Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia ~ Bila Han Bercerita

Tuesday 4 December 2012

Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia


Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia

Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun ni telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ni telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu yang yang selalu kita jumpa kat FunFair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2-3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu/tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang di dalam bangunan tersebut.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh di dalam bangunan tersebut

Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia

Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia

Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia

Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia

Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia

Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia


Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...