asli Lamborghini.

- Kesemua butang kawalan dalaman kereta adalah asli.

Lamborghini Murcielago LP64
Lamborghini Murcielago LP64 Sebenar


Lamborghini Murcielago China
Lamborghini Murcielago China





P/s :asal sebut je negara China.memang sinonim dengan barang2 fake ni.dari phone ke aksesori hingga la pembuatan kereta..LOL..nak aventador replica sebiji..hehe

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...